Monday 7 August 2017

SYARIKAT PETROLEUM SARAWAK (PETROS)


BUKAN satu omongan kosong lagi malah sudahpun direalisasikan. Setiap kata dikotakan dan begitulah juga dengan syarikat milik Kerajaan Negeri Sarawak yang mana nanti akan menjadi pemain penting di dalam industri minyak dan gas.  Ianya adalah satu tindakan yang sudah tentu mendapat sokongan seluruh rakyat Sarawak kerana selama ini kita hanya mampu memerhati dari jauh bagaimana hasil bumi kita dikorek tanpa belas kasihan.  
Pengumuman pembentukan sebuah syarikat yang dinamakan Syarikat Petroleum Sarawak atau PETROS telah diwar-warkan sendiri oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg pada satu majlis makan malam semalam.  Menurut beliau, kesemua Ahli Lembaga Pengarah PETROS sudahpun dilantik dan mereka terdiri daripada anak Sarawak yang pakar di dalam industri dan berpengalaman untuk menerajui syarikat ini.  
Setakat ini senarai nama mereka yang terlibat belum lagi dikemukakan secara rasmi namun begitu sudah tentu ianya satu berita gembira untuk semua.  Penubuhan syarikat ini sudah tentu akan menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk anak Sarawak terutama sekali bagi anak-anak Sarawak yang sudah tiba masanya untuk pulang berbakti di tanahair tersendiri.  Hasil kerja anak-anak Sarawak di dalam industri minyak dan gas adalah antara yang terbaik pernah ada dan ianya sentiasa mendapat pujian oleh firma-firma explorasi minyak di luar negara.  

No comments:

Post a Comment