Monday, 17 June 2019

BSH - IKHLAS MEMBERI ATAU TIDAK






APA yang dititipkan di dalam artikel ini adalah beberapa gambar keadaan di Bank Simpanan Nasional, Serian pada hari ini kerana masih ramai rakyat di Sarawak yang belum menerima Bantuan Sara Hidup seperti yang dijanjikan. Dan episod BSN diserbu sebenarnya berlaku di seluruh Sarawak. Jika diteliti sejak BR1M dijenamakan semula menjadi BSH ada sahaja kesukaran yang dilalui oleh mereka yang berkelayakan untuk mendapatkannya.

Tiada sesiapa yang boleh menidakkan bahawa bantuan sedemikian rupa sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat. Namun sayangnya seperti kurang peka akan si pemberi dengan pelbagai alasan dan perubahan saat akhir. Mungkin ramai masih mengingati bagaimana ada pasangan suami isteri yang terpaksa “terduduk” di hadapan bank di Sibu kerana wang bantuan yang dijanjikan belum lagi dimasukkan ke akaun seperti yang dijanjikan. Sudahlah perjalanan daripada kawasan pedalaman di Sarawak sememangnya menuntut kos yang tinggi bagaimanalah pula mereka hendak kembali ke kampung halaman selepas itu kerana wang tidak mencukupi. Nasib baik ramai warga Sibu yang bermurah hati memberikan sumbangan untuk mereka pulang. Ini hanya satu cerita yang berjaya difokuskan sebelum menjelang hariraya aidilfitri yang lalu dan sudah pasti banyak lagi yang tidak dihebahkan.

Melihat kepayahan rakyat sebegini rupa terselit kesedihan di hati bagaimana rakyat sebenarnya dibuat seperti peminta sedekah. Adakah benar-benar ikhlas memberi atau sekadar hanya tidak mahu kehilangan undi dan kepercayaan daripada rakyat.

Kasihanilah rakyat yang kurang berkemampuan yang benar-benar memerlukannya. Tanpa mereka tidak juga si pemberi boleh berkuasa.


No comments:

Post a Comment