Wednesday 22 May 2019

JAKARTA JADI MEDAN TEMPUR PRO-PROBOWO



DEK kerana tidak mahu menerima keputusan pilihanraya akhirnya Jakarta, ibukota Indonesia menjadi medan tempur penunjuk perasaan pro-Probowo yakni calon yang kalah di dalam pemilihan Presiden Indonesia beberapa hari yang lepas. Presiden Jokowi telah mendapat mandat untuk menjadi Presiden Indonesia buat Penggal yang kedua dengan jumlah undi sebanyak 85 juta berbanding Probowo yang hanya mendapat 68 juta sahaja. Menurut mereka keputusan pilihanraya tersebut adalah tidak adil dan mempunyai unsur-unsur salahguna kuasa.
Sehingga tengah malam tadi hampir 30 ribu anggota tentera telah dikerahkan ke kota Jakarta memandangkan jumlah penunjuk perasaan semakin bertambah yang rata-ratanya datang dari luar Jakarta. Dalam pada itu Kerajaan Indonesia difahamkan sudahpun menyekat penggunaan media sosial bagi membendung gejala sebaran berita palsu yang semakin berleluasa.
Buat masa sekarang, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri telahpun mengeluarkan nasihat perjalanan untuk rakyat Malaysia yang berada dan hendak ke Indonesia untuk tidak menghampiri kawasan yang dianggap merbahaya untuk keselamatan mereka. Mereka turut mengikuti dengan lebih dekat segala perkembangan yang berlaku di Jakarta dalam beberapa hari ini.
Sama-samalah kita berdoa agar apa yang terjadi di Kota Jakarta dan beberapa kawasan lain untuk segera reda dan keamanan dapat dikecapi kembali. Angka korban setakat ini dilaporkan enam orang dan ramai yang cedera.
Berita penuh ikuti pautan ini:

No comments:

Post a Comment