Thursday 2 July 2020

MUAFAKAT NASIONAL SOKONG TSMY UNTUK BAKAL PM PRU-15


KITA almaklum bahawa jawatan Perdana Menteri TSMY sekarang dibawah Perikatan Nasional adalah sehingga Pilihanraya Umum Ke-15 kelak.  Ini bermakna beliau mempunyai lagi sekitar dua tahun untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan terpulang kepada rakyat untuk memilih parti manakah yang harus menjadi kerajaan kelak.  

Hari ini, Muafakat Nasional iaitu gabungan UMNO dan PAS telah mengwar-warkan bahawa biar berapa banyak kerusi yang akan dimenangi oleh kedua-dua parti itu kelak di dalam PRU-15, bakal Perdana Menteri akan dipilih daripada Parti Pribumi Bersatu iaitu melalui PresidennyaTan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin.

Pautan berita penuh:


Dengan perkembangan terbaru ini sudah tentu ianya amat menarik untuk diikuti lebih-lebih lagi ada corat-coret dunia politik Malaysia mengenai berapakah pengagihan kerusi yang akan diberikan oleh UMNO, PAS kepada PPBM di kawasan majoriti Melayu.  Dikhabarkan PPBM mahukan 50 kerusi untuk mereka dan sudah tentu ini tidak akan diterima oleh UMNO mahupun PAS.  

Jika dilihat secara zahirnya seperti ada kompromi Muafakat Nasional yang menjadi antara parti yang menyokong Perikatan Nasional.  Di pihak kuartet Borneo iaitu Parti Gabungan Sabah dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) belum lagi mengumumkan apa-apa resolusi samada mereka akan terus mendokong TSMY sebagai PM selepas PRU ke-15 kelak.  Setakat ini yang kita ketahui kuartet Borneo menyokong PM TSMY untuk kekal menjadi PM Malaysia bagi kestabilan negara sehingga “Malaysia Memilih” kelak.  

Namun begitu berita semalam yang mana menyaksikan PPBM dan PAS telah menyatakan bahawa mereka tidak akan bertanding pada PRN Sarawak ke-12 kelak mungkin menjadi penanda aras ke manakah sokongan GPS selepas PRU-15 kelak.

No comments:

Post a Comment