Tuesday 26 February 2019

RUMAH MAMPU MILIK UNTUK GAJI RM3K KE BAWAH


DUNIA jualbeli hartanah di Sarawak sememangnya antara yang menjadi bualan anak muda kita. Berapa ramai yang menginginkan untuk mempunyai hartabenda sendiri seperti rumah sebelum melangkah ke alam rumahtangga.  Namun sayangnya kebanyakan perumahan yang sedia ada masih belum mampu dibeli dan lebih untuk mampu dilihat sahaja.

Hari ini, CEO Housing Development Corporation (HDC) iaitu Encik Mohd Asman mengwar-warkan bahawasanya HDC telah menjelmakan satu skim perumahan yang dinamakan Skim Rumah Mampu Milik yang diutamakan kepada golongan yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.  Skim perumahan ini hanya boleh dimiliki sekali seumur hidup.  Golongan yang layak untuk memohon adalah golongan bujang dan berkeluarga berusia antara 18 hingga 65 tahun.  Untuk golongan bujang pula haruslah mempunyai tanggungan contohnya menanggung ibubapa mereka.  

Bagi yang berminat bolehlah membuat tindakan selanjutnya ke HDC.

BAS ELEKTRIK KUCHING





TAHUN 2018, kita diwar-warkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak akan menggunakan perkhidmatan bas berkuasa elektrik untuk kemudahan rakyat di kawasan Kuching, Sarawak sebagai permulaan.  Setelah menunggu buat seketika akhirnya pada hari ini, bas elektrik yang pertama kalinya di Malaysia sudahpun dirasmikan penggunaannya oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Karim Hamzah, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang juga ADUN Asajaya. 

Difahamkan bahawa perkhidmatan bas elektrik ini adalah pada kadar percuma pada 1hb Mac 2019 yang mana stesennya bermula di Jambatan Satok sehingga ke I-Com Square.  (Peta stesen dan laluan disertakan)

Syabas GPS dan Kerajaan Negeri Sarawak.  

#SarawakFirst 

Monday 25 February 2019

HINA NABI MUHAMMAD DIDALAM FB

SATU laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Gita, Kuching hari ini oleh sebuah NGO GAB30 ke atas seorang pemilik laman mukabuku bernama “Ayea Yea”. Laporan polis ini dibuat kerana “Ayea Yea” didapati telah memuatnaik komentar yang menghina Nabi Muhammad dengan panggilan “Babi Muhammad bodoh” dan “Apa untungnya kamu orang ikut babi muhammad yang bodoh tkda apa2 itu..mmag tak fham saya”.
Pihak NGO GAB30 berpendapat adalah tidak wajar untuk menghina seorang Nabi sebegitu rupa dan sekaligus ianya juga tidak langsung melambangkan etika masyarakat Sarawak yang sentiasa hidup harmoni dan menghormati pegangan agama masing-masing sejak dahulu lagi.
Berhati-hatilah ketika melayari laman sosial. Walaupun kita mempunyai kebebasan media namun jangan sesekali kita memperlekehkan apa sahaja yang berkaitan dengan agama orang lain. Tiada kompromi di dalam hal seperti ini waima di dalam laman media sosial sekalipun.
Kerana otak tidak berhubung dengan jari-jemari maka ke lokaplah nanti.

KES PENIPUAN PEKERJAAN CAMBODIA 2 LAGI SUSPEK DITAHAN



KESUNGGUHAN PDRM untuk membanteras sehingga ke lubang cacing kes penipuan pekerjaan sehingga menyebabkan 47 rakyat Malaysia ditahan di Cambodia harus dipuji. Hari ini menyaksikan dua orang lagi suspek iaitu seorang lelaki dan seorang wanita ditahan di Kuching dan sudahpun mendapat tahanan reman selama empat hari untuk membantu siasatan. 

Sehingga ke hari ini bermakna sudah ada tiga orang suspek warga tempatan yang ditangkap. Dan dimaklumkan ianya tidak akan terhenti disini kerana kesemua dalang-dalangnya akan diburu satu persatu. 

Syabas PDRM. 

