Tuesday 25 June 2019

SAYA TIDAK MAHU MENJADI SEPERTI ALTANTUYA DAN KEVIN MORAIS -HAZIQ AZIZ-



KESEMUANYA kerana video hubungan intim songsang yang tular baru-baru ini.  Dan rakyat Malaysia mempunyai pelbagai reaksi ke atasnya.  Sehingga ke hari ini kita mungkin hanya didodoikan dengan jawapan daripada pihak yang satu lagi manakala Haziq Abdullah bin Abdul Aziz, Ketua AMK Cabang Santubong yang mengaku bersama di dalam video itu belum lagi diwawancara.  Dan akhirnya pada hari ini sebuah laman media berjaya menjejakinya yang sedang menenangkan fikiran di Langkawi.  

Antara yang dinyatakan oleh Haziq Aziz melalui sidang temuramah itu adalah bagaimana beliau sebenarnya berpendapat beliau telah melakukan perkara yang betul yakni bercakap benar daripada terus bersembunyi.  Mungkin karier politik beliau telah berakhir tetapi kebenaran harus diperkatakan dengan penuh keikhlasan. Beliau juga amat takut dan tidak mahu penghidupannya berakhir seperti Altantuya  dan Kelvin Morais. Ini kerana yang beliau sedang tentang adalah mereka yang memegang kerajaan sekarang.  

Reaksi keluarga beliau di Kuching turut beliau ambilkira dan bagaimana beliau bimbang akan keselamatan anggota keluarganya dan terasa betapa kecewa ibunya yang tercinta yang menangis tanpa henti tatkala video itu tular di seluruh Malaysia. Malahan ahli keluarga beliau yang merupakan kaum Melayu Sarawak konservatif tidak boleh menerima apa yang berlaku dan tidak keluar rumah kerana malu atas apa yang berlaku.  

Pautan penuh berita seperti ini:



Sehingga ke hari ini polis masih lagi menyiasat kes video yang tular dan Haziq Aziz telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya.  Manakala di pihak individu yang didakwa teman seranjangnya yakni seorang Menteri Kanan masih tidak mengambil apa-apa tindakan menyaman Haziq Aziz jika benar ianya adalah fitnah seperti yang dikatakan.  

Dalam pada itu masih lagi tertanya-tanya apa pula reaksi Ketua PKR Cabang Santubong yang pada beberapa minggu yang lepas berani membuat sidang LIVE di dalam FB malah membuat penafian di dalam akhbar tempatan bahawa Haziq TIDAK MENGAKU BAHAWA ITU ADALAH BELIAU DI DALAM VIDEO tersebut.  Dan ini amat bertentangan dengan apa yang kita fahami di dalam sidang temuramah sebenar Haziq Aziz dengan wartawan Mstar.  Siapa yang bercakap bohong sebenarnya?  

Sunday 23 June 2019

JANGAN EMOSI KATA CHONG SI ULUN MALAYA!


PELBAGAI respons di dalam media sosial oleh warga netizen Sarawak termasuklah pemimpin-pemimpin parti tempatan di Sarawak tatkala Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia yang bertandang ke Sarawak mendakwa di dalam tiga tahun lagi Sarawak akan bankrap jika terus ditadbir oleh Gabungan Parti Sarawak biarpun mempunyai rizab sebanyak RM31 bilion.  

“Sarawak tidak akan bankrap kerana sumber ekonomi yang pelbagai”, itu yang dikatakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr. Abang Johari.  “Kenyataan yang bodoh dari seorang Menteri Kewangan”, itu respons daripada Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Abdul Karim bin Hamzah dan banyak lagi respons yang bertali arus di akhbar-akhbar tempatan dan nasional.  

Manakala untuk seorang individu yang sebelum menjadi salah seorang barisan Kabinet Kerajaan Persekutuan yakni YB Chong Chieng Jen yang sebelum ini gah berkata bahawa DAP Sarawak mempunyai autonomi tersendiri dan tidak akan mengikut telunjuk Malaya (DAP Pusat) bertentangan pula respons beliau.  Malah jika diikutkan beliau sendiri mengiyakan akan dakwaan tanpa asas daripada rakan seperjuangannya di DAP Pusat.  Menurut Chong, beliau gerun tatkala melihat Ketua Menteri Sarawak membelanjakan wang negeri.  Dan beliau menyokong bahawa Lim sudah tentu mempunyai segala data mengenai situasi kewangan semua negeri.  

