Sunday 31 January 2016

SARAWAK BINA JAMBATAN TERPANJANG DI MALAYSIA


SARAWAK bakal membina jambatan terpanjang di Malaysia secara kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat.
Usahasama pembinaan dan kos Jambatan Batang Lupar di Sungai Rejang, Sri Aman berjumlah RM1 billion ditanggung samarata oleh kerajaan Sarawak dan Persekutuan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan khabar gembira ini pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, dihadiri lebih 11,000 tetamu dari pelbagai peringkat di Dewan Suarah Bintulu.
Sambil mengakui ia merupakan sebahagian daripada Manifesto Kerajaan Barisan Nasional di Sarawak, beliau menambah pembinaan jambatan ini, susulan usaha kerajaan Sarawak menambahbaik jaringan perhubungan di negeri ini, terutama untuk memesatkan lagi pembangunan kawasan pesisir pantai di seluruh Sarawak.
Datuk Najib turut mengumumkan kerajaan akan melaksanakan program baik pulih sekolah menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) melibatkan 107 sekolah usang dan rosak di seluruh Sarawak.
Sebelum ke Bintulu, Datuk Najib melakukan lawatan kerja singkat ke Sekolah Rendah (SK) Sungai Ladong dan kemudian menaiki feri meninjau kerja~kerja akhir pembinaan Jambatan Batang Sadong. 

TERUJA BERSAMA PEMIMPIN


DUA pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ladong, Simunjan sangat teruja ketika didukung Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Alfred Jabu ak Numpang. Datuk Najib melakukan lawatan kerja singkat ke SK Sungai Ladong dan menaiki feri meninjau kerja~kerja akhir pembinaan Jambatan Batang Sadong seterusnya terbang ke Bintulu sebelum kembali ke Kuala Lumpur, petang tadi. 

FASA KEDUA RUNDINGAN PENURUNAN KUASA BERMULA


FASA kedua rundingan mengenai penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan kepada kerajaan Sarawak sudah pun bermula.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, fasa kedua rundingan itu membabitkan penyelesaian mengenai pertindihan undang~undang antara Sarawak dan kerajaan Persekutuan berdasarkan perlembagaan.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan pihaknya menangani serius sekaligus mempertimbangkan sebaik mungkin mengenai penurunan kuasa terbabit," jelasnya pada majlis pemimpin bersama rakyat sempena lawatan Datuk Seri Najib ke Bintulu, hari ini.

Fasa pertama rundingan antara kerajaan pusat dan negeri sebelum ini membolehkan 13 perkara dicapai, sebagai permulaan penurunan kuasa secara pentadbiran kepada Sarawak. Antaranya penempatan lebih banyak guru dalam kalangan masyarakat tempatan.

Kata Datuk Adenan lagi, rundingan fasa ketiga nanti akan membabitkan peruntukan kewangan kepada kerajaan Sarawak. 

KISAHNYA N13 DUN BATU KITANG

DUN Baru yang diperkenalkan untuk PRN Ke-11 ini sudah semestinya menjadi satu yang popular di kalangan rakyat Sarawak. DUN Batu Kitang misalnya antara yang paling panas kerana sejak dari tahun 2015 lagi usai persempadanan semula sudah ada cerita mengenainya.
N13 DUN Batu Kitang mempunyai 16,160 pengundi berdaftar dengan pecahannya lebih kurang 60% adalah pengundi berbangsa Cina manakala selebihnya adalah pengundi bumiputera. Dan sudah tentu awal-awal lagi DAP sudah menggunakan kuasa vetonya dengan mendabik dada bahawa calon DAP yang layak untuk bertanding di Batu Kitang.
Dan yang lebih menyeronokkan adakah DAP akan menampilkan Aziz Isa untuk mewakili Batu Kitang kerana Abdul Aziz Isa sudah tentu menginginkan dia dihargai setelah banyak kali beliau diketepikan oleh Chong Chieng Jen.
Setakat ini pengumuman DAP menyatakan bahawa 5 orang calon telah sah akan mewakili DAP iaitu Wong King Wei (DUN Padungan), Violet Yong (DUN Pending), Christina Chiew Wan Seng (DUN Batu Kawah).
Manakala Abdul Aziz Isa dan Chong Chieng Jen akan diumumkan pada saat akhir iaitu samada Dun Batu Kitang dan Dun Kota Sentosa. Atau mungkin ini hanya retorik demi menjaga air muka Abdul Aziz Isa yang sememangnya sering dipinggirkan oleh DAP.
Bagaimana pula dengan PKR yang juga rakan sekutu DAP yang sering tidak dianggap “pencukup korum” oleh DAP selama ini. Dari awal lagi mereka juga telah menyimpan impian untuk meletakkan calon wanita mereka di DUN baru ini. Atau mungkin kita akan melihat ada pertembungan sesama sendiri di Batu Kitang?
Dan apa pula cerita parti pembentuk Barisan Nasional Sarawak, adakah SUPP atau PBB atau parti mana yang akan mewakili DUN baru ini nanti. Siapakah pula “winnable candidate” di sini nanti memandangkan ramai yang meramalkan bahawa DUN Batu Kitang ini merupakan antara yang pasti menjadi penambah kerusi parti pembangkang di DUN Sarawak.
Jawapannya hanya ada apabila tibanya “Hari Penamaan Calon” PRN Ke-11 nanti. Yang pasti kisahnya N13 DUN Batu Kitang ini terlalu menguja kita.

