Thursday 28 September 2017

PENGORBANAN JURURAWAT “HOME NURSING”






JIKA kita menyingkap memori lama mesti di kotak minda akan terbayang kelibat jururawat yang datang bertandang ke rumah kita jika ada keluarga yang sedang melahirkan bayi.  Merekalah yang digelar jururawat desa yang sentiasa setia singgah menjalankan tugas mereka dari rumah ke rumah sekiranya diperlukan iaitu yang dipanggil “home nursing”. Dahulu mereka kadang-kadang berjalan kaki dan tidak kurang juga yang berbasikal membawa segala peralatan perubatan yang ada.

Sesuai dengan peredaran zaman, tiada lagi basikal yang digunakan tetapi lebih kepada kenderaan persendirian untuk ke destinasi “home nursing”.  Kadang-kadang kenderaan pula tidak dapat mampir sehingga ke tangga rumah pesakit jadi terpaksalah diparkir jauh sedikit sehingga menyebabkan kadangkala ianya terdedah kepada kes kecurian dan sebagainya.  

Begitulah yang terjadi kepada seorang jururawat malang yang terpaksa menelan segalanya apabila kenderaan peribadi milik beliau telah dipecahkan oleh pencuri durjana semalam ketika beliau sedang melakukan tugas-tugas “home nursing” di Kampung Sungai Lumut tidak jauh daripada Kampung Buntal, Kuching.  
Mungkin bagi sesetengah dogma pemikiran masyarakat itu kerja mereka, jadi apalah pilihan yang ada.  Namun hakikatnya pihak yang berwajib perlu mengambil satu titik pro aktif bagi menangani permasalah ini daripada berulang. Faktor keselamatan dan kebajikan jururawat “home nursing” juga perlu diambil tahu.  Dulu-dulu manusia tidak seberani sekarang. 

Wednesday 27 September 2017

POLSEC MENTERI DARI SARAWAK DICEKUP SPRM


MENURUT keterangan SPRM, penangkapan seorang bergelar “Datuk” berusia 61 tahun berasal dari Serian, Sarawak yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada seorang menteri kabinet persekutuan ini adalah berikutan terdapat unsur-unsur penyelewengan wang peruntukan berjumlah hampir RM40 juta.  Ianya adalah peruntukan yang disalurkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). 

Sebelum penangkapan beliau, pada tanggal 13 September yang lalu telah ada empat individu yang turut dicekup atas perkaitan kes yang sama.  Mereka adalah Ketua Ekskutif PTPK, Setiausaha PTPK, Penolong Pegawai Kewangan PTPK dan seorang pengarah sebuah syarikat bergelar Dr. Kesemua mereka dipercayai telah bersubahat dengan pengarah syarikat tersebut bagi pengendalian program-program latihan kemahiran kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

Melalui penyiasatan awal juga mendapati bahawa kesemua individu ini telah melakukan penyelewangan dana tabung tersebut semenjak dari tahun 2016 lagi.  Dengan sejumlah RM15 pada tahun 2016 manakala RM25 juta lagi untuk tahun 2017.  Dikatakan juga mereka turut meluluskan 15 buah syarikat milik dari individu yang sama untuk mengendalikan program-program latihan kemahiran dibawah PTPK.

Tuesday 26 September 2017

PENARI & PEMUZIK PERSATUAN MELANAU WAKILI MALAYSIA


SARAWAK tidak pernah kurang dengan keunikan senitari dan budayanya.  Sehingga ke hari ini keindahan warisan kita ini sentiasa dilestarikan.  Malah diperkira setiap kali tersenarai adanya persembahan tarian suku kaum Sarawak di pentas dunia sentiasa mendapat tempat di hati pencinta seni budaya di peringkat antarabangsa.

Baru-baru ini, 12 penari dan pemuzik dari Persatuan Melanau Sarawak telahpun terpilih untuk mewakili Malaysia bagi mengadakan persembahan tarian suku kaum di Chungdu,Korea.  Ianya bersempena dengan Annual General Meeting 18th World Martial Arts Festival edisi 2017 anjuran World Martial Arts Union dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).  Turut terpilih untuk ke Korea adalah rombongan dari Persatuan Seni Bela Diri Dayak Sarawak yang akan mengambil bahagian di dalam seni bela diri yang unik.  

Kesemua rombongan dari Sarawak, Malaysia ini telahpun berlepas ke Chungdu, Korea pada tanggal 20 September lepas.  Julanglah tinggi-tinggi seni budaya kaum di Sarawak ke mata dunia. Semoga sukses selalu hendaknya.


