SOTONG KETUK atau Suntong Tutok nama panggilannya bagi
orang Sarawak adalah antara hidangan ringan selepas menunaikan solat terawih atau
moreh di bulan Ramadhan. Dan keistimewaannya terserlah
apabila Suntong Tutok tidak dijual di bazaar Ramadhan yang kebiasaannya
berlangsung sebelum waktu berbuka puasa tetapi penjualan untuk menu makanan
ringan ini hanya dijual di sebelah malam dan dijual di tepi-tepi jalan di
kaSOmpung-kampung Melayu sahaja.
Sebenarnya penyediaan suntong tutok ini amatlah mudah sekali kerana hanya perlu membeli sotong kering yang telah sedia dijual di pasar-pasar di seluruh Sarawak. Kemudian sotong-sotong kering ini akan diikat satu-satu di gerai-gerai di tepi jalan mengikut saiz. Untuk setiap pembeli pula harus memilih apakah saiz-saiz sotong yang dikehendaki kerana setiap saiz mempunyai harga yang berbeza-beza.
Setelah pembeli memilih saiz yang diidamkan maka si penjual suntong tutok akan mula membakar sotong tersebut atas bara api yang telah disediakan. Dengan hanya memanggang sotong tersebut kira-kira 5 minit kemudian sewaktu ianya masih panas-panas itulah ia mula diketuk-ketuk sehingga nipis iaitu samada dengan menggunakan proses ketukan tangan melalui penggunaan tukul ataupun dengan mesin penggilis.
Sotong yang dinipiskan semuanya mempunyai rasa yang sama tetapi jika hendak membezakan bagaimana suntong tutok itu dikatakan sedap adalah terletak pada sambal cecahnya. Dikatakan setiap penjual suntong tutok mempunyai rahsia resipi sambal cecah tersendiri yang menjadi tarikan samada suntong tutoknya digemari ramai atau tidak.
No comments:
Post a Comment