Sunday 6 August 2017

SK LONG SEPILING, BARAM JUARA DI JEPUN



SIAPA sangka sebuah sekolah nun jauh di pedalaman iaitu Baram mampu mengukir nama Sarawak, Malaysia di pentas pertandingan dunia.  Seperti kata pepatah lama, dimana ada kemahuan disitu ada jalannya maka begitulah juga SK Long Sepiling, Baram yang berjaya menjuarai satu pertandingan “Kid Witness News” (KWN) yang diadakan di Tokyo, Jepun pada tanggal 4 Ogos yang lalu.
Berkat bimbingan gurunya iaitu Mohd. Saffuan dan Mohd Fadli Abdul Salam yang menjadi pemangkin kepada kesungguhan tiga pelajarnya iaitu Fiona Fredick (12 tahun), Anilov Fabien Tingang (13 tahun), Juwita Ulean (12 tahun) dan Michael Nyamun (11 tahun) telah memungkinkan video pendidikan yang berdurasi lima minit dengan tajuknya “The Power Of Hands” telah memenangi memenangi peringkat “Best Storytelling Award” di dalam pertandingan tersebut.
Sesungguhnya kejayaan anak-anak Baram serta sekolah di pedalaman ini wajar kita banggakan. Mereka berjaya membuktikan bahawa bukannya lokasi sekolah serta kekurangan serba-serbi yang menjadi tembok pemisah sekiranya ingin berjaya di dalam apa jua yang disertai.
Tahniah diucapkan kepada para pelajar dan pendidik di SK Long Sepiling, Baram, Sarawak. 

No comments:

Post a Comment