Sunday 31 January 2016

FASA KEDUA RUNDINGAN PENURUNAN KUASA BERMULA


FASA kedua rundingan mengenai penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan kepada kerajaan Sarawak sudah pun bermula.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, fasa kedua rundingan itu membabitkan penyelesaian mengenai pertindihan undang~undang antara Sarawak dan kerajaan Persekutuan berdasarkan perlembagaan.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan pihaknya menangani serius sekaligus mempertimbangkan sebaik mungkin mengenai penurunan kuasa terbabit," jelasnya pada majlis pemimpin bersama rakyat sempena lawatan Datuk Seri Najib ke Bintulu, hari ini.

Fasa pertama rundingan antara kerajaan pusat dan negeri sebelum ini membolehkan 13 perkara dicapai, sebagai permulaan penurunan kuasa secara pentadbiran kepada Sarawak. Antaranya penempatan lebih banyak guru dalam kalangan masyarakat tempatan.

Kata Datuk Adenan lagi, rundingan fasa ketiga nanti akan membabitkan peruntukan kewangan kepada kerajaan Sarawak. 

No comments:

Post a Comment