Sunday, 17 April 2016

DAP MEMPERSOALKAN AUTONOMI IMIGRESEN SARAWAK!


SELEPAS satu persatu orang kanannya dihantar pulang sejurus menjejak kaki ruang imigresen Sarawak, nampak gayanya pemimpin DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng sudah tidak mampu menahan sabar lagi. 
Beliau terus-terusan mempertikaikan larangan memasuki Sarawak seperti yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Sarawak mengikut Akta Imigresen yang juga merupakan salah satu autonomi yang tercatit sewaktu Perjanjian Malaysia 1963. Ianya dimeterai antara 4 entiti iaitu Malaya, North Borneo, Sarawak dan Singapura. 
Dengan lantangnya LGE mempersoalkan kewajaran Datuk Adenan sebagai Ketua Menteri Sarawak mengenakan larangan tersebut sehingga meminta DAP Sarawak untuk menjadi “orang tengah” mereka.  Lagipun apa yang dilakukan oleh Datuk Adenan adalah untuk menjaga sensitiviti rakyat Sarawak daripada mereka yang racist dan pelampau.   Dan larangan itu bukan hanya untuk mereka yang dari parti pembangkang malah juga pro-Barisan Nasional seperti apa yang berlaku kepada Dato Jamal Yunus baru-baru ini.  Datuk Adenan tidak pernah “pilih bulu” kerana beliau bertanggungjawab atas keamanan di Sarawak. 
Daripada LGE sibuk dengan peraturan rumah orang ada baiknya beliau selesaikan dahulu segala skandal yang menimpa pimpinannya daripada isu banglo, Taman Manggis malah juga mengenai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang iaitu P Ramasamy.  Timbalan Menterinya sendiri dikatakan antara pendokong kuat puak pengganas Tamil Eelam Sri Lanka.  Malah di laman tweet  beliau sendiri yakin jika ada 13 Mei lagi terjadi, mereka DAP tidak akan pernah takut kerana mereka sentiasa ada sahaja puak yang membantu termasuklah Tamil Eelam Sri Lanka.
Segala hal yang berkaitan dengan DAP di Semenanjung Malaysia sudah cukup untuk kita orang Sarawak mengenal siapakah mereka.  Dan apakah pimpinan DAP Sarawak masih mahu membela mereka sedangkan sejak dari dahulu lagi DAP Sarawak mengatakan bahawa mereka dan DAP Malaya 2 parti yang berbeza...konon-kononlah!  

No comments:

Post a Comment