Saturday 15 June 2019

NIAT HAZIQ AZIZ MELARIKAN DIRI KE MANILA BERKECAI!



NIAT beliau mungkin untuk melarikan diri kerana tiket penerbangan disahkan menunjukkan destinasinya adalah Manila, Filipina namun niat tidak kesampaian kerana akhirnya Haziq Aziz, individu yang mengaku terlibat di dalam video intim songsang ditangkap oleh polis ketika berada di Balai Perlepasan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 6.00 petang semalam.

Difahamkan pada pagi tadi, Haziq Aziz telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan kesihatan seperti apa yang dimaklumkan oleh peguamnya iaitu Ramesh Sivakumar kepada pemberita.  Dan satu jam yang lalu, Haziq telah dibebaskan dengan jaminan polis.



Dalam pada itu menurut pihak polis siasatan ke atas Haziq Abdullah bin Abdul Aziz, Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Santubong merangkumi empat kesalahan iaitu:

1. Seksyen 292 Kanun Keseksaan adalah berkaitan kesalahan menjual dan sebagainya buku-buku dan sebagainya, yang lucah, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

2. Seksyen 504 ialah bagi kesalahan dengan sengaja mengaibkan atau dengan niat hendak membangkitkan atau memecah keamanan, membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

3. Seksyen 377B pula ialah bagi kesalahan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii, membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sakit kesalahan.

4.  Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia pula ialah kesalahan berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain.Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM50,000, atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya, dan juga   boleh didenda selanjutnya RM1 bagi setiap kesalahan itu yang diteruskan selepas pensabitan.

Pautan:


Adalah diharapkan agar proses siasatan dan tindakan undang-undang ke atas Haziq Abdullah bin Abdul Aziz dijalankan dengan seadil-adilnya kerana kita sentiasa percaya akan keluhuran undang-undang di Malaysia. 

No comments:

Post a Comment