Pautan adalah seperti berikut:


Dalam Chong yang menjadi seperti angguk-angguk, geleng-geleng itu mungkin beliau tidak mengetahui bahawa dakwaan tanpa asas daripada Menteri Kewangan Malaysia, rakan sekapalnya sendiri iaitu daripada DAP, Lim ketika cuba ditanya oleh pihak wartawan cuba mengelak malah tampil dengan jawapan bodoh bahawa dakwaan beliau adalah berdasarkan matematik mudah dan beliau hanya menggunakan analogi.

Bagaimana mungkin kita boleh menerima jawapan seperti itu yang ternyata seperti kanak-kanak baharu sahaja belajar matematik tanpa mempunyai bukti-bukti kukuh sama sekali.  Dan dek kerana kebebalan dan keceluparan seorang Menteri Kewangan yang mengaku bahawa beliau seorang akauntan bertauliah biarpun sehingga ke hari ini masih belum mampu menunjukkan daftar namanya di senarai akauntan bertauliah di Malaysia, impak besar seperti mengganggugat keyakinan pelabur asing untuk melabur di Sarawak akan terpaksa dihadapi oleh kerajaan pemerintah Sarawak.  

Kita almaklum bagaimana Kerajaan GPS sekarang dengan bersungguh-sungguh membuat apa yang perlu untuk menarik sebanyak mungkin pelabur-pelabur asing ke Sarawak.  Namun sayangnya seorang Menteri Kewangan Negara Malaysia pula mempunyai pendapat yang bertentangan hanya kerana ingin menarik undi pada PRN yang dijangka dua tahun lagi akan berlangsung.  

Dan apakah yang Chong mahupun Lim Guan Eng tidak mengetahui bahawa setiap perbelanjaan yang dibuat oleh Kerajaan Sarawak sekarang sebenarnya sudahpun diaudit dan dilaporkan malah telah dibuktikan bahawa ianya adalah pengurusan kewangan yang terancang dan berkemampuan.  kedua-dua ahli politik DAP ini mempunyai kelayakan untuk menidakkan laporan tersebut dan hanya bersandarkan kepada persepsi semata-mata.  Badan audit bukanlah sebuah badan yang mampu dibeli sebaliknya mempunyai akreditasi dan kelayakan yang diiktiraf oleh dunia akan kewibawaannya.  

Pautan adalah seperti berikut:


Jadi untuk Chong yang selama ke hari ini sentiasa menjadi petualang kepada tanah kelahiran sendiri seharusnya tahu menggunakan hak sebagai anak Sarawak.  Jika rakyat Sarawak dan pemerintah Sarawak sekarang bangun membantah ada sebabnya kerana dakwaan itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.  Nampak gayanya Chong biarpun mengetahui kebenaran akan terus menjadi “ulun Malaya” hanya kerana tidak mahu kehilangan kuasa dan pangkat di peringkat persekutuan.  Inilah perangai seorang ahli politik yang mendahulukan politik lebih daripada pembangunan untuk rakyat Sarawak.  

Belanjawan Sarawak yang merangkumi RM11 bilion bukannya untuk sesiapa tetapi untuk rakyat Sarawak.  Dan rizab sebanyak RM31 bilion adalah hasil usaha dan jerih perih Kerajaan Sarawak selama ke hari ini yang melakukan perbelanjaan berhemah untuk “masa sakit” Sarawak.  Apakah DAP mahupun PH selama ini yang mengusahakannya?  Datang-datang ke negeri orang terus nak mengajar kita apa yang harus kita buat. Bodoh sememangnya tidak boleh dibawa bincang kan..