Sunday 24 February 2019

PEMBINAAN JAMBATAN BUNTAL DAN AKSES JALAN BAKO/BUNTAL


JIKA diikutkan dua perkampungan ini merupakan perkampungan pesisir Kuching yang kaya dengan nilai sejarah dan tradisi turun temurun masyarakatnya.  Bako misalnya sememang dari dahulu lagi sudah terkenal dengan ikan-ikan segar serta taman negara Bako yang merupakan taman negara pertama diwartakan di Sarawak.  Buntal pula yang bersebelahan dengan Santubong sudah lama terkenal dengan restoren makanan laut yang segar serta pekerjaan nelayan bagi warganya.  Jika dirangkumkan menjadi satu, Bako dan Buntal umpama kembar siam yang terpisah oleh muara sungai dan lautan sahaja.  

Dan tatkala perasmian satu jambatan yang dinamakan Jambatan Bako hari ini 24 Februari 2019, mungkin kembar yang terpisah lama sudah boleh menampakkan sirna kerana Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari mengumumkan bahawa pihak Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM85 juta sebagai kos untuk membina Jambatan Buntal dan jalan akses sepanjang 8.5 kilometer dari Kampung Bako hingga ke Buntal.  Satu berita yang sudah tentu akan menggembirakan warga Bako dan Buntal serta kawasan sekitarnya.  

Hakikatnya, sudah lama kita ingin melihat pembangunan seperti ini agar segala jalinan jalanraya dan infrastruktur jambatan misalnya akan menjadi pemangkin kepada kepesatan ekonomi bagi perkampungan tradisi di luar pesisir Kuching.  

Sama-samalah kita tunggu perlaksanaannya kelak.  

#SarawakFirst 

BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) RM100


SETELAH mengetengahkan Bantuan Sara Hidup sebanyak RM100 bagi golongan bujang di Malaysia yang berkelayakan, hari ini Kementerian Kewangan Malaysia mengwar-warkan satu lagi bantuan yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi yang dinamakan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) sebanyak RM100.  
Ianya akan mula disalurkan pada penghujung bulan Mac 2019 ini dengan menggunakan kad debit Bank Rakyat.   

Saturday 23 February 2019

SUSPEK KES PENIPUAN 47 RAKYAT MALAYSIA DI CAMBODIA TELAH DITANGKAP


MISI membawa pulang 47 orang rakyat Malaysia yang ditahan tanpa bicara di Penjara Cambodia telah berjaya dilakukan dan kesemua kita bersyukur atas kejayaan ini.  Dalam pada itu, rakyat juga seia sekata meminta agar dalang kepada kes penipuan pekerjaan ini agar segera ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.  
Dan semalam menyaksikan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak memaklumkan bahawa seorang suspek sudahpun ditangkap dan bagi membantu siasatan, beliau sudahpun dikenakan tahanan reman sehingga 28 Februari ini.  Adalah dimaklumkan bahawa PDRM juga mempercayai aktiviti suspek bukanlah berseorangan sebaliknya mempunyai ramai kuncu-kuncunya di kalangan masyarakat tempatan Sarawak sendiri. Informasi daripada suspek utama itu akan menjadi pemangkin untuk memburu rakan-rakannya yang lain.  
Sejak kepulangan 47 rakyat Malaysia sehingga artikel ini ditulis sudah lebih daripada 23 laporan polis dibuat oleh mereka di seluruh negara. Kes penipuan pekerjaan ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan penipuan.  

Friday 22 February 2019

JAMBATAN BAKO LEGASI PENINGGALAN ALLAHYARHAM TOKNAN


KATA bidalan lama ada menyebut, harimau mati meninggalkan belang dan manusia mati meninggalkan nama.  Begitulah sinonimnya kata bidalan lama ini dengan beberapa projek infrastruktur yang sudahpun siap di Sarawak sekarang.  Beberapa minggu yang lepas Jajaran Telok Melano telah meninggalkan bekas yang amat dalam bagi rakyat Sarawak kerana ianya siap sepenuhnya tatkala yang memberi aspirasi untuk pembinaannya sudahpun tiada lagi iaitu tidak lain tidak bukan seorang pemimpin yang paling dekat di hati rakyat Sarawak, Allahyarham Toknan.  

Dan untuk kesekian kali, esok iaitu 24 Februari 2019 satu lagi mercu tanda di bumi Sarawak dirasmikan dengan gilang gemilang yakni Jambatan Bako.  Satu projek infrastruktur luar pesisir yang sememangnya dinantikan oleh rakyat di Kampung Bako khususnya.  Manakan tidak berabad lamanya satu perkampungan tradisi Melayu ini yang rata-rata dahulunya adalah terdiri daripada para nelayan hanya dihubungkan dengan menggunakan pengangkutan perahu menyeberangi sungai Bako untuk ke Kuching.  Namun itu cerita suatu waktu dahulu dan sekarang tiada yang lebih melegakan bagi warga Bako kerana dengan siapnya jambatan 460 meter dan ditambahlagi dengan akses jalan sepanjang tiga kilometer maka segala kepayahan selama ini telah berjaya menyenangkan warganya untuk langsung ke Kuching dengan kenderaan mereka tanpa menunggu perahu datang ke jeti.  

