Thursday 6 June 2019

LATEEFA SEBAGAI PESURUHJAYA SPRM LANGGAR AKTA SPRM 2009


BERITA yang mengejutkan tatkala ramai rakyat Malaysia sedang diambang merayakan sambutan Hari raya Aidilfitri baru-baru ini yakni tatkala diumumkan perlantikan Lateefa Koya sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkuatkuasa 1hb Jun yang lalu. Ianya berlaku berikutan Datuk Seri Muhd Syukri memohon untuk bersara lebih awal walaupun beliau sepatutnya menamatkan perkhidmatan beliau sehingga 17 Mei 2020.

Respons daripada pelbagai pihak termasuklah ahli-ahli politik Sarawak turut sama memberikan pandangan mereka.  Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar yakni Ahli Parlimen Santubong yang juga seorang pengamal undang-undang dan mantan Timbalan Speaker Dewan Negara menyatakan perlantikan Lateefa sebagai Pesuruhjaya SPRM menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan telah sekali lagi memungkiri janji mereka kerana sebelum ini mereka membangkang sebarang perlantikan politik seperti yang diamalkan oleh Kerajaan sebelumnya.   

Pautan adalah seperti berikut:



Dato Idris Buang yang juga ADUN Muara Tuang dan Ketua Penerangan PBB serta seorang pengamal undang-undang di Sarawak turut memberikan pandangan beliau mengenai hal ini.  Menurus Dato Idris perlantikan Lateefa wajar dipersoalkan memandangkan SPRM adalah satu badan bebas dan seharusnya tiada pengaruh politik di dalamnya.  Ini memandangkan Lateefa sendiri adalah seorang yang aktif berpolitik melalui Parti Keadilan Rakyat.  

Menurut Dato Idris, beliau tertunggu-tunggu respons daripada BAR Council, Transparency International, BERSIH, Human Rights Watch dan badan-badan bukan kerajaan yang selama ke hari ini sememangnya kuat bersuara bagi sebarang ketidakseimbangan di dalam agensi-agensi seperti SPRM mengenai hal ini.  Adakah mereka akan hanya menutup sebelah mata akan hal ini juga.

Pautannya selanjutnya adalah seperti berikut:


Bagi Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak yakni Datuk Abdul Karim Hamzah yang juga seorang pengamal undang-undang mengambil sikap optimis atas perlantikan Lateefa.  Menurut beliau, Lateefa seharusnya diberikan ruang untuk menjalankan tugasan beliau dan amatlah berharap agar beliau nanti akan melaksanakan tugas tanpa ada rasa bias.  

Pautannya adalah seperti berikut:

https://dayakdaily.com/abdul-karim-says-give-latheefa-koya-a-chance-hopes-she-is-not-biased/

Apa yang lebih menarik lagi mengenai perlantikan Lateefa sebagai Pesuruhjaya SPRM yang baharu adalah perakuan daripada Perdana Menteri Malaysia sendiri apabila beliau tanpa berselindung telah memperakui bahawa perlantikan Lateefa adalah keputusan beliau sendiri tanpa merujuk kepada barisan kabinet PH seperti selalunya.  Perlantikan Lateefa itu turut mendapat beberapa respons daripada beberapa ADUN PH yang mana ada antara mereka mempersoalkan kewajaran PM membuat keputusan sendiri manakala ada beberapa orang lagi mempertahankan PM.  

Seperti ada yang tidak kena dengan perlantikan paling kontroversi ini memandangkan kita sendiri almaklum betapa komited Pesuruhjaya SPRM sebelumnya Datuk Seri Muhd Syukri melaksanakan amanah yang dipikul oleh beliau terutama sekali melibatkan ramai ahli-ahli politik Barisan Nasional yang dibawa ke muka pengadilan atas kesalahan rasuah dan sebagainya sejak beliau mengambilalih tugas tersebut.  Di awal perlantikan beliau, satu Malaysia menyaksikan beliau menangis sewaktu sidang akhbar bagaimana beliau tidak mendapat pembelaan sewaktu “dibuli” ketika menjalankan tugas di zaman BN dan sekarang lain pula jadinya.  

Isu ini semakin menarik apabila Kerajaan PH yang sebelumnya gah berkata tiada lantikan politik apabila mereka memerintah telah sekali lagi membuat pusingan-U dengan perlantikan Lateefa Koya sekaligus melanggar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang jelas memperuntukkan sebarang perlantikan adalah hanya boleh dilakukan di kalangan penjawat awam SPRM sendiri BUKANNYA individu daripada luar.   

No comments:

Post a Comment