Wednesday 1 July 2020

YB SEE CHEE HOW CUBA MENUTUP MALU SENDIRI


BEBERAPA hari yang lepas, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar ada mengumumkan bahawa Tekun Nasional akan mengeluarkan Tekun Mobilepreneur 2.0 yang mana akan dilaksanakan pada 7 Julai 2020 ini.  Ianya merupakan pembiayaan semaksima RM10K untuk mana-mana rider penghantaran bagi tujuan membeli kenderaan baru dan juga pusingan modal.  Rata-rata skim pembiayaan itu disambut baik oleh para rider penghantaran.  

Lain pula halnya dengan seorang ahli politik pembangkang iaitu YB See Chee How, ADUN Batu Lintang yang sebelum ini YB PKR dan sekarang “melompat katak” ke PSB yang mana beliau secara sembrono telah menuduh bahawasanya DSWJ telah membuat janji yang langsung sebenarnya tidak ada.  Menurut kenyataan beliau apabila dirujuk kepada pihak bank maka ada antara pihak bank yang tidak mengetahui kewujudan skim tersebut.

Dan setelah tuduhan itu diwar-warkan maka pihak Pengurus Tekun Nasional Sarawak telah membuat satu kenyataan media yang mana ianya jelas menunjukkan bahawa Tekun Mobilepreneur 2.0 itu wujud dan tatkala itulah YB See dengan sekonyong-konyongnya cuba “spin 360 darjah” dengan kenyataan beliau sebelum ini.    

Pautannya adalah seperti berikut:


Tindakan YB See yang cuba memutar alam kenyataan beliau telah dibidas oleh Setiausaha Politik kepada YB Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu Dato Sri Syed Hamzah bin Syed Paie.  

==========

YB SEE CHEE HOW CUBA MENUTUP MALU SENDIRI

1. Kenyataan rasmi yg dikeluarkan oleh Encik Roslan Ais , Pengurus Tekun Nasional Sarawak semalam secara terang dan jelas mengesahkan pengumuman YB Datuk Sri Wan Junaidi Menteri Pembangunan Usahawan dan Kooperasi bahawa Skim pembiayaan tanpa faedah kepada rider penghantaran ( Tekun Mobileprenuer 1.0 dan 2.0) adalah benar dan ujud seperti yang diumumkan oleh YB Menteri.

2. Kenyataan Roslan Ais juga telah menyanggah tuduhan YB See yang menuduh pegawai Tekun menafikan keujudan skim tersebut.

3. Sekiranya benar ada pegawai Tekun yg menafikan pgrm Mobilepreneur itu maka itu menggambarkan kelemahan pegawai itu sendiri dalam mengikuti arahan semasa dari ibupejabat seperti mana yang disebut oleh Datuk Sri Wan Junaidi.

4. Tetapi kenyataan Roslan Aris jelas menunjukkan tuduhan See bahawa ada pegawai Tekun menafikan keujudan Skim Mobilepreneur adalah tidak ujud adalah tidak benar. Bahkan Roslan Ais menegaskan pegawai2 Tekun Sarawak mengetahui bahkan telah menerima banyak permohonan untuk skim Mobilepreneuer ini.

5. Berdasarkan kenyataan Roslan Ais ini juga maka YB See seharusnya memohon maaf kepada pegawai pegawai Tekun Sarawak di atas fitnah dan berita tidak benar yang beliau lontarkan kepada pegawai pegawai Tekun Sarawak. See telah memfitnah bahawa pegawai Tekun seolah olah tidak tahu mengenai program Tekun sendiri.

6. Saya percaya pihakTekun Sarawak amat peka dan pantas dalam menerima setiap program baru yang telah dipertanggung jawabkan oleh kerajaan kepada mereka selaku agensi pelaksana dan mereka bukanlah jahil dengan program sendiri seperti yang digambarkan oleh See Chee How.

