Tuesday, 26 April 2016

AYAM DAGING VS AYAM SABONG

RAMAI yang ralat apabila berbicara mengapa dan kenapa tidak dipilih sahaja anak tempatan untuk menjadi calon di PRN Sarawak ke-11 ini. Sebaliknya mengapa harus diletakkan calon “import” pula. Inilah cakap-cakap politik yang menghiasi cerita PRN Sarawak pada kali ini.

Tanpa kita sedari sebenarnya Datuk Adenan mempunyai alasan beliau sendiri mengapa strateginya dibuat sebegitu rupa. Kebiasaannya yang menjadi calon “Adenan Team” pada kali ini menampilkan ramai calon-calon yang terkenal dengan suara-suara lantang mereka. Yang mampu mengeluarkan hujah dengan fakta bagi menepis segala tuduhan dan bukannya yang hanya diam membisu bahasa walau disepak, diterajang, ditekan, mahupun dipulas telinga di ketika mesyuarat Dewan Undangan berlangsung.

Kriteria calon seperti ini penting kerana merekalah soldadu yang akan menjadi perisai pada setiap misi dan visi kerajaan kerana umum mengetahui angin politik di Sarawak tidak seperti dahulu lagi. Banyak fakta-fakta dimanipulasi oleh pembangkang dan hanya mereka yang berkebolehan mampu membuat yang lain diam seribu bahasa.

Usah dirisau tentang hal pembangunan kerana kebiasaannya calon yang bersuara lantang ini juga adalah mereka yang betul-betul berkhidmat untuk kawasannya. Tiada cacat celanya calon “import” kerana mereka yang dipilih sebenarnya secara tidak langsung juga sudah biasa dengan suasana politik dimana mereka diletakkan.

Inilah antara intipati ucapan oleh Datuk Amar Haji Awang Asfia Awang Nassar, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak ketika merasmikan Perjumpaan Kakitangan KEMAS N16 Muara Tuang bersama pemimpin di Dewan Suarah Kota Samarahan semalam. "Ayam daging sudah lumrahnya biar gemuk tetapi tidak akan mampu melawan berbanding dengan ayam sabong yang pantang dicabar dan akan terus berjuang ditengah gelanggang." -RP-

No comments:

Post a Comment