Wednesday 20 June 2018

PETRONAS VS SARAWAK KE MAHKAMAH HARI INI


SETELAH ditangguhkan dari 12 Jun 2018 akhirnya pada hari ini iaitu 21 Jun 2018 maka bermulalah prosiding mahkamah bagi mendengar saman yang dikemukakan oleh Petronas ke atas Kerajaan Negeri Sarawak.  Difahamkan prosiding akan bermula sekitar jam 9.00 pagi ini di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.  
Kerajaan Negeri Sarawak seperti yang diwar-warkan oleh YB Hajjah Sharifah Hasidah sewaktu majlis rumah terbuka hariraya tempohari telah memberikan kenyataan bahawa segala “senjata rahsia” akan digunakan oleh pihak Kerajaan Negeri Sarawak.  Senjata rahsia yang dikatakan diperolehi ketika kunjungan ke London itu merangkumi segala dokumen yang sahih dan asli di dalam mempertahankan hak Sarawak ke atas sumber minyak dan gasnya. Tugas untuk mempertahankan hak Sarawak ini sekarang terletak di bahu Sarawak Attorney-General Datuk Talat Mahmood Abdul Rshid, State Legal Counsel Dato Sri JC Fong, Deputy SAG Saferi Ali dan pegawai undang-undang, Mohd Adzrul Azlan.  
Sesungguhnya apa sahaja yang di dalam wilayah Sarawak samada daratan mahupun lautan adalah hak milik Sarawak.  Semoga perjalanan kes ini dipermudahkan dan berpihak kepada kita, Sarawak Bumi Kenyalang.  

#SarawakRights
#IAMSARAWAKIAN

Tuesday 12 June 2018

PBB, SUPP, PRS, PDP KELUAR BN


AKHIRNYA segala persoalan yang bermain di minda terjawab sudah apabila pada hari ini, 4 parti tempatan yang membentuk BN Sarawak mengumumkan secara rasmi untuk meninggalkan perikatan tersebut lantas membentuk gabungan parti lokal Sarawak yang dinamakan Gabungan Parti Sarawak.
Dengan keputusan ini juga membuktikan bahawa Barisan Nasional Pusat yang dipelopori UMNO sudah kehilangan 19 kerusi mereka di Parlimen Malaysia. Adalah difahamkan demi untuk melestarikan aspirasi rakyat yang mahukan setiap autonomi dan MA63 dihormati semula serta pembangunan yang berterusan makanya Gabungan Parti Sarawak akan tetap berkolaborasi dengan Kerajaan Persekutuan sekarang.
Selamat tinggal BN, hidup GPS.