PROJEK PEMBINAAN JAMBATAN BATANG SADONG


DENGAN kos pembinaan sebanyak RM231 juta, projek pembinaan prasarana Jambatan Batang Sadong sekarang sedang memasuki fasa-fasa terakhir pembinaan struktur pentingnya. Pembinaan yang bermula pada tahun 2013 ini dijangka akan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2016 ini.
Mengimbau cerita suatu waktu dahulu, tiada pilihan bagi warga Simunjan selain menyelusuri sungai yang menjadi nadi perhubungan rakyat untuk ke Bandar seperti Kuching. Dan dengan siapnya Jambatan Batang Sadong yang merentangi Sungai Buloh, Sadong Jaya ini nanti amatlah berharap ianya akan memberi seribu manfaat kepada warga Simunjan dan sekitarnya.
Hari ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Najib telah melawat sendiri projek pembinaan ini bersama-sama dengan rombongan Kerajaan Negeri Sarawak yang lain.
Setakat 31 Januari 2016, pembinaan jambatan Batang Sadong hanya tinggal 2 sambungan lagi bagi melengkapkan secara keseluruhan sambungan jambatan yang panjangnya lebih kurang 1.5 km ini.


Saturday 30 January 2016

KM ADA SEBAB DAN BERHAK

PERGERAKAN Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menepis dakwaan pembangkang yang menyifatkan tarikh cadangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke~11 dibuat Ketua Menteri Sarawak sebagai usaha 'melekakan' pakatan parti itu.
Ketua Pemuda PBB, Datuk Fadillah Yusuf berkata Ketua Menteri mempunyai sebab dan berhak untuk mencadangkan tarikh itu sempena PRN Ke~11 akan datang.
"Bagaimanapun, terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sama ada mahu menerima cadangan tarikh itu atau ada tarikh lain dirasakan sesuai," katanya ketika ditemui dalam satu majlis di Kolej Abdillah, Kuching.
Jelas Datuk Fadillah, pembangkang hanya tahu memutarbelitkan fakta, sedangkan apa yang dijanjikan kepada rakyat pada pilihan raya lalu tidak pernah dilaksanakan. 

MAJLIS SAMBUTAN HARI RELA KE-44 DI SIBU


SAMBUTAN MERIAH...DATUK Adenan Satem dan isteri, Datin Jamilah Hj Anu tiba pada Majlis Sambutan Hari Rela Ke~44 di Dataran Sibu. Datin Jamilah, dianugerahkan pangkat Lt Kolenel dan pemakaian pangkat disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Adenan.

