Sunday 3 July 2016

MESYUARAT AUTONOMI UNTUK SARAWAK DI PUTRAJAYA


HARI ini 4hb Julai 2016, seperti yang dijanjikan maka bermulalah perbincangan antara Kerajaan Negeri Sarawak dibawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Adenan dengan Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya seperti yang telah diwar-warkan melalui kenyataan akhbarnya pada 3 Julai 2016.
Tujuan perbincangan ini adalah untuk memperjelaskan lagi tentang pemindahan kuasa Kerajaan Sarawak dan Persekutuan.  Selain itu ianya juga berkenaan dengan satu persoalan pokok iaitu mengenai autonomi berdasarkan kepada Inter –Governmetal Committee (IGC) Reports and Recommendation, Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963 dan juga Laporan Suruhanjaya Cobbold. 
Seperti yang kita maklum, perbincangan ini adalah kata kunci kepada segala perjuangan Autonomi Untuk Sarawak seperti yang rakyat Sarawak mahukan.  Dan menyemaksemula segala dokumen ini penting di dalam memastikan bahawa Persekutuan akan menghormati segala yang telah ditetapkan dan jangan hanya sembrono membuat sesuatu dengan membelakang Kerajaan Negeri Sarawak. 

No comments:

Post a Comment