Sunday 15 December 2019

TIADA TAWARAN UNTUK MEMBELI EKUITI PETRONAS


SETELAH dihentam bertubi-tubi samada oleh rakyat Sarawak dan juga ahli politik akan kenyataannya yang menyokong Malaya agar membeli ekuiti di dalam Petronas, Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Stampin merangkap Pengerusi PH Sarawak dan Timbalan Menteri KPDNKK cuba membelit kenyataan dengan mengatakan bahawa Sarawak tidak pernah menolak apabila dicadangkan untuk membeli ekuiti Petronas ketika di dalam mesyuarat Jawatankuasa MA63 di Putrajaya.  

Pautan berita penuh:


Sehubungan dengan cubaan YB Chong “kali kong” untuk mengelirukan rakyat Sarawak, satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada hari ini untuk edaran segera (lihat lampiran)  

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Menteri isu membeli ekuiti Petronas TIDAK PERNAH dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa MA63 di Putrajaya dan apa yang berlaku atas pegangan hak Sarawak di dalam anak syarikat Petronas seperti LNG adalah BERBEZA DENGAN ISU MEMBELI EKUITI PETRONAS.  

Selain itu, Pejabat Ketua Menteri Sarawak turut menyatakan bahawa YB Chong Chieng Jen BUKANLAH individu yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan apa-apa yang dibincangkan di peringkat mesyuarat Jawatankuasa MA63 yang melibatkan isu minyak dan gas di Sarawak.  Hal ini adalah dibawah bidangkuasa Perdana Menteri Malaysia, Ketua Menteri Sabah dan Sarawak sahaja.  

Setakat ini, TIADA TAWARAN dari Kerajaan Sarawak untuk membeli ekuiti Petronas.   

No comments:

Post a Comment