SEKITAR
tahun 2013, seluruh Sarawak gempar dengan tragedi kebakaran satu perkampungan
tradisi yang bernama Kampung Datu. Atas
keprihatinan semua jugalah ramai orang Sarawak baik di dalam negeri mahupun di
perantauan turut bergandingbahu membantu apa yang termampu.
Rintihan
dan permintaan anak Sarawak terutama sekali penduduk di Kampung Datu untuk
tidak dipindahkan didengar oleh semua pihak.
Kerana itulah pembangunan semula Kampung Datu, Sib uterus dilaksanakan. Ianya mempunyai 2 kriteria iaitu criteria pembangunan
yang dikendalikan oleh pihak swasta dan satu lagi menerusi Perbadanan Perumahan
Sarawak (HDC).
Kerajaan
Negeri Sarawak telah memperuntukan sebanyak RM20 juta dibawah RMK-11 bagi
perlaksanaan dibawah HDC dan buat masa sekarang segala perbelanjaan
infrastruktur serta yang lain telah membelanjakan sekitar RM11.24 juta dari
jumlah yang diperuntukkan.
Siapnya
projek pembangunan semula Kampung Datu, Sibu ini sudah tentu memberikan sinar
kepada penduduk-penduduknya yang sudah menunggu sejak di tahun 2013 nanti. Ianya adalah penantian yang cukup lama.
No comments:
Post a Comment