SYABAS dan tahniah diucapkan kepada jentera BN serta
seluruh pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar atas kemenangan Budiman bin
Mohd Zohdi (P.093 Sungai Besar) dan Datin Mastura Bt Dato Mohd Yazid (P.067
Kuala Kangsar). Walaupun pilihanraya
diadakan pada bulan Ramadhan ternyata ianya bukan satu halangan untuk
menyampaikan misi dan visi parti kepada rakyat.
Yang pasti pada pilihanraya kali ini menyaksikan
calon-calon Barisan Nasional mendapat jumlah undi yang memberansangkan di
ketika pihak pembangkang gagal sama sekali dengan isu-isu nasional mereka. Nampak gayanya tiada bezanya pilihanraya di
Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan PRN-11 Sarawak lebih kurang sebulan yang
lalu. Kerana isu pembangunan lebih
mendapat tempat di hati pengundi.
Jadi pada penyokong-penyokong pembangkang sekalian
terimalah dengan hati yang terbuka kerana rakyat di Sungai Besar, Kuala Kangsar
mahupun Sarawak sudah memilih siapakah yang akan berkhidmat untuk mereka. Matanglah di dalam politik dan fahami makna
demokrasi itu sendiri.
Masih segar di ingatan bagaimana penyokong
pembangkang tidak mahu menerima kekalahan mereka di Sarawak dahulu. Media
sosial menjadi wadah utama untuk memaki hamun sehingga ada yang merendah-rendahkan
orang Sarawak hanya kerana memilih Team Adenan.
Cukup tercalar hati orang Sarawak malah sehingga kini masih terasa.
We can forgive but never forget how you coloured
us as Sarawakian.
No comments:
Post a Comment