Sumber: MalaysiaAktif 

Monday 25 September 2017

KES SEKOLAH TAHFIZ MENUNGGU TINDAKAN PEGUAM NEGARA


TANGGAL 14 September 2017 yang lalu, rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama berduka atas tragedi kebakaran yang menimpa Sekolah Tahfiz Darul Quran Irrigaqiyah di ibu negara.  21 pelajar tahfiz dan dua orang warden terkorban di dalam tragedi tersebut yang berlaku sekitar 5 pagi.  
Setelah banyak spekulasi mengenai punca kebakarannya akhirnya satu titik noktah telah berjaya membenarkan bahawa ianya berlaku akibat perbuatan khianat.  Dan yang lebih memilukan dalang-dalang penyebab kepada kebakaran tersebut pula adalah dari kanak-kanak bawah umur.  Tujuh suspek telah berjaya ditangkap yang berusia antara 11 hingga 18 tahun benar-benar membuatkan kita terfikir bagaimana usia semuda itu boleh tergamak melakukannya.  
Semalam ketika berada di Kuala Trengganu, Pengarah CID Bukit Aman iaitu Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohamad menyatakan bahawa laporan penuh siasatan sudahpun dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan.  Menurutnya siasatan polis dibuat dibawah “Section 302 Penal Code for Murder dan Section 435 for mischief of Fire”. Jika diikutkan bukan calang-calang sabitan kes tersebut dan kita nantikan apakah keputusan Jabatan Peguam Negara kelak.  
Keadilan harus ditegakkan untuk keluarga mangsa-mangsa yang terlibat biarpun kita menyesali ada beberapa hal perundangan seperti isu keselamatan tidak begitu diambilkira selama ini.  Jadikanlah ianya iktibar untuk semua yang ingin membuka sekolah tahfiz di seluruh negara.  Mohon juga agar ianya diambil serius oleh setiap badan yang bertanggungjawab dan bukan hanya bermusim menunggu bila ada tragedi berlaku baru hendak bersuara. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
Alfatihah untuk semua mangsa yang terkorban. Amin.   

Sunday 24 September 2017

PESAWAT MEMBAWA VVIP TERGELINCIR DI KIA






SEBUAH pesawat tergelincir ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kira-kirajam 6.10 petang tadi. Difahamkan pada masa kejadian berlaku keadaan cuaca agak kurang baik.

Menurut sumber, seorang ahli politik berjawatan menteri Sarawak turut menjadi penumpang pesawat kecil ini. Ianya adalah pesawat penerbangan swasta yang baru sampai dari Mukah ke Kuching. Turut dinyatakan kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat.

Hingga kini belum ada sebarang kenyataan rasmi mengenai kejadian tersebut.

Saturday 23 September 2017

MP AMPANG DIHALANG MASUK SARAWAK


NIAT beliau untuk menghadiri majlis makan malam Parti Keadilan yang bertempat di Eastwood Valley.  Namun sesampai sahaja di pintu masuk Lapangan Terbang Miri, beliau telah diarahkan untuk pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan seterusnya.  
Begitulah yang berlaku ke atas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat iaitu Puan Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang, semalam.  Ini bukanlah kali pertama beliau dihalang daripada memasuki Sarawak malah diketika Sarawak dibawah pimpinan Allahyarham Pehin Sri Datuk Patinggi Adenan bin Satem, beliau tetap menerima nasib yang sama.  
Sarawak dan Sabah sebagai pembentuk Persekutuan Malaysia mempunyai kuasa autonomi Imigresen yang masih digunapakai bagi menghalang sesiapa sahaja yang boleh membawa kepada ancaman keselamatan dan ketenteraman.  Senarai yang nama yang disenaraihitamkan akan dikemaskini mengikut keperluan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dibawah Setiausaha Kerajaan Negeri. 

Wednesday 20 September 2017

SALAM MAAL HIJRAH 1439H


DI dalam peredaran waktu serta putaran siang dan malam adalah tanda semakin hampirnya kehidupan ini kepada penghujungnya. Marilah kita berazam di tahun baru ini, untuk kita berbekal dengan ketaatan dan menikmati alam yang tiada akhirannya.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1439 kepada muslimin dan muslimah walau dimana jua anda berada.

