DARIPADAMU dia datang dan kepadaMu dia kembali…
Salam takziah diucapkan untuk keluarga besar PBB Sarawak atas kembalinya ke
rahmatullah seorang Srikandi PBB Sarawak iaitu Allahyarhamah Dayang Raoyah
binti Abang Adeng sekitar jam 2.10 petang bersamaan dengan 24hb Jun 2016 / 19
Ramadhan 1427 Hijrah.
Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir
di kediamannya di Jalan Ixora, Sarikei, Sarawak. Sepanjang hidupnya, Allahyarhamah merupakan
pejuang wanita di dalam PBB Sarawak dan merupakan Ahli Majlis Tertinggi PBB
Sarawak. Atas kecemerlangan
Allahyarhamah juga turut diberikan kepercayaan oleh Ketua Menteri Sarawak,
Datuk Adenan menjadi salah seorang Setiausaha Politik beliau.
Perginya seorang Srikandi PBB Sarawak sudah tentu
menjadi satu kehilangan besar kepada seluruh keluarga besar PBB Sarawak dan
juga Barisan Nasional Sarawak. Semoga
Allah mengampunkan dosanya dan menerima segala amal ibadahnya.
Alfatihah. Amin.
No comments:
Post a Comment