NILAI SEBUAH KEHIDUPAN



SEMALAM saya menyaksikan kehidupan "biasa" di pendalaman Sarawak. Bagaimana seorang pesakit tenat dibawa, dijunjung, diangkat, dipikul dan dinaikan atas bot express untuk dibawa dari Kapit ke Sibu.
Perkara biasa...pesakit tenat dibawa dari rumah panjang naik kereta 4wheel drive (6 jam melalui jalan balak), naik bot panjang (4 jam atas perahu), dan bot express (3 jam) hanya untuk mendapat perkhidmatan kesihatan.
Ironisnya, harga untuk mendapat perkhidmatan kesihatan ini LEBIH MAHAL, dari kos rawatan di Hospital swasta terkemuka di Kuala Lumpur. Dalam keadaan emergency, harga Sewa 4 wheel drive antara RM700-900, bot panjang RM200-300. Untuk sewa bot ekspress RM70.00. keseluruhan RM1,000 hanya untuk pengangkutan dari rumah panjang ke bandar Kapit dan Sibu.
Dipetik dari facebook milik Madeline Berma

KEMUDAHAN KEM LANANG PGA10 AKAN DINAIKTARAF

BETAPA daifnya kuarters kediaman anggota Batalion 10 Pasukan Gerakan Am di Kem Lanang sememangnya memerlukan satu tindakan segera.  Tiada yang mampu diungkapkan memandangkan ianya sudah diguna sejak dari tahun 1968 lagi. 

Dan kedatangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk lawatan kerja di Sibu telah memberikan seribu rahmat apabila beliau sendiri turun padang melihat kuarters kediaman di Kem Lanang tersebut semalam. 

Bertindak daripada itu, Datuk Zahid Hamidi mengumumkan akan memperuntukan RM100,000 bagi menaik taraf surau dan RM100,000 lagi dikhaskan untuk menaiktaraf gereja.  Kedua-dua rumah ibadat ini terletak di dalam Kem Lanang untuk kegunaan anggota dan keluarganya. 

Tidak cukup dengan itu, beliau juga turut berjanji akan menyelesaikan segala kedaifan kemudahan Kem Lanang itu sendiri dengan memastikan lebih banyak peruntukan akan disalurkan buat Kem Lanang.



CADANGAN TARIKH TIADA KAITAN KES BICARA CHONG

"DIA terlalu merasakan dirinya penting. Tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) tiada kaitan dengan kes perbicaraan yang perlu dihadiri Chong."~ Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Lien tidak perlu merasakan dirinya penting sehingga kehadirannya akan menentukan tarikh PRN Ke~11.
Chong mendakwa cadangan tarikh PRN yang diumumkan Datuk Adenan, sama dengan bulan dia akan dibicarakan mengikut Akta Perhimpunan Aman, berkemungkinan menyebabkan dia tidak layak untuk bertanding.
Chong bersama Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuching, Disember lalu kerana di dapati melanggar syarat Akta Perhimpunan.
Datuk Adenan mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kota Sentosa itu yang disifatkannya kenyataan peribadi, selepas Perhimpunan Rela di Dataran Sibu.

DATUK ADENAN LEBIH TAHU POLITIK SARAWAK

PIHAK tertentu dari Semenanjung Malaysia jangan menimbulkan spekulasi dan beranggapan Tan Sri Adenan Satem "cross boarder" apabila mengumumkan CADANGAN tarikh penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke~11 pada 18 April dan tarikh pilihan raya pada 30 April.
Perlu diteliti dan difahami sedalam~dalamnya perkataan CADANGAN yang disebut oleh Tan Sri Adenan.
Tan Sri Adenan bukan mengejar "rating populariti" sebaliknya bersuara "bersandarkan ilmu pengetahuan sebagai pengamal undang~undang dan media" serta pengalaman sebagai ahli politik yang lebih tahu selok belok dan landskap politik Sarawak dulu, kini dan selamanya.
Tan Sri Adenan dan barisan pemimpin parti kompenan Barisan Nasional Sarawak lebih tahu hala tuju politik Sarawak.