Mengimbau cerita pada tanggal 8hb Ogos 2015 yang mana ketika itu perletakan batu asas Jambatan Bako telah dilakukan sendiri oleh Allahyarham Pehin Sri Haji Adenan bin Satem sekaligus mengiakan bahawa projek infrastruktur ini akan menjadi kenyataan suatu hari kelak.  Memulakan pembinaannya pada awal Mac 2016 dan siap sepenuhnya pada tanggal 12 Oktober 2018 dengan kos RM41.29 juta iaitu jauh lebih rendah daripada kos asalnya diwar-warkan sebelum itu iaitu RM53 juta menyaksikan kesungguhan Kerajaan Negeri Sarawak merealisasikan kehendak rakyat.  

Bagaimana istimewanya Jajaran Telok Melano maka begitulah juga istimewanya Jambatan Bako bagi kita semua.  Bukti nyata kesungguhan Kerajaan Negeri Sarawak dibawah kepimpinan Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari yang meneruskan apa jua perjuangan mantan pemimpin terulung Sarawak iaitu Allahyarham Pehin Seri Tok Nan yang mendahulukan rakyat Sarawak di dalam perjuangannya.  

Kata-kata ucapan sewaktu perletakan batu asas Jambatan Bako masih segar di minda iaitu..

”Pembinaan Jambatan Sg Bako tok di arap akan jadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi dan sosial di kawasan sekitar. Mudah juak kelak urang Bako mok kuang kuit ke Kuching & tempat-tempat lain. Banyak agik kawasan di seluruh Sarawak tok akan di bangun. Kesabaran dan sokongan dari adik kakak kita seluruh Sarawak amat dihargai. OooHaa”. - PS Allahyarham Tok Nan, 8.8.2015

Terima kasih Tok Nan atas segalanya.
 
Terima kasih Abg Jo kerana meneruskan perjuangan Tok Nan demi kelangsungan rakyat di luar bandar.  

“Jaga Sarawak menar-menar”

#SarawakFirst

Tuesday 19 February 2019

RESPONSE TO MTUC SARAWAK DIV SECRETARY , ANDREW LO’s STATEMENT


I had been informed by some insiders in MTUC that Andrew Lo’s statement was purely his own and it was not one passed in any meeting of the Sarawak Division of MTUC . I reckoned it was a personal statement with a political agenda. His accusations of the State Government , which in simple terms could mean that “ the State Government is doing nothing in job creation “ , is totally outrageous. He clearly and inaccurately used the story of the 40 odds Sarawakian youths in making his analysis so as to come to that erroneous conclusion that he did, is very misleading and unfair. His statement also contained some disparaging insinuation with political innuendos, which, I believed is not Sarawak MTUC’s stance. It would be quite unethical, improper and an abuse of his position as the Branch secretary to make such unprofessional, statement with crude randomised and unverified information, in the way as he did , without the prior approval of the rest of MTUC’s office bearers, more so when it is of the nature, which is egregiously insulting.

Job creation has been a priority for the State Government. It has been tenaciously consistent in its effort to stimulate economic growth and development with a view that jobs by the thousands could be created.

Efforts such as being done by TEGAS MESTR MIED and all the various GLCs and Statutory Bodies have been commendable. He should check the results of efforts by these entities before painting wrong and dishonest picture for cheap publicity. He can check with the SPU for more such information.

I do believe that MTUC as a whole, is professional in approach and management.

In the best interest of its members, who are our country’s valuable asset , MTUC could work or engage constantly and closely with the Government in order to shape more reasonable & workable policies and implementation mechnism. On ways to enhance efforts to create meaningful number of jobs each year, MTUC ought to be a “strategic partner” of the State Gov as well as the Fed Gov, without making itself a ready tool or vehicle for any political agenda.

