Sunday 31 December 2017

ANAK SARAWAK MENEMPA NAMA DI PERSADA DUNIA









MENDENGAR nama "Burj Khalifa" iaitu satu bangunan yang cukup cantik dan unik akan mampu membuat kits terbuai memikirkannya. Lebih-lebih lagi apabila berkata tentang sambutan menyambut tahun baru yang sememangnya sentiasa menyajikan pertunjukkan yang gah sekali.

Dan untuk persembahan "Light Up 2018" bagi Burj Khalifa awal pagi tadi mungkin ramai tidak mengetahui bahawa ada 17 orang anak Sarawak adalah mereka yang menjadi pendokong kuat kejayaannya. Hasil kreativiti dan kerja keras mereka di belakang tabir telah memungkinkan "Light Up 2018" mendapat pengiktirafan Guiness World Record iaitu melalui "100 rope access technician working on 1 building with 850 meter". Mereka adalah sebahagian dari pakar-pakar yang didatangkan dari Hungary, India, Nepal, Bangladesh, Philipine, Germany, England dan Lebanon.

Berikut senarai nama nama hero-hero Sarawak yang terlibat adalah:

1.  Muhd Nadzrie Asyari
2.  Lewis Cisspher
3.  Mohd Avie Azrine
4.  Oliver Spencer
5.  Glen Clark
6.  Vision Wan Jemat
7.  Sebastian Martin
8.  Dickson Marten
9.  Steward Paren
10. Fedrick Banta
11. Mangga
12. Bandang Seliong
13. Johny Seman
14. Jenry Talit
15. Kristianhasz Kalang
16. Lim Chin Wen
17. Billson

Syabas dan tahniah anak Sarawak. Kamek bangga dengan kitak urang semua!

WELCOME 2018



WISHING you A New Year Filled With New Hope, New Joy And New Beginnings.

Happy New Year Everyone!

Tuesday 26 December 2017

KENYATAAN MEDIA PENGERUSI NIOSH INSIDEN DI KUCHING




KENYATAAN MEDIA TAN SRI LEE LAM THYE MENGENAI INSIDEN JATUH LUBANG DISELENGGARA DI KUCHING

26 Dis, 2017

Pemaju dan kontraktor mesti melaksanakan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) yang terbaik di tapak pembinaan dan kawasan kerja bagi mengelakkan kemalangan yang melibatkan pekerja dan orang awam.

Antara lain, mereka perlu mengguna pakai konsep pengenalpastian bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko (HIRARC) yang dapat membantu pekerja dan penyelia mereka untuk mengenal pasti bahaya dan risiko dan mencari cara untuk mengelakkannya.

Insiden terbaru berlaku di Padang Merdeka, Kuching pagi tadi apabila seorang lelaki maut setelah motosikal yang ditunggangnya terjunam ke dalam lubang sistem saliran dan perparitan yang sedang diselenggara.

Kontraktor terbabit perlu meletakkan papan tanda amaran yang jelas di lokasi strategik manakala penghadang yang sesuai perlu diletakkan bagi mengelakkan kenderaan memasuki kawasan berisiko tinggi.

Penghadang konkrit perlu dipasang di kawasan kerja terbabit jika projek berkaitan memerlukan masa yang agak lama untuk diselesaikan.

Pihak berkuasa terbabit pula perlu melaksanakan audit keselamatan bagi memastikan kawasan kerja atau tapak pembinaan tersebut tidak mendatangkan bahaya kepada pekerja dan orang ramai. 

Kita perlu ingat setiap kali berlakunya kemalangan yang membawa kepada kecederaan atau kematian, tragedi tersebut akan turut memberi kesan kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Walaupun pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang, tanggungjawab untuk melaksanakan sistem keselamatan di tapak pembinaan sebenarnya terletak di bahu kontraktor dan subkontraktor.

Mereka yang menghasilkan risiko dan bahaya berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk menguruskan masalah tersebut.

Oleh itu, kontraktor mestilah bertanggungjawab untuk memastikan tempat kerja mereka sentiasa selamat dan sihat.

TAN SRI LEE LAM THYE 
Pengerusi
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)

TERJUNAM KE DALAM LUBANG SELENGGARAAN




SEORANG penunggang motosikal terbabit di dalam satu kemalangan kendiri pagi ini yang mana menyaksikan mangsa telah terbabas terjunam ke dalam satu lubang yang sedang di dalam pembaikan di kawasan Merdeka Palace, Kuching. Sejurus laporan diterima, pihak Bomba dari cawangan Padungan bergegas ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa. Difahamkan mangsa yang dikenali sebagai Dina Dzulkarnain bin Asan berusia 29 tahun sudahpun meninggal dunia apabila ditemui.
Salam takziah dan peringatan untuk semua agar berhati-hati di jalanraya.

