Thursday 3 August 2017

DARI KOLAM RENANG KE DUNIA PERAGAWATI?






ANAK Sarawak yang menjadi kebanggaan seantero Malaysia kerana beliau mampu mengukir namanya sebaris dengan jaguan renang dunia.  Boleh dikatakan setiap acara sukan peringkat dunia telah disertainya dan amat jarang jika beliau tidak menghadiahkan pingat buat Malaysia.

Kelibat Pandelela Rinong sentiasa kita nanti-nantikan di acara terjun dunia dan seperti selalunya akan tampil sederhana dengan pakaian renangnya. Di kolam renang mungkin fokusnya pada setiap aksi akrobatik dunia terjun namun baru-baru ini melalui sebuah portal http://my.asiatatler.com/society/, penampilan ratu terjun negara ini cukup berbeza. Siapa sangka rupa-rupanya “Dayung Sangon” kelahiran Kampung Jugan, Bau, Sarawak ini mempunyai bakat tersembunyi untuk menjengah dunia peragawati.  

Mungkin suatu hari nanti jika beliau sudah lelah dengan dunia sukan, tiada salahnya untuk cuba mengorak langkah satu lagi bidang yang begitu mengkhusus iaitu dunia model pula. Yang pasti anak Sarawak ini akan sentiasa menjadi kebanggaan kita semua.  

Selamat maju jaya Pandelela Rinong.  


No comments:

Post a Comment