#SarawakDiutamakan

MALAYSIA ATAU SARAWAK YANG AKAN CEPAT BANKRAP? -NAJIB RAZAK-



MENTERI Kewangan Lim Guan Eng malam tadi enggan menjawab soalan berkaitan dakwaannya bahawa peruntukan tahunan Sarawak mencecah berbilion ringgit akan membuatkan negeri itu muflis dalam tempoh tiga tahun lagi.
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, sebelum itu dalam ucapannya di majlis “Sarawak! Here we come” di Kuching berkata, jika belanjawan tahunan Sarawak kekal sebanyak RM11 bilion untuk tiga tahun lagi, ia boleh menghabiskan rizab negeri mencecah RM30 bilion.
“Ia matematik mudah (dan) saya hanya guna analogi,” jawabnya ringkas kepada pertanyaan wartawan selepas majlis tamat.
-----
Saya tak pasti Menteri Kewayangan ini terus menipu atau benar-benar bebal.
Perbelanjaan RM11 bilion untuk tahun 2019 ini tidak bermaksud DEFISIT RM11 bilion
Sarawak tak ada hasil negeri ke?
Sebenarnya, belanjawan 2019 Sarawak adalah bajet LEBIHAN atau surplus sebanyak RM122 juta - iaitu hasil negeri adalah lebih besar dari perbelanjaan.
Maksudnya, pada akhir tahun 2019, rizab Sarawak yang kini mencecah RM30 bilion akan bertambah RM122 juta dan bukan mengurang RM11 bilion.
Takkan Menteri Kewangan negara kita tidak faham untuk bezakan perbelanjaan tahunan dengan surplus atau defisit tahunan?
Bajet Sarawak adalah bajet surplus manakala bajet persekutuan Guan Eng adalah defisit untuk tahun 2018 dan 2019.
Dan yang naikkan hutang negara sebanyak RM100 bilion dan masih mahu meminjam lagi bon Samurai, bon Panda, pinjaman ADB dan sebagainya adalah kerajaan PH - bukan Sarawak.
Memandangkan itu, yang manakah akan lebih cepat bankrap?
Pautan daripada laman mukabuku Najib Razak:
https://www.facebook.com/najibrazak/videos/2142748135847836/

Saturday 22 June 2019

ADA MATA BUTA MELIHAT, ADA TELINGA BENGAL UNTUK MENDENGAR DAN ADA MULUT TAPI CELUPAR! -FAZRUDDIN-


Dari laman mukabuku YB Fazruddin Haji Abdul Rahman, ADUN Tupong & Timbalan Ketua PBB
Saya ingin respons kepada kenyataan Lim Guan Eng semalam
1. Kenyataan LGE tentang ekonomi Sarawak jelas menunjukkan betapa betul tanggapan rakyat sekarang bahawa rata rata menteri PH dibawah paras bijak menghampiri tahap bodoh. Mereka ini masih dlm mode pembangkang dan lupa bahawa mereka segi memerintah Kerajaan Persekutuan. Setiap kenyataan masih bersifat politik dan bercakap tanpa fakta yang jelas bagi mengelirukan rakyat serta berniat jahat.
2. Kenyataan ini tidak bertanggungjawab kerana sebagai menteri, kenyataan beliau adalah pendirian kerajaan. Kenyataan sebegini akan mengakibat kesan negatif terhadap pelabur-pelabur, ekonomi negara dan ekonomi Sarawak. Adakah beliau lupa antara punca pendapatan Negara yang digunakan utk membangunkan semenanjung adalah dari hasil minyak Sarawak. Jika Sarawak bankrap, apa akan terjadi kepada Malaysia? Sarawak antara negeri yang mempunyai reserve yang tinggi hasil dari kebijaksanaan pimpinan Sarawak dan Sarawak lah yang banyak menyumbang kepada pembangunan yang dinikmati di Semenanjung.
2. Kenyataan ini adalah bodoh kerana - apakah beliau tidak mengambil kira punca pendapatan Sarawak yang lain. Adakah beliau tidak memeriksa fakta dahulu sebelum bersuara. Adakah beliau lupa kerana disebabkan oleh mulut celupar beliau, pelbagai masalah pelaburan dan bursa saham kita menjunam.
4. Jangan lah ada mata buta melihat, ada telinga bengal utk mendengar dan ada mulut tapi celupar dan sengaja tidak faham inisiatif yg telah dilaksanakan oleh YAB DP Abg Jo, KM Sarawak dalam menjana pendapatan. Ataupun pemikiran beliau tidak sampai ke tahap itu untuk berfikir.
5. Berhentilah berpolitik dengan akal pendek dan fokus kepada membangunkan Negara dan Negeri dan melaksanakan janji pilihanraya yang lepas kerana sebagai Menteri Kewangan beliau bertanggungjawab bukan sahaja kepada Negeri pimpinan DAP, tetapi seluruh Malaysia. Balik lah ke semenanjung dan fokus kepada mentadbir urus Negara. Jika tidak mampu melaksanakan tanggungjawab itu, maka lepaskanlah jawatan tersebut.
YB Fazzrudin Hj Abdul Rahman
Timbalan Ketua Pemuda PBB sarawak
ADUN N6 Tupong

