NAMPAK gayanya semakin bermaharajalela para penyamun di Sarawak dengan modus operandi mereka menjadikan pemandu wanita yang memandu bersendirian sebagai sasaran mereka. Sekitar minggu lalu sahaja menurut laporan IPD Sarawak terdapat beberapa kejadian yang dilaporkan di Padawan, Kuching dan Kota Samarahan dan ianya juga dikenali sebagai “samun berantai”.
Modus
operandi penyamun ini kebiasaannya akan mengekori kereta pemandu wanita yang
memandu berseorangan. Bila berpeluang mereka
akan mula menyekat kereta dan seterusnya menyamun pemandu sehingga di tahap
melarikan kereta itu sendiri.
Kebimbangan inilah yang menyebabkan IPD Sarawak mengeluarkan peringatan
kepada pemandu wanita untuk berhati-hati dengan memastikan kawasan persekitaran
sekiranya ada yang mengekori dari belakang serta orang yang mencurigakan.
Buat
masa sekarang segala usaha menjejaki penyamun-penyamun ini secara besar-besaran
oleh IPD Sarawak. Disamping itu pihak
IPD Sarawak juga memohon bantuan orangramai sekiranya mempunyai maklumat untuk
terus melaporkan kepada balai polis yang terdekat.
No comments:
Post a Comment