Sunday 23 June 2019

JANGAN EMOSI KATA CHONG SI ULUN MALAYA!


PELBAGAI respons di dalam media sosial oleh warga netizen Sarawak termasuklah pemimpin-pemimpin parti tempatan di Sarawak tatkala Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia yang bertandang ke Sarawak mendakwa di dalam tiga tahun lagi Sarawak akan bankrap jika terus ditadbir oleh Gabungan Parti Sarawak biarpun mempunyai rizab sebanyak RM31 bilion.  

“Sarawak tidak akan bankrap kerana sumber ekonomi yang pelbagai”, itu yang dikatakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr. Abang Johari.  “Kenyataan yang bodoh dari seorang Menteri Kewangan”, itu respons daripada Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Abdul Karim bin Hamzah dan banyak lagi respons yang bertali arus di akhbar-akhbar tempatan dan nasional.  

Manakala untuk seorang individu yang sebelum menjadi salah seorang barisan Kabinet Kerajaan Persekutuan yakni YB Chong Chieng Jen yang sebelum ini gah berkata bahawa DAP Sarawak mempunyai autonomi tersendiri dan tidak akan mengikut telunjuk Malaya (DAP Pusat) bertentangan pula respons beliau.  Malah jika diikutkan beliau sendiri mengiyakan akan dakwaan tanpa asas daripada rakan seperjuangannya di DAP Pusat.  Menurut Chong, beliau gerun tatkala melihat Ketua Menteri Sarawak membelanjakan wang negeri.  Dan beliau menyokong bahawa Lim sudah tentu mempunyai segala data mengenai situasi kewangan semua negeri.  

Pautan adalah seperti berikut:


Dalam Chong yang menjadi seperti angguk-angguk, geleng-geleng itu mungkin beliau tidak mengetahui bahawa dakwaan tanpa asas daripada Menteri Kewangan Malaysia, rakan sekapalnya sendiri iaitu daripada DAP, Lim ketika cuba ditanya oleh pihak wartawan cuba mengelak malah tampil dengan jawapan bodoh bahawa dakwaan beliau adalah berdasarkan matematik mudah dan beliau hanya menggunakan analogi.

Bagaimana mungkin kita boleh menerima jawapan seperti itu yang ternyata seperti kanak-kanak baharu sahaja belajar matematik tanpa mempunyai bukti-bukti kukuh sama sekali.  Dan dek kerana kebebalan dan keceluparan seorang Menteri Kewangan yang mengaku bahawa beliau seorang akauntan bertauliah biarpun sehingga ke hari ini masih belum mampu menunjukkan daftar namanya di senarai akauntan bertauliah di Malaysia, impak besar seperti mengganggugat keyakinan pelabur asing untuk melabur di Sarawak akan terpaksa dihadapi oleh kerajaan pemerintah Sarawak.  

Kita almaklum bagaimana Kerajaan GPS sekarang dengan bersungguh-sungguh membuat apa yang perlu untuk menarik sebanyak mungkin pelabur-pelabur asing ke Sarawak.  Namun sayangnya seorang Menteri Kewangan Negara Malaysia pula mempunyai pendapat yang bertentangan hanya kerana ingin menarik undi pada PRN yang dijangka dua tahun lagi akan berlangsung.  

Dan apakah yang Chong mahupun Lim Guan Eng tidak mengetahui bahawa setiap perbelanjaan yang dibuat oleh Kerajaan Sarawak sekarang sebenarnya sudahpun diaudit dan dilaporkan malah telah dibuktikan bahawa ianya adalah pengurusan kewangan yang terancang dan berkemampuan.  kedua-dua ahli politik DAP ini mempunyai kelayakan untuk menidakkan laporan tersebut dan hanya bersandarkan kepada persepsi semata-mata.  Badan audit bukanlah sebuah badan yang mampu dibeli sebaliknya mempunyai akreditasi dan kelayakan yang diiktiraf oleh dunia akan kewibawaannya.  

Pautan adalah seperti berikut:


Jadi untuk Chong yang selama ke hari ini sentiasa menjadi petualang kepada tanah kelahiran sendiri seharusnya tahu menggunakan hak sebagai anak Sarawak.  Jika rakyat Sarawak dan pemerintah Sarawak sekarang bangun membantah ada sebabnya kerana dakwaan itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.  Nampak gayanya Chong biarpun mengetahui kebenaran akan terus menjadi “ulun Malaya” hanya kerana tidak mahu kehilangan kuasa dan pangkat di peringkat persekutuan.  Inilah perangai seorang ahli politik yang mendahulukan politik lebih daripada pembangunan untuk rakyat Sarawak.  

Belanjawan Sarawak yang merangkumi RM11 bilion bukannya untuk sesiapa tetapi untuk rakyat Sarawak.  Dan rizab sebanyak RM31 bilion adalah hasil usaha dan jerih perih Kerajaan Sarawak selama ke hari ini yang melakukan perbelanjaan berhemah untuk “masa sakit” Sarawak.  Apakah DAP mahupun PH selama ini yang mengusahakannya?  Datang-datang ke negeri orang terus nak mengajar kita apa yang harus kita buat. Bodoh sememangnya tidak boleh dibawa bincang kan..

#SarawakDiutamakan

No comments:

Post a Comment