Tuesday 8 August 2017

MANGSA KE-6 DIJANGKITI RABIES DIKENALPASTI


WABAK Rabies masih belum lagi surut penularannya di Sarawak.  Sehingga ke hari ini ianya telah mengorbankan lima nyawa.  Dan semalam menyaksikan seorang lagi mangsa telah positif dijangkiti rabies iaitu seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dari Kampung Kuala, Gedong, Bahagian Samarahan.  

Difahamkan mangsa telah digigit anjing pada tanggal 17 Jun 2017 dan telahpun menerima 4 dos suntikan vaksin anti-rabies selepas kejadian.  Namun ianya masih tidak dapat menghalang daripada mangsa dijangkiti wabak tersebut sehingga memaksa beliau dirujuk ke Hospital Umum Sarawak sekarang sejak tanggal 3 Ogos yang lalu.  

Buat masa sekarang, keadaan mangsa dilaporkan di dalam kritikal dengan memerlukan bantuan penafasan sepenuhnya.  Sama-samalah kita berdoa agar tiada lagi yang menjadi korban wabak rabies di Sarawak.  

Sumber foto: Borneo Post 

No comments:

Post a Comment