Tuesday 18 June 2019

“SAYA JUGA ADALAH MANGSA” -HAZIQ AZIZ-



SEHINGGA ke hari beliau dibebaskan dengan jaminan polis setelah ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dua hari yang lepas, belum ada lagi kenyataan yang dikeluarkan oleh individu yang mengaku bahawa beliaulah antara salah seorang “pelakon” video seks intim songsang yang tular sehingga menggegarkan dunia politik Malaysia.  

Dan sehinggalah semalam, beliau tampil bersama dengan satu media berbahasa Inggeris, The Sun Daily seperti pautan ini:


Di dalam sidang temuramah itu, Haziq Aziz atau nama sebenarnya Haziq Abdullah bin Abdul Aziz yang merupakan Ketua AMK Cabang Santubong yang juga merangkap Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Industri Utama (sudah digantung tugas semenjak video itu ditularkan) bertegas mengatakan bahawa beliau juga addalah “mangsa” di dalam hal ini.  Ini memandangkan apa yang berlaku adalah sesuatu yang peribadi namun ada dalang yang mempunyai kepentingan dengan sengaja menjadikan beliau mangsa kerana survival politik sesetengah pihak.  

Berbicara dari aspek siasatan yang dijalankan ke atas beliau tempohari, Haziq menzahirkan ucapan terima kasih beliau kepada Polis Diraja Malaysia yang telah melakukan siasatan dengan penuh professional dan tanpa bias.

Jika Haziq Aziz berani tampil mengaku bahawa beliau adalah “pelakon” di dalam video intim hubungan songsang tersebut lain pula ceritanya dengan individu yang didakwa pasangan beliau yakni seorang menteri kanan Kerajaan Persekutuan sekarang.  Sehingga ke hari ini individu tersebut menidakkan penglibatannya di dalam aksi asmara hubungan sejenis yang dikatakan berlaku di Hotel Fourpoint, 11 Mei 2019 ketika umat Islam sedang menjalankan ibadah puasa yang lepas.  

Dan tidak kurang yang sangsi dan berani berkata bahawa video tersebut adalah palsu dan telah diedit sebaik mungkin.  Namun begitu pakar-pakar video editing malah turut melibatkan pakar dari luar negara menyatakan bahawa video tersebut adalah tulen namun tidak pasti siapakah “pelakon-pelakon” video tersebut.  

Pautannya adalah seperti berikut:


Begitulah alkisahnya episod satu video yang penuh kontroversi dan menjadi bualan di dunia maya baik di dalam Malaysia mahupun peringkat antarabangsa sekarang.  Siasatan polis masih lagi berjalan dan kita sentiasa percaya bahawa pihak berkuasa akan terus telus dan menjalankan tugas dengan penuh integriti seperti rakyat harapkan.  

Kita nantikan episod seterusnya.  Siapakah tok dalangnya? Siapa pula pelakon yang satu lagi. 


No comments:

Post a Comment