CUTI BERAKHIR TRAGEDI SEDIH

HASRAT dua lelaki dipercayai pekerja ladang kelapa sawit di Sematan, Lundu untuk pulang ke rumah sempena cuti hujung minggu tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan berhampiran Kampung Sebijo, Jalan Lundu~Sematan, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 10.20 pagi, Duda Lazi, 58, dari Kampung Stunggang, di sini yang memandu 4WD jenis Toyota Hilux bersama penumpang depan, Goeng Nyaw, 48, dari Bau, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.
Seorang lagi penumpang lelaki Toyota Hilux terbabit berusia 50~an , hanya mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu lori berusia 50~an tidak mengalami sebarang kecederaan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lundu, Ramli Marasan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 10.30 pagi.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kedua~dua mangsa yang maut masih tersepit di tempat duduk masing~ masing dan pihaknya mengambil masa hampir sejam mengeluarkan mangsa", katanya.
Kejadian dipercayai berlaku apabila Duda yang memandu Toyota Hilux berkenaan cuba memotong sebuah motosikal berhampiran simpang, namun gagal sebelum bertembung lori membawa muatan kelapa sawit.
Kes berkenaan diserahkan kepada polis untuk siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar.

Friday 29 January 2016

CADANGAN TARIKH PILIHANRAYA SARAWAK YANG KE-11



SEGALA teka-teki mengenai tarikh sebenar PRN Ke-11 Sarawak terjawab sudah apabila Ketua Menteri Datuk Adenan membuat pengumuman mengenai cadangan tarikh ketika berucap di Seminar Pilihanraya N8 Satok di Kuching pada hari Jumaat 29 Januari 2016.
Menurut Datuk Adenan, beliau telah mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk tarikh penamaan calon ditetapkan pada 18 April 2016 dan hari pembuangan undi pula pada 30 April 2016.
Walau bagaimanapun setakat ini tiada pula kenyataan daripada Datuk Adenan mengenai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Perlulah diketahui bahawa mengikut undang-undang pilihanraya Malaysia, penentuan tarikh penamaan calon dan hari mengundi adalah dibawah bidang kuasa SPR. Jadi sama-samalah kita menunggu kenyataan rasmi daripada EC kelak.

TERKINI MENJELANG PILIHAN RAYA NEGERI KE~11

Kerajaan Negeri mencadangkan penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11 pada 18 April dan PRN pada 30 April.- Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem

KETUA WANITA PKR DITAHAN DI LTAK


CUBAAN masuk kali ketiga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin ke Sarawak, gagal apabila ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pagi tadi.
Difahamkan, Zuraida tiba di Kuching dengan menaiki pesawat AirAsia jam 11.20 pagi, untuk menemui enam bakal calon wanita PKR bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke~11 akan datang.
Pengarah Jabatan Imigresen Sarawak, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad mengesahkan perkara itu berkata, kerajaan negeri menolak ketibaan Zuraida dan pihaknya hanya mengikuti arahan seperti diminta.
"Kami hanya mengikut arahan seperti diminta. Dia memberi kerjasama baik dan pulang ke Kuala Lumpur menaiki penerbangan AirAsia kira~kira jam 3 petang tadi," katanya.
Dalam pada itu, calon wanita PKR yang telah 'menyangka perkara tersebut bakal berlaku', bagaimana pun masih sempat bertemu Zuraida di ruang berlepas LTAK sementara menanti penerbangan seterusnya berlepas.
Sebelum ini, Zuraida tidak dibenarkan masuk pada Mac 2014, ketika kempen Pilihan Raya Kecil Balingian, namun sebulan kemudian larangan itu ditarik balik dan dibenarkan memasuki negeri ini.

Thursday 28 January 2016

RINGKAS NAMUN PENUH MAKNA



KETUA MENTERI Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menghadiri solat berjemaah Maghrib dan Isyak di Dewan Undangan Negeri (DUN), Petra Jaya, Kuching. Selesai solat Maghrib, disusuli bacaan Yasin sementara menuju solat Isyak.
Upacara memotong kek harijadi Adenan yang ke~72, sebaik selesai solat Isyak sebelum makan malam bersama jemaah yang hadir.
Turur hadir isteri Ketua Menteri, Puan Sri Jamilah Anu bersama jemaah menteri lain.
Adenan dilahirkan di Kuching pada 27 Januari 1944 dan dilantik sebagai Ketua Menteri kelima pada 28 Februari 2014, menggantikan Tun AbdulbTaib Mahmud yang berundur selepas 33 tahun menerajui Sarawak.

KERAJAAN PERKENAL PROGRAM MYBERAS


LANGKAH kerajaan membekalkan 20 kilogram setiap bulan kepada keluarga dalam kategori miskin tegar melalui Program Myberas bukti kerajaan sedia ada mendahulukan kepentingan dan membela nasib rakyat.