7. Apa yang lebih memalukan ialah apabila telah terbukti beliau silap dalam membuat pertuduhan ke atas pegawai pegawai Tekun maka beliau cuba hendak menutup malu nya dengan menuduh pula menteri telah memberi maklumat yang salah mengenai jumlah dana mobileprenuer.
8. Saya secara peribadi telah membaca semua keratan akhbar mengenai pengumuman YB Menteri pada 20 Jun 2020 dan YB Menteri secara jelas telah menyatakan jumlah peruntukan mobileprenuer yang sama seperti yang dinyatakan oleh Roslan Ais. Beliau selaku Menteri yg mencadangkan dana tersebut dan mendapatkan kelululusan dari kerajaan maka pastinya beliau lebih mengetahui setiap program keusahawanan yang diumumkan.

9. Bahkan Yb Menteri juga mengumunkan jumlah keseluruhan dana untuk Plan Pemulihan Usahawan yang merangkumi 30 program untuk tahun 2020 dan 2021 ialah berjumlah RM 452.8 juta. Manakala jumlah RM 400 juta pula adalah pembiayaan makro untuk Pelan Jana Semula Ekonomi ( PENJANA) dan dari jumlah ini RM 50 juta adalah khusus untuk usahawanita. Manakala RM 200 juta lagi untuk memperkasakan usahawan Bumiputra melalui Perbadanan Usahawan Nasional Berhad ( PUNB). Semua detail peruntukam ini adalah untuk hampir 30 jenis program pemulihan sepanjang 2020 sehingga 2020 dan ini ada disebut oleh YB Menteri dalam majlis tersebit bahkan beliau pernah sebut juga detail dana ini dalam kenyataan beliau kepada media pada 27 Mei 2020.

10. Jumlah dana dana inilah yang disalahfaham oleh YB See sebagai peruntukan keseluruhan program mobilepreneur. Bila beliau tidak merujuk kepada kementerian maka beliau telah memberi kesimpulan yang salah terhadap dana dana itu. Aduhai YB See kalau sudah salah itu maka mengaku salah lah dan bermaruah lah untuk meminta maaf dan bukannya buat buat semakin keliru.

11. Apa yang lebih sedih lagi ialah beliau cuba menutup malu nya dengan membuat tuduhan liar bahawa kerajaan tidak memasukkan etnik tertentu dalam kemudahan kredit tanpa interest. Izinkan saya menyekolahkan YB Shee bahawa kerajaan Perikatan Nasional tidak pernah mengenepikan mana2 kaum dalam usaha pemulihan ekonomi. Bahkan kerajaan telah memberi kemudahan tanpa cagaran dan tanpa interest kepada syarikat syarikat secara terbuka dengan dana besar RM 10 billion dibawah program Kemudahan Bantuan Khas ( SRF). Bahkan kerajaan menawarkan program kemudahan mikro secara terbuka melalui semua agensi medac ( melainkan Tekun) dengan hampir 30 program.

12. Kalau YB See hendak belajar dengan lebih dalam lagi betapa adil dan saksama nya kerajaan Perikatan Nasional dalam memulihkan usahawan negara ini maka bolehlah berjumpa dengan saya di Pejabat Pusat Ahli Parlimen Santubong pada bila bila masa. Saya akan menyekolahkan YB See tanpa bayaran.

13. Seperkara lagi, bila YB memaklumkan bahawa YB telah pergi ke BSN untuk bertanyakan kemudahan Tekun di BSN maka sudah pasti kakitangan BSN tidak mengetahui apa apa mengenai produk Tekun kerana BSN atau mana mana bank tidak mengendalikan apa apa program. Ini kerana semua progran bantuan Tekun hanya dikendalikan oleh cawangan cawangan Tekun di seluruh negara...nasihat saya kepada YB Shee belajar lah untuk mendapat maklumat yang betul di saluran yang betul.

DATO SRI SYED HAMZAH BIN SYED PAIE
Setiausaha Politik
Kepada YB Menteri Pembangunan Usahawan dan Kooperasi.

=======

Begitulah ceritanya seorang YB pembangkang yang menampakkan dirinya hero tetapi akhirnya menjadi satu kenyataan fitnah yang boleh mengganggu gugat kredibilitinya sendiri.  Jika benar “gentleman” maka bersedialah untuk memohon maaf secara terbuka.  Bukan semua hal hendak dibangkang, jika ianya baik apa salahnya melainkan sudah kehilangan modal untuk berpolitik.

No comments:

Post a Comment