Dato’ Idris Buang 
Information Chief
Parti PBB Sarawak

20.02.2019

Sunday 17 February 2019

TOK DALANG SINDIKET CAMBODIA MUNGKIN RAKYAT TEMPATAN


SEMALAM, 17 Februari 2019 kita menyaksikan episod hitam yang terjadi ke atas 47 rakyat Malaysia berjaya dimuktamarkan dan sekaligus mereka sekarang sudahpun kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.  Detik pertemuan yang hiba tetapi penuh kegembiraan diwar-warkan di dalam dunia netizen dan akhbar-akhbar tempatan semalam.  Satu kepulangan yang sememangnya dinantikan-nantikan kita semua sebagai rakyat Malaysia amnya dan Sarawak khususnya.  
Dalam pada itu corat-coret mengenai sindiket penipuan pemerdagangan manusia ini masih lagi mengimbau benak setiap rakyat Sarawak kerana rata-rata jika kita membaca ruangan komen mengenai hal ini mahukan tok dalang sindiket ini dijejaki dan dibawa ke muka pengadilan agar tiada lagi hal yang serupa berulang kembali.  Pada dasarnya jika kita melihat kepada segala bual bicara mangsa-mangsa penipuan semalam melalui wawancara dengan pihak wartawan menyatakan mereka berurusan dengan menggunakan applikasi wechat sebelum dibawa masuk ke satu group media sosial.  Dan turut dinyatakan bahawa sebelum mereka berlepas ke Cambodia yang mana menjanjikan pekerjaan dengan imbuhan bulanan USD1,500 sebulan, mereka telah memasukkan RM1,000 sebagai bayaran pendahuluan kepada satu agensi.
Begitulah modus operandi sindiket tersebut yang mana sehingga sekarang (setakat yang diketahui) belum ada tanda-tanda adanya kertas siasatan dibuka bagi mencari punca akan hal ini.  Selain daripada itu jika kita merujuk kepada kenyataan media yang dibuat oleh Datuk Seri Fatimah Abdullah, ketua Delegasi Sarawak yang membawa kesemua mereka pulang sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching semalam turut ada menyatakan bahawa berdasarkan kunjungan mereka ke dua buah banglo mewah serta berbicara dengan dengan mangsa-mangsa, beliau tidak menolak adanya penglibatan rakyat tempatan di dalam hal ini.  Ianya turut disahkan oleh Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar yang menyatakan bahawa mereka mempunyai beberapa petunjuk dan kesemuanya akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.  
Dan episod cerita tok dalang sindiket ini semakin menarik tatkala sejurus ketibaan rombongan 53 rakyat Sarawak dan media di Kuching semalam menyaksikan seorang mantan ADUN telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Ulu Lanang, Sibu akan satu mesej berantai di dalam applikasi whassap. Menurut beliau mesej berantai itu cuba mengaitkan penglibatan beliau tentang sindiket pemerdagangan manusia dan judi online rangkaian antarabangsa. Hakikatnya jika sesiapa yang pernah menerima mesej berantai tersebut langsung tidak pernah menyebut nama individu yang terlibat.  
Pokok persoalannnya sekarang, ceritera mengenai tok dalang rakyat tempatan ini tidak akan boleh dipandang sipi-sipi dan pihak yang bertanggungjawab seharusnya sudah mula menyusun strategi dengan mula membuka kertas siasatan.  Sesungguhnya sebagai rakyat Sarawak tiada seorangpun yang mahu episod hitam ini berulang lagi.  Cari tok dalangnya sampai ke lubang cacing!

Friday 15 February 2019

PENERBANGAN KHAS UNTUK MEMBAWA PULANG 47 RAKYAT MALAYSIA



KEPULANGAN 44 anak Sarawak kembali ke ibu pertiwi sememangnya antara detik yang kita nanti-nantikan sekarang.  Hari ini menyaksikan pihak Kedutaan Malaysia sedang berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan dokumen perjalanan kepada beberapa orang yang tiada dokumen perjalanan akibat pasport mereka diambil oleh pihak sindiket.  Dalam pada itu difahamkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak sekarang sedang menyediakan satu penerbangan khas untuk membawa mereka pulang serentak.

Sehingga artikel ini ditulis masih belum ada kesahihan bilakah masa mahupun apakah syarikat penerbangan yang akan digunakan untuk mereka berlepas pulang kelak. 