Rata-rata penduduk menyokong keputusan dibuat kerajaan itu sekali gus memberi harapan baru kepada golongan terbabit.

Pegawai pemasaran, Christopher Poreh, 30, berkata, bantuan itu mengurangkan beban ditanggung rakyat yang turut dibebani kos kehidupan tinggi pada masa ini.

"Walaupun, bukan dalam ketegori miskin tegar, saya tetap berpuas hati dan menyokong keputusan itu.

"Bantuan ini perlu diteruskan dalam bajet akan datang sekali gus memberi kelebihan kepada kerajaan untuk mendapatkan sokongan rakyat kepada parti memerintah sedia ada,"katanya.

Pengumuman Program Myberas dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan pengubahsuaian bajet 2016 di Putra Jaya sebentar tadi. 

DETIK CEMAS LIMA BERANAK DIIKAT SAMUN DI PETRA JAYA


LIMA sekeluarga diikat dalam kejadian samun membabitkan empat termasuk tiga daripadanya dipercayai warga Indonesia di Kampung Semerah Padi, Jalan Samariang, Kuching, awal pagi tadi.
Kejadian jam 3.30 pagi itu menyebabkan mangsa kerugian lebih RM5,000, namun semua mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Ernest John berkata, dalam kejadian itu, keempat-empat suspek bersenjatakan parang dan pisau dipercayai memecah masuk melalui pintu bahagian belakang.
"Sebaik mengikat semua mangsa, suspek bertindak menyelongkar almari mengambil barang berharga sebelum melarikan diri.
"Identiti suspek sedang dikenalpasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,"katanya. 

INTIPATI PENGUBAHSUAIAN BAJET 2016


HARI ini pada tanggal 28 Januari 2016, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak telah membuat pengubahsuaian bajet 2016 di Putrajaya International Convention Centre. 
Pengubahsuaian bajet ini perlu memandangkan banyak berlaku perubahan di persekitaran ekonomi global sehingga menyebabkan adalah penting untuk Malaysia mengambil langkah-langkah perlu di dalam mengurus tadbir kewangannya.
 

Intipati pengubahsuaian Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Kewangan Malaysia adalah seperti berikut:


1.  Kerajaan bersetuju untuk mengurangkan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja sebanyak 3% berkuatkuasa Mac 2016 sehingga Disember 2017.  Namun begitu caruman majikan dikekalkan. 


2.  Kerajaan akan memberi pelepasan khas cukai sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah untuk tahun taksiran 2015. 


3.  Bagi mengurangkan kos harga barang keperluan harian rakyat.  Kerajaan akan melaksanakan antaranya perkara-perkara berikut:

i.  Kerajaan akan meliberalisasikan kawalan kuota import atau AP bagi lapan produk pertanian terpilih untuk tempoh sementara bagi memastikan bekalan yang konsisten. 

Antara produk pertanian itu adalah biji kopi mentah, daging kerbau, lembu dan kambing.  Disamping itu syarat pematuhan kualiti dan keselamatan barangan import akan diutamakan.

ii. FAMA akan membuka pasar belian terus hasil pertanian atau My Farm Outlet yang menjual barang makanan seperti ikan, ayam, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan menawarkan harga jualan 5-20% lebih rendah dari harga pasaran. 

Buat permulaan ia akan dibuka di Presint 7, Putrajaya pada bulan Mac 2016 dan kemudian akan diperluaskan ke 10 lokasi di pusat Bandar lain di seluruh Negara secara berperingkat-peringkat.

iii.  Di dalam memastikan rakyat menikmati harga barangan yang berpatutan, jumlah Kedai Harga Patut seperti hypermarket milik asing dan tempatan akan ditingkatkan daripada 640 buah kepada 1,000 kedai pada tahun ini.  

iv.  KPDNKK telah diarahkan untuk terus mempertingkatkan penguatkuasaan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas peniaga-peniaga yang tidak beretika serta mengambil kesempatan mengaut keuntungan yang berlipat ganda atau profiteering.

v.  Bagi membela untung nasib para pesawah serta meningkatkan pengeluaran padi, Kerajaan menyediakan tambahan tunai sebanyak RM50 bagi setiap 1 tan metrik padi bersih sebagai insentif input pengeluaran padi.  Pada masa yang sama, kerajaan akan menambahbaik perlaksanaan pemutuan sebenar padi melalui sistem penggredan standard. 

iv.  Kerajaan amat prihatin kepada golongan rakyat yang terkesan akibat kenaikan kos sara hidup terutamanya golongan miskin tegar.  Oleh itu program My Beras diperkenalkan yang mana setiap keluarga miskin tegar yang berdaftar akan dibekalkan dengan 20 kg beras setiap bulan. 


