Monday 27 May 2019

SARAWAK PERTAMA DALAM MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA PUNYA PLANT HIDROGEN


DIKALA ramai pakar yang gusar akan kebergantungan ke atas industri minyak yang mungkin sedikit masa lagi akan kering kontang, Sarawak sekali lagi menyerlah di dalam sektor ini dengan idea untuk mempunyai plant hidrogen tersendiri yang mana ianya merupakan yang pertama di Negara Malaysia dan juga di Asia Tenggara.  
Plant hidrogen itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak semalam hasil kerjasama Sarawak Energy Berhad dengan Linde EOX Sdn Bhd iaitu syarikat subsidiari Linde Malaysia.  Difahamkan plant tersebut mampu menjana 130 kilogram gas hidrogen sehari dengan 99.999% kandungan gas tulen yang mampu mengisi lima buah cell bas dan 10 buah kereta setiap hari.  
Mengikut perancangan Kerajaan Sarawak ada lima lagi akan dibuat di Sarawak yang mana tiga daripadanya akan didirikan di kawasan luar bandar. Dengan adanya plant hidrogen ini bermakna ianya juga merupakan satu titik permulaan untuk menjadikan Sarawak sebagai pengeluar gas hidrogen di dunia berdasarkan sudah ada pelabur asing yang berminat untuk melabur sekaligus akan menambahlagi sumber pendapatan Kerajaan Sarawak.  
Syabas dan tahniah Kerajaan Sarawak dibawah Datuk Patinggi Abang Johari dan Gabungan Parti Sarawak kerana sentiasa tampil dengan visi dan misi yang ke hadapan bagi memajukan Sarawak serta memakmurkan rakyatnya.  
#SarawakDiutamakan
#GPS 

No comments:

Post a Comment