NAMPAK
gayanya Bandaraya Kuching akan dilimpahi dengan gedung-gedung membeli belah di
segenap pelusuk kawasannya. The Spring,
The Boulevard dan tidak lama lagi pula akan megah berdiri AEON Central
Park.
AEON bukanlah satu nama yang asing di Malaysia tetapi inilah kali pertama ianya membuka cawangannya di Kuching, Sarawak. Projek pembinaan cawangan sulungnya di Sarawak sedang rancak sekarang dengan lokasinya di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce (Jalan Keretapi).
Dan dinyatakan juga usai pembinaan AEON Central Park Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce nanti, pihak pengurusan AEON juga akan mula membina cawangan keduanya yang lokasinya adalah di kawasan Tabuan Jaya.
Projek pembinaannya AEON Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce yang bermula sekitar Ogos 2015 dijangka siap pada 2Q 2017 nanti.
Dengan pertambahan gedung-gedung ternama di Kuching ini bermakna semakin banyaklah pilihan warga Sarawak untuk membeli belah kelak.
No comments:
Post a Comment