Wednesday 30 December 2015

TANGGUH PERKHIDMATAN BOT EKPRESS

LANGKAH Lembaga Sungai~sungai Sarawak menangguhkan sementara perkhidmatan bot ekpress bukan bertujuan menyusahkan orang ramai sebaliknya mengutamakan keselamatan penumpang sepanjang pelayaran.
Penguasa Lembaga Sungai~sungai Sarawak, William Jinep mengarahkan semua pengusaha bot ekpress laluan Kuching~Tanjung Manis, Sarikei~Kuching dan Limbang ~Labuan~Limbang menangguhkan sementara operasi perkhidmatan berikutan amaran angin kencang dan keadaan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Metrologi Malaysia.
Semalam, Jabatan Metrologi Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang selaju 40 sehingga 50 kilometer sejam dan keadaan laut bergelora setinggi 3.5 meter melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah (Kudat dan Kota Kinabalu) dan Sarawak sehingga Jumaat ini, 1 Januari 2016.
Dua perkhidmatan bot ekpress penumpang, masing~masingnya boleh memuatkan 168 penumpang dan 208 penumpang beroperasi untuk laluan Kuching~Tanjung Manis, Sarikei~Kuching.
Tiga lagi bot ekpress penumpang beroperasi untuk laluan Limbang~Labuan~Limbang, dibenarkan membawa 120 penumpang dan 90 penumpang untuk setiap perjalanan.
Kedua~dua laluan perjalanan perkhidmatan bot ekpress ini meredah lautan dan muara sungai sebelum sampai ke destinasi masing~masing.
Berikutan beberapa kejadian perkhidmatan bot ekpress penumpang yang turut melibatkan kemalangan jiwa, Lembaga Sungai~sungai Sarawak telah meningkatkan penguatkuasaan dan mengetatkan peraturan terhadap para pengusaha bot ekpress penumpang di negeri ini.
Antara kejadian bot ekpress karam, pernah berlaku pada tahun 2013 di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan, kira~kira 40 minit perjalanan dari Sibu.
Bot ekpress malang itu membawa 100 penumpang yang ingin pulang ke kampung halaman sempena perayaan Gawai Dayak.


No comments:

Post a Comment