Monday 17 June 2019

LUCY LINGGAM, PENGHULU WANITA KAUM INDIA PERTAMA SARAWAK


KAUM India di Sarawak sememangnya kaum minoriti di Sarawak namun keberadaan mereka sentiasa dihargai malah menjadi antara penyumbang ekonomi di Sarawak.  Dan semalam satu kronologi bersejarah telah dicipta tatkala seorang wanita “besi” dari kaum India Sarawak telah diangkat menjadi Penghulu Wanita pertama di Sarawak.
Puan Samba Bilaidom @ Lucy Linggam bukanlah satu nama asing di Sarawak kerana beliau yang berusia 67 tahun merupakan Presiden Persatuan Wanita India Sarawak (SIWA) sejak dahulu lagi.  Beliau turut merupakan ahli didalam Sarawak Women and Family Council dan ahli aktif di dalam Sarawak United People’s Party (SUPP).  Seorang isteri dan ibu serta nenek merupakan karier sepenuhmasa beliau tanpa sedikitpun menjejaskan semangatnya didalam memperjuangkan hak Kaum Wanita India dan menjadi jambatan perhubungan antara Kerajaan dan kaum tersebut.  
Lahir di dalam kaum India dan dibesarkan di dalam komuniti Cina menjadikan Puan Lucy seorang wanita yang “istimewa” dan dek kerana itulah beliau begitu fasih bertuturbicara di dalam beberapa dialek Cina di Sarawak. Dan sebagai seorang anak Sarawak, beliau turut telah lama terdedah dengan tradisi dan kebudayaan kaum-kaum di Sarawak yang pelbagai.
Sesungguhnya perlantikan Puan Lucy Linggam sebagai Penghulu Wanita India pertama di Sarawak adalah satu pengiktirafan besar oleh Kerajaan Sarawak untuk golongan wanita Sarawak amnya dan wanita India khususnya.  

Pautan penuh: https://dayakdaily.com/lucy-lingam-penghulu-wanita-kaum-india-pertama-di-sarawak/?fbclid=IwAR0uRb4qrzfUWne3XxilzurgmpDmFUtxiub4zs8Ju21EK1-RjU87-27EU88


No comments:

Post a Comment