47 TAHANAN RAKYAT MALAYSIA DIBEBASKAN




PERKHABARAN gembira untuk semua rakyat Malaysia amnya dan Sarawak khususnya yang mana sebentar tadi telah diwar-warkan bahawasanya 47 tahanan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia sehingga terkandas menjadi tahanan di Penjara Banteay Mancheay, Poipet, Cambodia sejak 11 Disember 2018 telah dibebaskan oleh pihak berkuasa Cambodia.  

Ini merupakan berkat usaha Delegasi Kerajaan Negeri Sarawak yang diketuai oleh Datuk Seri Fatimah Abdullah berserta kakitangan Pejabat Kedutaan Kementerian Luar Negeri Malaysia yang bersusah payah mengadakan sidang perbincangan diplomasi peringkat tertinggi antara dua kerajaan dua hari ini.  Difahamkan kesemua 47 rakyat Malaysia sedang di dalam proses urusan penerbangan dan sebagainya di Cambodia dan akan meninggalkan bumi Cambodia di dalam dua hari ini.  


Tahniah Kerajaan Negeri Sarawak dibawah kepimpinan Datuk Patinggi Abang Johari kerana sentiasa peka akan permasalahan rakyat Sarawak di luar negara.  Syabas. 

RUMAH BANGLO TEMPAT KURUNGAN 47 RAKYAT MALAYSIA


Lawatan Delegasi Sarawak Ke 2 Buah Rumah Banglo di Cambodia 14/2/2019
JIKA tidak ada jalinan diplomasi antara kerajaan mana mungkin satu delegasi asing dibenarkan untuk membuat pencarian sendiri di negara orang. Dan langkah bijak Kerajaan Sarawak untuk menghantar delegasinya sendiri dengan langsung tidak membelakangkan Wisma Putra adalah sesuatu yang harus kita semua banggakan. Dan hasil daripada prosedur yang betul ini, delegasi dibenarkan untuk sama-sama menyelidiki pokok persoalan yang berlaku ke atas 47 tahanan rakyat Malaysia yang sedang dipenjara tanpa bicara di Penjara Banteay Meanchey, Poi Pet, Cambodia sekarang.  Inilah berkah jalinan usahasama serta hubungan baik antara dua negara yang sudah terbina lama iaitu Malaysia/Cambodia.
Semalam, 14 Februari 2019 Delegasi Sarawak telah dibawa oleh pihak berkuasa wilayah Banteay Mancheay ke dua lokasi di sekitar Poi Pet yang menjadi tempat terakhir 47 tahanan rakyat Malaysia diami sebelum mereka ditangkap dalam satu serbuan polis pada tanggal 11 Disember 2018 yang lalu.  Berdasarkan kepada lokasi serta keadaan rumah banglo ini dikatakan ianya dilengkapi dengan sistem keselamatan yang tinggi malah temboknya dibina tinggi serta keadaan rumah yang bukannya mesra pelawat sama sekali.  
Menurut pihak berkuasa wilayah Banteay Mancheay, di dua buah banglo inilah tempat satu sindiket pemerdagangan manusia meletakkan mangsa-mangsa mereka setelah dijanjikan dengan pekerjaan yang lain seperti di industri perhotelan, telekomunikasi dan banyak lagi di dalam iklan pekerjaan di internet dengan habuan gaji antara USD1,500 hingga USD2,000.  Mangsa yang kebanyakannya masih muda dan tidak mengetahui apa yang berlaku akhirnya antara suka atau tidak langsung terjerumus dengan taktik kotor mereka iaitu memaksa untuk menjadi pekerja bagi kegiatan perjudian dalam talian yang mempunyai rangkaian antarabangsa.  
Berdasarkan penceritaan daripada beberapa orang tahanan anak Sarawak di Penjara Banteay Mancheay, mereka mendatangi bumi Cambodia secara berkumpulan dan berperingkat dan tatkala sampai langsung dibawa ke rumah banglo besar.  Sejak itu tiada diantara mereka mampu untuk keluar ke mana-mana hanya dikurung di rumah banglo tersebut disediakan makan dan minum namun tidak boleh berkomunikasi dengan sesiapa di luar sana waima keluarga sekalipun sehinggalah mereka akhirnya ditangkap dan dibawa ke penjara untuk siasatan lanjut sehinggalah dunia mengetahuinya pada tanggal 7 Februari 2019 yang lalu.  
Kedatangan Delegasi Sarawak ke dua buah rumah banglo ini sudah tentu mampu memberikan gambaran sedikit sebanyak apa yang telah dilalui oleh 44 orang anak Sarawak sebelum ini.  Dan menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Awal Kanak-Kanak yang menjadi Ketua Delegasi Sarawak iaitu Datuk Seri Fatimah Abdullah bahawasanya Kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk menyediakan segala bentuk bantuan kepada 44 anak Sarawak samada dengan menanggung penuh kos guaman dan sebagainya sekira kesemua mereka dibicarakan di mahkamah Cambodia kelak.  
Walau bagaimanapun, Delegasi Sarawak akan mencuba sebaik mungkin berdasarkan perundingan diplomasi antara dua kerajaan jika kita mampu membawa pulang kesemua mereka lebih awal ke ibu pertiwi.  Insya Allah.
#PRAYFOR47MALAYSIAN  
Sumber gambar: NSTP 