Sunday 24 December 2017

2017 CHRISTMAS GREETING


MAY this festive season sparkle and shine, may all of your wishes and dreams come true and may you feel this happiness all year round. Merry Christmas everyone! 

Saturday 23 December 2017

ANAK SARAWAK PEMAIN BOLASEPAK WANITA TERBAIK MALAYSIA 2017


DI dalam kesuraman dunia bolasepak Sarawak muncul pula satu cerita yang boleh membanggakan kita semua sebagai peminat sukan no. 1 di Malaysia apabila semalam bertempat di sebuah hotel terkemuka di kota Kuala Lumpur, seorang anak Sarawak yang juga pemain bolasepak kebangsaan telah dinobatkan sebagai pemain bolasepak wanita terbaik Malaysia untuk tahun 2017.  

Anak Sarawak yang dimaksudkan adalah Siti Rohani binti Sabtu iaitu seorang anak Kedayan yang berasal dari Sibuti, Miri.  Pemilihan beliau sekaligus berjaya mengangkat nama Sarawak di arena bolasepak Malaysia dan menjadi satu contoh untuk wanita Sarawak menceburi bidang sukan ini dengan lebih aktif lagi.  

Tahniah dan syabas Siti Rohani binti Sabtu.  


Monday 11 December 2017

BANDARAYA KUCHING PERTAMA DI MALAYSIA GUNA BAS HIDROGEN


KENDERAAN mesra alam sememangnya menjadi trend masakini ditambahlagi bukan satu cerita biasa apabila kelak simpanan minyak di seluruh dunia mulai berkurangan.  Sejajar dengan itu juga, Sarawak menerusi Sarawak Energy Berhad (SEB) telahpun memulakan program penyelidikan hidrogen bagi membuat sebarang kajian mengenainya.  
Dan ketika merasmikan penutupan Program Retreat Ketua Jabatan Negeri dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri semalam, Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari mengwar-warkan bahawa Bandaraya Kuching merupakan bandaraya pertama di Malaysia yang akan menggunakan perkhidmatan bas berkuasa hidrogen menjelang Julai 2018.  Tiga buah bas tersebut sudahpun ditempah dari sebuah syarikat di negara China baru-baru ini.  
Selain itu, KM Abang Jo turut menyatakan bahawa cadangan LRT yang akan dibina di Kuching, Serian, Samarahan dan Damai kelak turut menggunakan kuasa hidrogen sekaligus menggambarkan bahawa Sarawak sentiasa dihadapan apabila berkata mengenai menyayangi alam sekitar.

PERASMIAN JAMBATAN "TANDANG SARI" SUNGAI RIMBAS, PUSA




SATU lagi sejarah tercipta hari ini apabila satu jambatan yang dinanti-nantikan untuk warga penduduk sekitar Pusa iaitu Jambatan Rimbas telah dirasmikan dengan jayanya oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Haji Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg pagi tadi. Turut hadir di majlis perasmian tersebut adalah Timbalan Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Amar Douglas Unggah Embas, Menteri Wanita dan juga Ahli Parlimen Batang Lupar iaitu Dato Sri Hajjah Rohani Karim dan Menteri Kerjaraya, Datuk Haji Fadillah Yusuf.  

Dengan siapnya jambatan ini sudah tentu akan memberikan kesenangan dan limpah ekonomi yang berterusan untuk warga penduduk Pusa seperti Kampung Asal Pusa, Kampung Kalok Pusa, Kampung Lot, Kampung Dato Godam Pusa serta beberapa jabatan kerajaan, sekolah-sekolah sekitarnya.  

