Wednesday 20 June 2018

PETRONAS VS SARAWAK KE MAHKAMAH HARI INI


SETELAH ditangguhkan dari 12 Jun 2018 akhirnya pada hari ini iaitu 21 Jun 2018 maka bermulalah prosiding mahkamah bagi mendengar saman yang dikemukakan oleh Petronas ke atas Kerajaan Negeri Sarawak.  Difahamkan prosiding akan bermula sekitar jam 9.00 pagi ini di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.  
Kerajaan Negeri Sarawak seperti yang diwar-warkan oleh YB Hajjah Sharifah Hasidah sewaktu majlis rumah terbuka hariraya tempohari telah memberikan kenyataan bahawa segala “senjata rahsia” akan digunakan oleh pihak Kerajaan Negeri Sarawak.  Senjata rahsia yang dikatakan diperolehi ketika kunjungan ke London itu merangkumi segala dokumen yang sahih dan asli di dalam mempertahankan hak Sarawak ke atas sumber minyak dan gasnya. Tugas untuk mempertahankan hak Sarawak ini sekarang terletak di bahu Sarawak Attorney-General Datuk Talat Mahmood Abdul Rshid, State Legal Counsel Dato Sri JC Fong, Deputy SAG Saferi Ali dan pegawai undang-undang, Mohd Adzrul Azlan.  
Sesungguhnya apa sahaja yang di dalam wilayah Sarawak samada daratan mahupun lautan adalah hak milik Sarawak.  Semoga perjalanan kes ini dipermudahkan dan berpihak kepada kita, Sarawak Bumi Kenyalang.  

#SarawakRights
#IAMSARAWAKIAN

No comments:

Post a Comment