Wednesday 1 July 2020

BN, PAS, PARTI SABAH DAN GPS SOKONG KEPIMPINAN PM TSMY




DIKALA riuh sana-sini mengenai adanya pemilihan Perdana Menteri yang baharu oleh blok pembangkang lain halnya dengan Perikatan Nasional yakni gabungan yang memerintah Malaysia sekarang.  Tidak terlalu banyak berpolitik biar diserang bertubi-tubi kerana lebih mendahulukan rakyat dan negara yang masih di dalam peperangan menentang musuh halimunan serta memulihkan ekonomi negara yang bergelut dek kerana serangan Covid-19 global, hari ini k
etua-ketua parti yang mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah mengadakan satu pertemuaan di Putrajaya.

Hasil daripada mesyuarat itu maka dizahirkan kesemua kepimpinan telah menyokong penuh Tan Sri Muhyidin Haji Mohd Yassin terus kekal menerajui Putrajaya.  Sekaligus ianya melambangkan bahawa parti-parti Perikatan Nasional seia sekata untuk terus memperkukuhkan persefahaman serta kerjasama demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Pimpinan yang hadir adalah Presiden-Presiden parti iaitu YAB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin (BERSATU), YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (UMNO), YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (PAS), YB Datuk Seri Wee Ka Siong (MCA), YBhg Tan Sri Dato’ Vigneswaran Sanasee (MIC), YAB Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg (PBB), YB Prof Dato’ Sri Dr Sim Kui Hian (SUPP), YB Dato’ Sri Tiong King Sing (PDP), YB Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing (PRS), YB Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili (PBS), YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (PBRS) dan YB Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR).

Mesyuarat yang berlangsung selama dua jam itu turut dihadiri oleh YB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali sebagai Ketua Whip Kerajaan Perikatan Nasional dan YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin, Setiausaha Agung BERSATU.

No comments:

Post a Comment