Thursday 14 February 2019

DELEGASI SARAWAK, DELEGASI RASMI MALAYSIA KE CAMBODIA



14/2/2019 - Lawatan Dan Mesyuarat Di Penjara Banteay Meanchey, Cambodia 

DATANG bukan sebarang datang tetapi datang dengan sejuta harapan untuk membawa pulang 47 rakyat Malaysia yang sedang menghadapi musibah di negara orang.  Satu misi yang bukannya mudah tetapi tidak salah untuk mencuba asalkan kita mampu mengungkai segala ikatan yang kusut dengan sebaik mungkin iaitu menggunakan diplomasi tahap tertinggi antara dua kerajaan. Disebalik cerita warganet di Sarawak yang mengatakan kedatangan delegasi Kerajaan Sarawak ini “sudah terlambat” mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawasanya Delegasi Kerajaan Sarawak adalah delegasi rasmi yang mana telah mendapat mandat penuh dari Kementerian Luar Negeri Malaysia.  Ianya amat berlainan sekali dengan kedatangan rombongan pertama yang berkunjung ke Cambodia atas kapasiti peribadi.  

Hal ini wajar untuk diketahui semua rakyat Malaysia amnya dan rakyat Sarawak khususnya kerana mempunyai perbezaan yang amat ketara sekali.  Dengan adanya mandat dari Kementerian Luar Negeri maka Delegasi Kerajaan Sarawak sudah tentu akan diberikan “access” untuk melihat sendiri serta mengorek permasalahan dari akar umbi dimana ianya bermula sehinggalah 47 rakyat Malaysia akhirnya tersadai lesu menjadi penghuni tembok besi bergerigi di Penjara Banteay Meanchey, Poi Pet, Cambodia sejak 11 Disember 2018.  Sekiranya ianya dilakukan dengan lunas-lunas yang betul maka tidaklah mustahil segala yang terjadi ini boleh diselesaikan di dalam jangkamasa pendek dan bukan sesekali hanya sembang kencang di dalam sidang media tanpa ada yang mampu dinoktahkan.   

Semalam, 14 Februari 2019 menyaksikan delegasi Kerajaan Negeri Sarawak diberikan kesempatan untuk bersua muka dengan 47 tahanan rakyat Malaysia yang mana 44 orang daripadanya adalah anak Sarawak.  Sewaktu sidang pertemuan itu dikatakan anak-anak Sarawak mampu menguntum senyuman kerana mereka sendiri tidak pernah terfikir bahawasanya untung nasib mereka mendapat perhatian kepimpinan utama Sarawak iaitu Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari sehingga sanggup mengambil inisiatif sendiri menghantar delegasi Kerajaan Sarawak mengunjungi mereka.  Segala permasalahan yang diutarakan oleh para tahanan itu diambilkira dan akan cuba diselesaikan berdasarkan kemampuan yang ada.  

Satu mesyuarat turut diadakan semalam antara Delegasi Kerajaan Sarawak diketuai oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunanan Kanak-Kanak YB Dato Sri Hajah Fatimah dan Ahli Parlimen Santubong YB Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang merupakan wakil Kerajaan Sarawak mengadakan perbincangan dengan Jeneral Ung Sipahn yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Banteay Meanchey. Turut hadir di dalam mesyuarat itu adalah Ketua Bahagian Undang-Undang, Kementerian Luar Negeri Muzalmah Mustapha, Setiausaha Bahagian Kaunselor Mohd Adil Abdullah, Timbalan Ketua Perwakilan Charge De Affaries ad Interim Ruzaimi bin Mohamad dan Pengarah Kementerian Luar Negeri Pejabat Wilayah Sarawak Deddy Faisal Ahmad.