Friday 1 December 2017

SARAWAK AKAN TERUSKAN PERJUANGAN AMBIL BALIK HAK DALAM MA63 - KM ABG JO


Sarawak akan meneruskan perjuangan arwah Pehin Sri Adenan untuk mengambil balik kuasa Sarawak yang terhakis selama ini.
Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) DP Abang Jo berkata, kita mahu hak kita yang telah "hilang" kembali kepada Sarawak.
"Saya akan meneruskan usaha Allahyarham Pehin Sri Adenan dan kita masih dalam fasa perundingan dengan kerajaan pusat dan kini sudah masuk fasa kedua iaitu perundangan dalam MA63."
Abang Jo, yang juga Ketua Menteri Sarawak berkata, perkara yang penting bagi Sarawak yang diumumkan oleh Arwah Tok Nan adalah 22 Julai sebagai Hari Kemerdekaan Sarawak.
"Itu (MA63) adalah hak kita, dan untuk menperkuatkan apa yang minta balik, kita telah hantar pasukan kita untuk mengkaji semua dokumen MA63 di London," katanya lagi.
Abg Jo juga mengucapkan, terimakasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah membuka pintu perundingan MA63.
Beliau (Najib) bahkan mengatakan, "What is yours is yours, i will give back to you (Apa yang hak kamu adalah milik kamu, saya akan beri balik kepada kamu."
SAYA akan berusaha mengambil balik hak Sarawak.. hanya PBB boleh membuang saya.. saya tidak takut hilang jawatan kerana saya berjuang seikhlasnya kepada Sarawak. Semalam kita dalam Malaysia, hari ini kita dalam Malaysia dan esok kita akan terus berada di dalam Malaysia.
Abang Jo mengulangi kata-kata Allahyarham Tok Nan.

Abang Jo menegaskan, Sarawak mempunyai maruah mempertahankan kita sendiri.. apa hak kita, kita akan ambil balik.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Mesyuarat PBB Zon 1 Kuching sebentar tadi.
Majlis tersebut yang dihadiri oleh lebih 2,000 ahli dari lapan cawangan, bertemakan "PBB Pemangkin Smart Sarawak" telah dilansungkan di Penview Convention Centre, Demak Laut.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Datuk Seri Haji Fadillah Yusuf, Dr Haji Abdul Rahman Junaidi, Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Dr Haji Hazland Abang Hipni, Datuk Amar Hajah Jamilah Anu dan Haji Fazzruddin Abdul Rahman.


Kredit: SN

PERJUANGAN MA63 ABG JO ADALAH PERJUANGAN RAKYAT SARAWAK


Perjuangan YAB Ketua Menteri Sarawak adalah berdasarkan kemahuan dan kepentingan rakyat Sarawak. Ianya juga berlandaskan kepada penyelidikan, lunas perlembagaan, perundangan Malaysia dan di atas semangat di sebalik pembentukan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia (MA63)
YAB Perdana Menteri juga bersetuju untuk melihat perkara ini dan bersetuju untuk membentuk Jawatankuasa bersama bagi membincangkan lebih lanjut berhubung perkara ini. Ini adalah perkembangan yang positif dan kita menyambut baik saranan oleh YAB Perdana Menteri supaya perkara ini dibawa ke meja rundingan.
Sebagai rakyat Malaysia pribumi Sabah, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pendikar Amin Mulia ada hak untuk mengemukakan pandangan peribadi beliau, akan tetapi beliau tidak ada keperluan utk menilai dan mengajar rakyat Sarawak, apa lagi mencabar YAB Ketua Menteri Sarawak untuk bedebat mengenai MA63. Tambahan lagi beliau bukanlah individu yang ditauliahkan atau dberi mandat oleh YAB Perdana Menteri untuk menyelesaikan perkara ini.
Pemuda Barisan Nasional (BN) dan seluruh rakyat Sarawak mempunyai pandangan yang sama dengan YAB Ketua Menteri Sarawak kami dan sentiasa menyokong penuh usaha beliau dalam rundingan untuk mengembalikan hak Sarawak seperti termaktub dalam semangat pembentukan Malaysia melalui MA63.
Kami percaya atas semangat Barisan Nasional perkara ini akan dapat diselesaikan bersama secara permuafakatan oleh kepimpinan YAB Ketua Menteri Sarawak dengan YAB Perdana Menteri.
- Kenyataan Media Dato’ Sri Fadillah Yusof, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak merangkap Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) - 1 Dec 2017

PANDIKAR HAS NO RIGHTS TO TALK ABOUT SARAWAK - PRS YOUTH

]

BORNEO POST ONLINE 1/12/2017

Quoted:  Snowdan said no Sarawakian should debate with Pandikar over Sarawak’s rights because it is a waste of time.
“If Pandikar wants to debate with any politician in Sabah, let it be. Let them debate about Sabah’s rights among themselves.
“For us to debate with him is a waste of time because he is not a Sarawakian,” he said, adding that Sarawakians had shown their fullest support to their Chief Minister through their elected representatives when all the assemblymen in Sarawak, including those in the Opposition, had unanimously voted for the motion on MA63 to be passed at the recent State Legislative Assembly sitting.

More in : http://www.theborneopost.com/2017/12/01/pandikar-has-no-right-to-talk-about-sarawaks-rights-prs-youth/