MAS Rapid Transit (MRT) merupakan salah satu pengangkutan keretapi
canggih yang sedang giat dibina di Lembah Kelang sekarang. Seringkali ianya menyebabkan kita kagum
apabila menaikinya memandangkan keseluruhan prasarana ini begitu moden baik
dari segi senibina, kejuruteraannya dan banyak lagi.
Stesen MRT Sungai Buluh merupakan antara 12 stesen untuk jalinan
MRT Sungai Buluh-Kajang dan ianya sudahpun siap sepenuhnya baru-baru ini. Disebalik penyiapan stesen MRT Sungai Buluh
yang dikatakan siap sebelum tarikhnya, mungkin kita tidak mengetahui bahawa
ianya adalah hasil usaha gigih seorang anak Iban Sarawak yang menerajui
kumpulan juruteranya.
Lambor anak George, anak Iban kelahiran Betong, Sarawak merupakan
Pengurus Projek untuk Stesen MRT Sungai Buluh telah berusaha dengan gigih dari
mula pembinaannya sehinggalah ianya siap dibina. Dengan segala pengalaman serta kepimpinannya
anak Sarawak memimpin kumpulan jurutera dan kontraktornya inilah adalah sesuatu
yang begitu membanggakan.
Dan tidak keterlaluan untuk diperkatakan bahawa Sarawak sebenarnya
memiliki ramai jurutera-jurutera yang berkebolehan yang sudah tentu boleh
menabur bakti apabila pulang ke Sarawak kelak.
Segala pengalaman mereka akan menjadikan Sarawak itu mampu berdaya saing
dengan tenaga luar. Sarawak Boleh!
No comments:
Post a Comment