4.  Berkuatkuasa serta merta, kesemua projek perumahan baru Kerajaan akan menetapkan kesemua penjualan rumah berharga sehingga RM300,000 terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja.

Di samping itu, Kerajaan juga akan mengadakan Jelajah Ekspo Pemilikan Rumah Bersepadu meliputi rumah yang ditawarkan oleh JPN, PR1MA, SPNB, PPA1M, agensi negeri serta sektor swasta.  Lebih 100 ribu unit rumah akan ditawarkan di dalam program ini. 

Bagi Projek Perumahan Rakyat yang berharga Rm35,000 pula, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat (BR) telah bersetuju untuk menawarkan pakej pembiayaan pada kadar 4% sahaja. 


5.  Sumbagan 30% daripada levi Human Resource Development Fund (HRDF) yang berjumlah RM200 juta akan disediakan bagi meningkatkan kompetensi dan kemahiran pekerja menerusi inisiatf re-skill dan up-skill termasuklah pekerja yang telah diberhentikan.


6.  Bagi meningkatkan jumlah dan kecekapan kutipan hasil, Kerajaan akan melaksanakan langkah-langkah berikut:

i.   Kerajaan akan menggadakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap para pengelak cukai atau tax evaders.

ii.  Kerajaan akan memberikan kelonggaran pengenaan penalty kepada pembayar cukai bagi menggalakkan pembayar cukai tampil melaporkan pendapatan tahun ke belakang.  Tunggakan cukai tersebut perlu dilangsaikan sebelum 31 Disember 2016.

iii. Kerajaan akan menstruktur semula saluran jualan rokok dan minuman keras untuk dihadkan kepada Kedai-kedai Bebas Cukai yang dilesenkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

iv.   Pengecualian cukai kenderaan import di Pulau Bebas Cukai akan diperketatkan di pulau-pulai ini. 

Kedua-dua langkah (iii) dan (iv) tidak akan melibatkan penduduk tempatan dan pelancong yang berkunjung di Pulau Bebas Cukai nanti.

v.  Kerajaan akan mengoptimumkan pendapatan daripada spectrum telekomunikasi melalui pengagihan semula dan proses bidaan yang akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

vi. Kerajaan akan membangunkan beberapa kawasan strategic milik kerajaan dengan melaksanakan proses bidaan.


7.   Kerajaan Malaysia melalui inisiatif Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pekerja Asing akan terus memperkemaskan sistem pengurusan pekerja asing di mana kadar levi hanya akan diklusterkan kepada 2 kategori sahaja (Tidak termasuk kategori pembantu rumah asing).

Selain itu, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Program Penggajian dan Penempatan Semua PATI atau Rehiring Programme untuk memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di Malaysia diberikan permit kerja yang sah. 

Perlaksanaan program ini adalah bagi memenuhi permintaan industry serta membolehkan Kerajaan mengetahui jumpah PATI di negarai ini bagi tujuan pemantauan keselamatan.


8.  Kerajaan akan lebih berhemat di dalam perbelanjaan terutamanya di aspek bekalan dan perkhidmatan.  Untuk itu usaha merasionalisasi pemberian geran kepada Tabung Amanayh Kerajaan, Badan Berkanun Persekutuan dan GLC serta menyusun semula entiti yang merangkumi Company Limited By Guarantee dan Badan Berkanun akan dipergiatkan.


9.  Untuk perbelanjaan pembangunan, fokus akan diberikan kepada projek dan program yang mendahulukan kepentingan rakyat serta mempunyai kesan pengganda yang tinggi dan kandungan import yang rendah. 