Friday 21 June 2019

“LEBEH MULUT” MENTERI KEWAYANGAN YA!



BARU sahaja menjejak kaki ke Sarawak Bumi Kenyalang terus sahaja menabur fitnah, itulah yang berlaku ke atas seorang Menteri persekutuan yang tanpa segan silu cuba memberikan persepsi negatif ke atas setiap langkah perbelanjaan Kerajaan Sarawak yang menggunakan dana sendiri sejak Pakatan Harapan mengambilalih Kerajaan Pusat setahun yang lalu.  Dengan alasan Persekutuan yang konon-kononnya Malaysia akan bankrap setelah dibebani dengan hutang tinggalan kerajaan pemerintah yang sebelumnya maka banyak perbelanjaan dipotong dan ini termasuklah Sarawak itu sendiri.  

Demi survival dan juga untuk memenuhi aspirasi dan kehendak rakyat Sarawak, GPS sebagai parti yang memerintah Sarawak mahu tidak mahu haruslah menggunakan dananya sendiri untuk meneruskan pembangunan yang dirancang.  Dan berkat perbelanjaan berhemah selama hari ini, Sarawak mempunyai rizab RM31 Bilion yang mana menyaksikan untuk belanjawan 2019, GPS memperuntukkan RM11 bilion untuk Sarawak.  

Betapa bengapnya seorang yang berstatus Menteri Kewangan yang hanya pandai memanipulasi angka RM11 bilion sahaja sedangkan rakyat Sarawak mengetahui bahawa di dalam setiap perbelanjaan itu, Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari, Ketua Menteri Sarawak turut menyatakan penjelmaan cukai 5% produk petroleum itu berkuatkuasa pada 2019 akan menjana hasil pendapatan Sarawak sebanyak RM3.9 bilion.  Cukai 5% itu adalah hanya permulaan sahaja dan sekiranya perlu ianya akan dinaikkan dari masa ke semasa.  

Pautan:


Dalam pada itu jangan sesekali kita lupa tatkala Sarawak menjelmakan cukai 5% produk petroleum, menteri pertama yang terlopong umpama ayam berak kapur adalah Lim Guan Eng sendiri yang mendakwa bahawa cukai 5% petroleum itu adalah tidak wajar.  Namun begitu berkat ketegasan Ketua Menteri Sarawak yang “mengajar” Menteri Kewayangan bahawa apa yang dilakukan oleh Sarawak adalah seiringan dengan Jadual 10 Perkara V(7) Perlembagaan Persekutuan, levi cukai jualan ke atas produk petroleum sebanyak 5% adalah hak Sarawak maka Lim Guan Eng terus diam seribu bahasa.  

Pautan:

https://www.utusanborneo.com.my/2019/01/04/sarawak-tetap-laksana-cukai-jualan-produk-petroleum

Dan apakah lagi yang hendak dipusing oleh Ahli Parlimen Bagan ini bilamana dengan angkuhnya anak didiknya iaitu Ahli Parlimen Stampin yang juga Pengerusi DAP Sarawak, YB Chong Chieng Jen yang berkobar-kobar di dalam manifesto PH kononnya akan memberikan 50% hasil kutipan cukai kepada Sarawak tanpa syarat dan begitulah juga royalti minyak 20% konon.  

