Thursday 17 December 2015

BENDERA OH BENDERA!



Isu bendera negeri Sarawak ini sering berkumandang kerana ianya seperti dipolitikkan oleh sekelompok individu di Sarawak.
Agak menggusarkan sekiranya kita sebagai anak Sarawak sendiri "keliru" dengan bendera yang digunapakai di Sarawak kerana ianya adalah salah satu lambang jati diri dan simbol kedaulatan kita.
Jika kita bertanya pada diri sendiri kenapa kita harus memandang ke belakang untuk mengatakan kita ini seorang yang nationalis. Apakah kita ini sebenarnya tidak mampu berdiri atas kaki sendiri?
Adakah kita perlu untuk mengagung-agungkan bendera “yang sudah tidak digunakan lagi” sedangkan yang ada sekarang lebih melambangkan diri kita sebagai anak Sarawak?
Tidak merasa malukah pada perjuangan perwira-perwira Sarawak seperti Allahyarham Rosli Dhoby, Panglima Rentap “Libau” serta ramai lagi?
“Sejarah Songsang” untuk kepentingan sesetengah individu ini merupakan sesuatu yang menjadi duri dalam daging di dalam kita menjadi satu masyarakat yang punya jati diri tersendiri.
Tiada gunanya memanggil diri itu “Nationalist” sekiranya kita masih tidak mampu menonjolkan jati diri kita dan salah satunya adalah bendera.
Hormatilah bendera Sarawak yang ada sekarang dan itulah bendera yang harus anda julang tinggi-tinggi walau dimana anda berada.

No comments:

Post a Comment