Monday 27 May 2019

3 JUN TARIKH MELIHAT ANAK BULAN SYAWAL


KITA sudah semakin mendekati bulan Syawal dan Majlis Raja-raja bersetuju cara untuk menetapkan tarikh Hari Raya adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.  Untuk itu 3hb Jun ini yakni petang Isnin akan memperlihatkan sekumpulan ahli falak Islam mendatangi 29 lokasi di seluruh Malaysia kelak.  

Untuk Sarawak, lokasi yang terlibat adalah di Esplanade Luak, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu.  Keputusannya akan diumumkan di saluran media perdana seluruh Malaysia oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-raja pada malam itu juga.  

No comments:

Post a Comment