Namun setelah berkuasa apakah yang mereka lakukan? Seperti kata pepatah lama umpama menanam tebu di tepi bibir sahaja kerana akhirnya 50% cukai kutipan tersebut melayang ditiup debu dan royalti minyak 20% hendak digantikan dengan 20% keuntungan bersih.  

Pautan janji dicapati DAP Sarawak adalah seperti rakaman video ini:


Sudah-sudahlah membuat cerita wahai Lim Guan Eng, mungkin apa yang berlaku pada PRU ke-14 boleh anda dodoikan dengan kenyataan fitnah semata-mata, skrip yang sama iaitu Malaysia itu akan bangkrap sehingga ramai yang memangkah kerajaan PH namun rasanya rakyat Sarawak masih lagi bijak untuk menjadikan apa yang berlaku sekarang sebagai tanda aras menentukan halatuju Sarawak itu sendiri pada kemudian hari.  

Ingin bertanya kepada Lim Guan Eng apakah ada perkembangan yang positif ke atas ekonomi Malaysia sekarang dibawah seorang Menteri Kewangan yang sering tersilap angka perpuluhan.  Didodoikan bahawa ekonomi Malaysia sedang berkembang tetapi Malaysia juga mempunyai adalah satu-satunya “sore loser” 2019 di dalam pasaran saham sejak PH memerintah Kerajaan Pusat.

Pautan adalah seperti berikut:


Akhir kata wahai Lim Guan Eng, baik jaga dahulu keadaan meruncing yang berlaku ke atas ekonomi Malaysia sebelum cuba untuk menjadi “juara fitnah” atas permainan persepsi dan mempengaruhi rakyat Sarawak.  Dengan banyaknya kecelaruan yang berlaku lebih-lebih lagi satu gabungan kerajaan yang penuh dengan skandal di dalam ahli gabungan sebenarnya membuka mata rakyat Sarawak yang matang berpolitik untuk memilih siapa sebenarnya yang memperjuangkan rakyat Sarawak kalau tidak parti tempatan Sarawak sendiri.  

Abang Jo coba kita naikkan 20% terus cukei petroleum ya, eboh bait gilak bah!!

Lebih mulut kawu, Lim Guan Eng! Cabik kelak! 

PERASMIAN PEJABAT PERDAGANGAN DAN PELANCONGAN SARAWAK DI SINGAPURA




HARI ini nun menyeberangi Laut China Selatan tercatit satu sejarah bagi Sarawak Bumi Kenyalang dan Singapura apabila YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg merasmikan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Singapura. Turut bersama hadir adalah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing.
Dengan adanya pejabat di Singapura maka akan lebih memudahkan lagi usahawan Sarawak memasarkan produk mereka sekaligus ianya juga akan mempergiatkan lagi usaha Sarawak "menjual" produk pelancongannya secara terus ke dunia luar.

TERSENARAI TERIMA WANG 1MDB SUPP SERAH KEPADA UNDANG-UNDANG



HARI ini, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan 41 entiti dan individu yang didakwa menerima wang daripada 1MDB yang berjumlah hampir RM270 juta kesemuanya. Tindakan saman sudahpun difailkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tanggal 19 Jun 2019 dibawah AMLA.  

41 senarai itu adalah seperti berikut:

1. Kelantan Umno
2. Selangor Umno
3. Kedah Umno
4. Johor Umno
5. Sabah Umno
6. Pahang Umno
7. Pekan Umno
8. Johor Bahru Barisan Nasional
9. Wanita MCA
10. Pahang MCA
11. SUPP
12. LDP
13. Parti Bersatu Rakyat Sabah
14. Ibrahim Awang Ismail
15. Kasitah Gaddam
16. Ismail Abd Mutalib
17 Hasan Malek
18. Sim Sai Hoon
19. Abdul Manan Ismail
20. Bustari Yusuf
21. Pertubuhan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida)
22. Akademi Pemuda
23. Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia
24. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
25. Yayasan Permata Malaysia
26. Yayasan Tun Hussein Onn
27. Yayasan PBAKM
28. Yayasan Penyelidikan Transformasi
29. Yayasan Rahah
30. Binsabi Sdn Bhd
31. Rayhar Travels Sdn Bhd
32. K&Z Enterprise Sdn Bhd
33. IPG Mediabrands Sdn Bhd
34. Media Edge CIA (M) Sdn Bhd
35. Hattafex Trading
36. Jakel Trading
37. Jakel Trading Sdn Bhd
38. Perano Sdn Bhd
39. AGA Touch (M) Sdn Bhd
40. Habib Jewels Sdn Bhd
41. Naza Quest Auto Sdn Bhd

Pautan penuh:


https://www.sinarharian.com.my/article/33633/BERITA/Nasional/SPRM-dedah-41-penama-penerima-wang-1MDB

Bagi pihak Sarawak United People’s Party seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh sekretariat SUPP pada hari ini, mereka menyerahkan segalanya kepada kebijaksanaan undang-undang.  Sebelum ini pada tanggal 26 June 2018, SUPP sudahpun menerima notis daripada pihak ibupejabat bank pusat bahawa akaun mereka akan dibekukan oleh pihak SPRM.  
Turut dinyatakan bahawa SUPP akan memberi kerjasama sepenuhnya dan amatlah berharap agar segala badai yang melanda ini cepat-cepat berlalu.  
Pautan seperti berikut:



Tuesday 18 June 2019

“SAYA JUGA ADALAH MANGSA” -HAZIQ AZIZ-



SEHINGGA ke hari beliau dibebaskan dengan jaminan polis setelah ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dua hari yang lepas, belum ada lagi kenyataan yang dikeluarkan oleh individu yang mengaku bahawa beliaulah antara salah seorang “pelakon” video seks intim songsang yang tular sehingga menggegarkan dunia politik Malaysia.  

Dan sehinggalah semalam, beliau tampil bersama dengan satu media berbahasa Inggeris, The Sun Daily seperti pautan ini:


Di dalam sidang temuramah itu, Haziq Aziz atau nama sebenarnya Haziq Abdullah bin Abdul Aziz yang merupakan Ketua AMK Cabang Santubong yang juga merangkap Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Industri Utama (sudah digantung tugas semenjak video itu ditularkan) bertegas mengatakan bahawa beliau juga addalah “mangsa” di dalam hal ini.  Ini memandangkan apa yang berlaku adalah sesuatu yang peribadi namun ada dalang yang mempunyai kepentingan dengan sengaja menjadikan beliau mangsa kerana survival politik sesetengah pihak.  

Berbicara dari aspek siasatan yang dijalankan ke atas beliau tempohari, Haziq menzahirkan ucapan terima kasih beliau kepada Polis Diraja Malaysia yang telah melakukan siasatan dengan penuh professional dan tanpa bias.

Jika Haziq Aziz berani tampil mengaku bahawa beliau adalah “pelakon” di dalam video intim hubungan songsang tersebut lain pula ceritanya dengan individu yang didakwa pasangan beliau yakni seorang menteri kanan Kerajaan Persekutuan sekarang.  Sehingga ke hari ini individu tersebut menidakkan penglibatannya di dalam aksi asmara hubungan sejenis yang dikatakan berlaku di Hotel Fourpoint, 11 Mei 2019 ketika umat Islam sedang menjalankan ibadah puasa yang lepas.  

Dan tidak kurang yang sangsi dan berani berkata bahawa video tersebut adalah palsu dan telah diedit sebaik mungkin.  Namun begitu pakar-pakar video editing malah turut melibatkan pakar dari luar negara menyatakan bahawa video tersebut adalah tulen namun tidak pasti siapakah “pelakon-pelakon” video tersebut.  