Antara topik perbincangan adalah mengenai kebajikan 47 tahanan rakyat Malaysia (44 orang dari Sarawak, 3 yang lain dari Sabah, Kuala Lumpur dan Selangor).  Dan hasil daripada perbincangan itu adalah sejumlah wang telah disumbang oleh pihak Kedutaan Malaysia untuk diagihkan kepada pihak penjara secara berkala. Kemudian ianya akan diberikan kepada 47 tahanan rakyat Malaysia bagi membolehkan mereka membeli air minuman dan sebarang keperluan yang lain dari kantin penjara. Banyak lagi hal yang berbangkit dibincangkan jadi biarlah ianya menjadi topik antara dua kerajaan buat sementara ini.  
Akan ada lagi laporan terkini akan dikongsikan bersama kelak dan sama-samalah kita berdoa agar segalanya dipermudahkan.  Seperti status yang dimuatnaik oleh Pengarah Kementerian Luar Negeri Pejabat Wilayah Sarawak, Tuan Deddy Faisal Ahmad di dalam laman mukabukunya yang telah tular dikalangan warganet Sarawak sejak semalam.

Kerja ini umpama menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus , tepung jangan berserakkan.
Setenang air di tasik Tongle Sap, setenang itulah juak tadi kami semua bertutur dan berbicara.

#PrayFor47Malaysian 

Wednesday 13 February 2019

YOU WILL NEVER WALK ALONE!



Giliran Delegasi Kerajaan Negeri Sarawak Berlepas Ke Cambodia

ATAS rasa tanggungjawab dan cintakan rakyat, Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg dan barisan kabinet Negeri Sarawak telah mengambil inisiatif sendiri dengan menghantar satu delegasi Kerajaan Sarawak pada hari ini untuk ke Cambodia bagi menguruskan apa yang perlu untuk membantu 47 tahanan rakyat Malaysia yang mana 44 tahanannya adalah anak Sarawak sendiri.  Delegasi ini diketuai oleh Datuk Sri Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Masyarakat Sarawak bersama-sama dengan MP Santubong iaitu Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar berserta Tuan Deddy Faisal Ahmad Salleh yakni Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri Malaysia.  

Mereka sudahpun berlepas ke Siem Reap via Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan kira-kira jam 6.45 pagi tadi dan dijangka akan tiba di wilayah Penjara Banteay Meachey menjelang petang nanti.  Turut dinyatakan Delegasi Sarawak akan berada di Cambodia sehingga hujung minggu ini untuk membuat lawatan ke atas tahanan dan seterusnya mengadakan perbincangan dengan pihak Kerajaan Cambodia mengenai permasalahan 47 tahanan rakyat Malaysia yang dipenjarakan tanpa dibicarakan sejak dari 11hb Disember, 2018 yang lepas.  

Dek kerana hal ini melibatkan isu dua negara dan undang-undang antarabangsa maka ianya adalah sesuatu yang begitu sensitif untuk dirungkaikan seperti kata pepatah menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung pula jangan berselerakkan. Dan difahamkan sejak dari awal cerita lagi Kerajaan Sarawak tidak pernah melepas pandang malah sentiasa memberikan kerjasama dan berhubung rapat dengan Kementerian Luar Negeri Malaysia melalui Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak bagi setiap langkah yang hendak diatur di dalam menangani permasalahan ini.

Sama-samalah kita terus berdoa agar segalanya dipermudahkan dan sesungguhnya Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan mana-mana rakyatnya lebih-lebih lagi mereka yang di dalam kesusahan di luar negara dek kerana tersalah langkah ditipu oleh sindiket pemerdagangan manusia.  

You will never walk alone!

#Pray447Malaysian 

SUASANA PILU DI PENJARA BANTEAY MEANCHAY MENJELANG HARI BERKASIH SAYANG 14 FEBRUARI



PILU dan kesedihan jelas terpandang tatkala 47 tahanan rakyat Malaysia dipertemukan buat kali pertama dengan rombongan dari Sarawak yang diketuai oleh MP Julau, Tuan Larry Sng dan juga kakitangan Wisma Putra di Penjara Bantaey Meanchay di Cambodia hari ini.  Turut ada bersama rombongan adalah ibu kepada Yusuf Islam bin Halik, Puan Zunita Sedini, beberapa waris keluarga yang lain dan pihak media.  Mereka berlepas ke Cambodia awal pagi tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.  

