BA’KELALAN merupakan salah satu daerah yang
terletak di utara Sarawak. Walaupun
berada nun jauh ke utara tetapi ada sesuatu yang istimewa di kawasan ini yang
tidak ada di tempat lain di Sarawak. Epal Ba’Kelalan atau ada juga yang
mengenalinya dengan nama Epal Malaysia merupakan antara buah-buahan yang begitu
popular namanya sehingga ke luar Negara.
Berada di ketinggian kira-kira 1,000 meter
dari aras laut dan ditambahlagi dengan suhu rendah sepanjang tahun menyebabkan
tanaman seperti epal, anggur dan tomato boleh diusahakan disini. Epal Ba’Kelalan yang diusahakan ini juga mendapat
kaedah pertanian yang moden sehingga membolehkan terdapat 4 jenis epal yang
ditanamkan secara komersial iaitu dari jenis Manalagi, Tropikal, Anna dan Rome
Beauty. Keempat-empat jenis epal ini
terbukti menyamai kualiti epal yang diimport.
Suatu waktu dahulu ramai yang tidak percaya
bahawa Epal Ba’Kelalan ini boleh pergi jauh kerana kritikan seperti saiz yang
kecil, tiada rasa manis mewarnai ceritanya.
Tetapi itu semua hanyalah satu bidaah semata-mata kerana Epal Ba’Kelalan
ini juga sama seperti epal produk dari luar Negara.
Epal Ba’Kelalan bukan hanya satu buah-buahan
sebaliknya ianya lebih daripada itu apabila ramai pelancong berkunjung ke Ba’Kelalan
hanya ingin merasai pengalaman memetik buah epal segar dari ladang. Dan pertambahan pelancong akan mula terasa
sekitar bulan Jun dan Disember saban tahun kerana pada bulan itulah Festival
Menuai Epal diadakan.
No comments:
Post a Comment