Pautannya adalah seperti berikut:


Begitulah alkisahnya episod satu video yang penuh kontroversi dan menjadi bualan di dunia maya baik di dalam Malaysia mahupun peringkat antarabangsa sekarang.  Siasatan polis masih lagi berjalan dan kita sentiasa percaya bahawa pihak berkuasa akan terus telus dan menjalankan tugas dengan penuh integriti seperti rakyat harapkan.  

Kita nantikan episod seterusnya.  Siapakah tok dalangnya? Siapa pula pelakon yang satu lagi. 


WAKIL RAKYAT GPS TIDAK SIMPAN WANG RTP - ABDULLAH SAIDOL



TINDAKAN segelintir individu yang terus melemparkan tuduhan kepada adun-adun GPS yang konon-kononnya menyimpan wang Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) sebanyak RM5 juta setiap seorang ke kantung poket sendiri mereka diselar oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) yakni Yang Berhormat Abdullah Saidol yang juga ADUN Semop.  

Menurut beliau ianya adalah satu tuduhan yang tidak berasas dan sengaja diada-adakan bagi menjatuhkan reputasi adun-adun GPS sedangkan pada hakikatnya setiap peruntukan RTP disalurkan terus kepada agensi pelaksana seperti Pejabat Residen, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan sebagainya manakala, wakil rakyat pula hanya menyenaraikan projek yang diperlukan oleh rakyat sebelum dilaksanakan oleh agensi terbabit.

Berita penuh ada di pautan ini:



Kredit info grafik: Sarawak Indie Pages 


#SarawakDiutamakan 

VIDEO SEKS DITULAR PKR SENDIRI -AZMIN ALI-


TERLALU ramai yang menuduh bahawa dalang yang menular video seks intim songsang itu dilakukan oleh pihak pembangkang. Namun untuk individu yang dikaitkan dengan video tersebut iaitu YB Azmin Ali yang juga Menteri Ekonomi Malaysia amat yakin bahawa dalang sebenar adalah anggota Parti Keadilan Rakyat sendiri.

Pautan sepenuhnya adalah seperti berikut;

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/video-seks-kontroversi-ditularkan-oleh-anggota-pkr-sendiri-azmin-210346

Monday 17 June 2019

MANTAN PRESIDEN MESIR MENINGGAL DUNIA KETIKA PERBICARAAN


DUNIA dikejutkan dengan berita mengenai mantan Presiden Mesir yakni Mohamed Morsi yang menghembuskan nafasnya yang terakhir di penghujung perbicaraan mahkamah di Kaherah tadi.  Beliau merupakan Presiden Mesir selepas berjaya menumbangkan Presiden Hosni Mubarak yang menguasai Mesir hampir 30 tahun.  Kemudiannya beliau digulingkan setelah hanya memerintah Mesir selama setahun di dalam satu protes besar-besaran dan rampasan kuasa tentera sekitar Julai 2013.  

Berita selanjutnya di pautan ini:


Al-fatihah.

VIDEO SEKS INTIM - EPISOD TILAM 2.0 BERMULA



20 tahun dahulu subjek bergelar tilam pernah mengwarnai media-media di seluruh dunia dan sekarang ianya kembali setelah tular video seks hubungan intim songsang yang dikatakan melibatkan seorang individu lelaki yang sudah mengaku bernama Haziq Abdullah bin Abdul Aziz, Ketua AMK Cabang Santubong dengan seorang menteri kanan seperti yang didakwa.  Kejadian hubungan intim ini yang didakwa berlaku pada 11 Mei 2019 di Hotel Fourpoint, Sandakan, Sabah didakwa bukanlah kali pertama sebaliknya sudahpun ada sejak di tahun 2016 lagi.  

Dan melalui hantaran laman mukabuku Raja Petra Kamaruddin menyatakan bahawa tilam dari bilik bernombor 2526 telahpun diusung keluar untuk siasatan forensik dan sebagainya.

Pautan adalah seperti berikut:


Sesungguhnya hanya yang  pernah hidup pada zaman 1990an pernah merasai pengalaman menonton cerita episod tilam dibawa ke hulu ke hilir dan sekarang sekali lagi untuk generasi seterusya akan merasai sendiri siri Tilam 2.0 pula. :D


Nota: Gambar sekadar hiasan