Walaupun bukan keseluruhan waris keluarga tahanan yang mampu datang namun sedikit sebanyak 44 tahanan anak Sarawak sudah tentu mampu tersenyum bahagia sedikit kerana hakikatnya orang Sarawak tidak pernah melupakan mereka lebih-lebih lagi di ketika di dalam musibah sebegini.  Difahamkan lawatan rombongan dari Sarawak ini dikawal dengan ketat oleh pegawai penjara disana dengan tiada peralatan telefon mudahalih, kamera dan sebagainya boleh dibawa masuk.  

Di dalam lawatan ini, pihak tahanan turut diberikan maklumat bahawasanya pihak Kerajaan Malaysia sedang membuat apa yang terbaik untuk membebaskan mereka dan seterusnya pulang ke tanahair dengan selamat.  

Berita penuh ada di pautan ini:


Teaser adalah gambar Tuan Larry Sgn, Puan Zunita Sedini ketika menunggu penerbangan ke Cambodia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur awal pagi tadi, 13 Februari 2019


#prayfor47Malaysian 

Monday 11 February 2019

CARI DALANG AGENSI PEKERJAAN SAMPAI KE LUBANG CACING



CARI DALANG AGENSI PEKERJAAN SAMPAI KE LUBANG CACING!
- Misi Menyelamat 47 Tahanan Rakyat Malaysia Di Cambodia

SETELAH tular akan cerita 47 rakyat Malaysia yang ditahan di sebuah penjara terpencil di Cambodia sejak 11 Disember 2018, pelbagai pihak telah tampil ke hadapan untuk membantu memudahkan misi menyelamatkan mereka.  Kegusaran kita mengenai untung nasib 47 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan sindiket pemerdagangan orang yang mana 44 daripadanya adalah anak Sarawak yang masih lagi muda belia telah menampakkan maklumbalas yang positif.  

Mungkin tekanan demi tekanan di peringkat antarabangsa telah membuahkan hasil kerana jika kita merujuk kepada berita yang diwar-warkan oleh Cambodia Daily bertarikh 10 February 2019 ada menyatakan bahawa segala persiapan telah diatur untuk membebaskan kesemua 47 tahanan rakyat Malaysia dan seterusnya menghantar mereka pulang ke tanahair secepat mungkin.  

Pautannya adalah seperti berikut:

https://www.cambodiadaily.com/crime/47-malaysians-detained-in-cambodia-could-be-heading-home-soon-145494/

Dan semalam, 10/2/2019 melalui satu kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh MP Julau mengwar-warkan bahawa Tuan Larry Sng bersama-sama dengan wakil keluarga tahanan dari Sarawak dan juga pihak media akan berlepas ke Cambodia pada hari Rabu ini, 13 Februari 2019. Tujuan mereka ke sana adalah untuk melawat dan melihat sendiri situasi sebenar 47 tahanan rakyat Malaysia. Lawatan ini telah diatur sepenuhnya oleh Kedutaan Malaysia di Cambodia.  Dalam kenyataan media itu, beliau turut menyatakan bahawa pihak Air Asia telah bersetuju untuk menanggung kesemua kos penerbangan pulang 47 tahanan ini kembali ke tanahair kelak.

Jika kita melihat kepada perkembangan terkini cerita 47 tahanan rakyat Malaysia sudah menampakkan hasil cuma apa yang menjadi ralat sekarang apakah pula tindakan yang diambil ke atas agensi pekerjaan yang bersekongkol dengan sindiket ini.  Walaupun difahamkan agensi pekerjaan tersebut sudah menutup operasinya sejak hal ini ditularkan namun jangan sama sekali kita terlepas pandang. Kesemua dalang-dalang ini yang sudah pastinya rakyat Sarawak sendiri harus dicari sehingga ke lubang cacing dan dibawa ke muka pengadilan.  

Adalah tidak mustahil jika mereka terlepas begitu sahaja akan ada lagi kes-kes penipuan yang sama pada masa hadapan.  Aktiviti pemerdagangan manusia ini tidak pernah berhenti dan sentiasa ada mangsa yang terbuai oleh janji-janji bulan bintang bergaji besar di negara orang.  Dek kerana kenaifan dan sifat tamak serta keadaan hidup yang mendesak di negara sendiri akhirnya bertukar menjadi satu mimpi ngeri seperti apa yang dilalui oleh 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Cambodia sekarang.

Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Lebih baik di negara sendiri.


#Pray447Malaysian
#NoToHumanTrafickking