Saturday 7 December 2019

SARAWAK YAKIN MENANG!


AKHIRNYA Petronas telah membulatkan azam untuk berhadapan dengan Sarawak di Mahkamah setelah Sarawak menghantar saman akan keengganan mereka untuk melunaskan bayaran 5% cukai jualan produk petroleum yang tertunggak.  Difahamkan Petronas berbuat demikian semalam.  

Menurut Datuk Sharifah Hasidah Sayed Aman Ghazali iaitu Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak yang juga ADUN Semariang menyatakan bahawa tiada kegentaran untuk berhadapan dengan Petronas di mahkamah kelak.  Beliau turut menyatakan bahawa Sarawak mempunyai kes yang kuat untuk memenangi hal ini memandangkan urusan cukai dinyatakan di dalam State Sales Tax Ordinance 1998.

Pautan berita penuh:


Sebelum writ saman dihantar kepada Petronas, Petronas pernah menawarkan kepada Sarawak (melalui Kerajaan Persekutuan) untuk menambah bayaran tunai 3% kepada Sarawak DENGAN SYARAT mereka tidak dikenakan 5% cukai Petroleum. Tawaran ini DITOLAK oleh Kerajaan Sarawak kerana hak itu tetap hak. TIADA KOMPROMI!

Membujur lalu, melintang patah. Yang penting sekarang Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak akan terus mengutamakan hak Sarawak.  Biar apa jua risikonya hak tetap akan dituntut.  Semoga dipermudahkan segara urusan.  

#SarawakDiutamakan 

No comments:

Post a Comment