Had projek fizikal yang diutamakan sekarang adalah seperti pembinaan rumah mampu milik, hospital, sekolah, jalanraya dan pengangkutan awam serta keselamatan.  Untuk projek yang bukan fizikal dan projek yang masih di peringkat kajian akan dijadualkan semula.


10.  Institusi kewangan pembangunan atau DFI dan dana modal teroka atau VC milik Kerajaan akan menambah dana pembiayaan mereka sebanyak 6 bilion ringgit di dalam menyediakan pembiayaan kepada PKS dan syaraikat permulaan atau startup companies.


11.  Kerajaan menyarankan agar pihak GLC melaksanakan inisiatif bagi mengurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja secara berperingkat-peringkat.  Sektor swasta juga turut digalakkan melaksanakan hal yang sama. Perkara ini akan dipantau oleh EPU.


12.  Kedatangan pelancong boleh merangsang pertumbuhan ekonomi domestik. Untuk itu promosi pelancongan domestic akan diperhebatkan melalui penganjuran penjualan pakej percutian domestik bersepadu. 

Untuk itu, Kerajaan akan mempermudahkan kemasukan pelancongan asing dengan mempercepatkan pelaksanaan e-Visa kepada beberapa Negara yang sudah dikenalpasti. 

Mulai 1 Mac hingga 31 Disember 2016, pelancong dari Negara China tidak memerlukan visa untuk ke Malaysia.  Ianya masih lagi tertakluk kepada terma dan syarat iaitu tempoh lawatan tidak melebihi 15 hari.


13.  Program pemberian BR1M dan bantuan kebajikan akan diteruskan dan kadar GST 6% adalah kekal seperti sedia ada.


14.  Walaupun di dalam kegawatan ekonomi, Kerajaan memberi kepastian kepada kesemua penjawat awam Malaysia iaitu:

i.  Kerajaan tidak akan memotong mana-mana emolumen penjawat awam mahupun pencen pesara. 

ii. Kerajaan tidak akan memberhentikan mana-mana penjawat awam samada yang berjawatan tetap mahupun lantikan secara kontrak.

iii. Pelaksanaan satu Kenaikan Gaji Tahunan kepada para penjawat awam akan diteruskan berkuatkuasa 1 Julai 2016 ini.


15.  Kerajaan bersetuju untuk meneruskan 4 program tajaan JPA bagi tahun 2016 iaitu:

i.  Program Biasiswa Nasional bagi 20 pelajar terbaik lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian terkemuka di seluruh dunia.

ii. Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis.

iii.  Program Lepasan Bursary bagi 744 orang pelajar untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam dan IPTS di dalam Negara.

iv. Pengambilan baru seramai 8 ribu pelajar akan diberikan biasiswa untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di dalam Negara.

v.  Pertambahan RM5 billion untuk peruntukan pembiayaan PTPTN yang akan disalurkan terus kepada mahasiswa.

vi.  Kerajaan akan memberi pertambahan penajaan untuk 15 ribu pelajar baru di dalam program My Master, 5 ribu pelajar baru untuk program My PhD, 300 pelajar baru untuk Skim Latihan Akademik IPTA. 


16.  Bagi PKS dan syarikat Korporat berdaya maju yang mengalami tekanan kewangan akibat daripada persekitaran ekonomi semasa, Kerajaan menyediakan mekanisme perundingan melalyui Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil dan Jawatankuasa Penyusunan Semua Hutan Korporat.


17.   Kerajaan akan terus komited untuk mencapai sasaran pelaburan swasta berjumlah 215 bilion ringgit tahun ini dan perlaksanaan projek utama seperti MRT, LRT, Lebuhraya Pan-Borneo, Malaysian Vision Valley, Cyber City Center, RAPID Pengerang dan High Speed Rail akan diteruskan.


18.  Pembinaan UTC di Labuan, Sungai Petani, Miri, Sibu, Kota Bharu, Kuala Trengganu, Tawau, Keningau, Seremban dan Kangar.


19.   4 RTC baru dijangka siap dibina pada tahun 2016 ini di Jawi (Pulau Pinang), Rembau (Negeri Sembilan), Sungai Rambai (Melaka) dan Betong (Sarawak).


Semoga penjelasan intipati pengubahsuaian bajet 2016 ini mampu memberikan kefahaman kepada kita semua.