40 BIASISWA PERUBATAN TAJAAN KERAJAAN SARAWAK


NISBAH karier sebagai seorang doktor di Sarawak sekarang adalah 1:800 manakala untuk Malaysia pula 1:600.  Melihat kepada analisa nisbah ini sudah menunjukkan bahawa Sarawak khasnya memerlukan kepakaran anak tempatan yang lebih.  Bagi menjadikan Sarawak untuk lebih berdaya saing maka Kerajaan Negeri Sarawak sudah meletakkan misi nisbah 1:400 menjelang tahun 2020.  
Bagi mengapai misi ini menjadi kejayaan maka baru-baru ini Kerajaan Negeri Sarawak dibawah kepimpinan Datuk Patinggi Haji Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg telah menganugerahkan 40 biasiswa perubatan kepada 40 orang anak Sarawak yang akan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sarawak.  Ini merupakan pemberian biasiswa perubatan yang paling banyak di dalam sejarah Sarawak.  
Dengan nilainya adalah sebanyak RM4 juta setahun serta ianya akan diteruskan pemberiannya untuk mereka yang layak bagi tempoh lima tahun lagi sehinggalah Sarawak mampu mengeluarkan bakal-bakal doktor yang bertauliah dari universitinya sendiri menjelang 2021. 

Monday 18 September 2017

BIAR MEREPUT DI DALAM PENJARA


ANAK kandungnya masih di bangku sekolah lagi tetapi akibat nafsu serakah seorang bapa sanggup meratah anaknya sendiri. Itulah yang terjadi keatas seorang anak kecil yang berasal dari Sungai Bulat, Sarikei. Kejadian rogol berulang-ulang kali sudahpun dialami sejak dari tahun 2016 lagi.

Semalam si perogol iaitu bapa kandung mangsa, telah dijatuhkan hukuman penjara 480 tahun dengan 18 sebatan. Terdapat 16 pertuduhan rogol yang disabitkan kesalahan dengan setiap satunya membawa kepada hukuman maksimum 30 tahun penjara dan sebatan. Walau bagaimanapun, Hakim Mahkamah Sesyen Maris Agan telah mengarahkan kesemua hukuman dijalankan serentak bermula dari semalam.


Sunday 17 September 2017

SLOGAN S4S DAN SABAH FOR SABAHAN TIDAK PERLU


HARI Malaysia baharu sahaja kita raikan beberapa hari yang lepas dengan sambutan untuk 16 September 2017 diadakan secara gilang gemilang di Kota Kinabalu, Sabah. Ramai menteri kabinet baik dari pihak Persekutuan turut hadir dengan delegasinya diwakili oleh PM Malaysia berserta isteri.  Untuk Sarawak pula diwakili oleh Speaker DUN Sarawak iaitu Datuk Amar Awang Asfia bin Awang Nasar berserta beberapa orang menteri kabinet Sarawak turut berada di Sabah.  

Ketika ucaptamar di perayaan Hari Malaysia itu, PM Malaysia iaitu Datuk Seri Najib turut menyatakan bahawa segala hak-hak Sarawak dan Sabah akan terus dijaga. Menurut beliau jawatankuasa penurunan kuasa sedang rancak membuat apa yang perlu bagi merealisasikan segala permintaan Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub di dalam perjanjian dapat diadakan secepat mungkin.  

Dalam pada itu beliau turut menyatakan segala slogan yang selama ini berkumandang di negeri Sabah dan Sarawak seperti Sarawak For Sarawakian dan Sabah For Sabahan adalah tidak perlu sama sekali.  Ini kerana selama ini segala mesyuwarah antara Persekutuan, Sarawak dan Sabah dilakukan bagai satu keluarga besar.  Semangat “Sabah Untuk Malaysia” dan “Sarawak Untuk Malaysia” itu yang harus dipupuk sebagai rakyat Malaysia.  

Thursday 14 September 2017

HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 2017


TANGGAL 16 September 1963 menjadi saksi bahawa Sabah, Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura seiring kata menongkah bicara untuk membentuk sebuah negara persekutuan bergelar Malaysia.  54 tahun berlalu, rakan sejajar hanya tinggal bertiga namun tiada yang boleh merobohkannya selagi kita bersatu teguh di bawah satu panji yang dinamakan Jalur Gemilang.  

Selamat Menyambut Hari Malaysia, 16 September.

#HariMalaysia
#NegarakuSehatiSejiwa 

AKIBAT 1MDB KITA TERGADAI KE TANGAN AMERIKA?


Hari Malaysia 16 September tahun ini nampaknya bakal disambut dengan persoalan adakah negara kita telah tergadai ke tangan Amerika akibat 1MDB? Pertemuan antara Perdana Menteri Najib Razak dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah menjadikan persoalan ini semakin kencang bertiup. Jika sebelum ini 1MDB didakwa menjadi punca terlepasnya aset dan tanah negara ke tangan China, kini Amerika telah dilihat sebagai penerima manfaat daripada kemelut politik dalaman negara ini. Berikut analisis perkara yang perlu diberi perhatian:
1) Ekonomi Amerika Syarikat sebenarnya tidak memerlukan pakej bantuan Malaysia untuk mengukuhkan ekonomi mereka. Sama ada pelaburan dari Khazanah, KWSP, mahupun dari MAB sekali pun, kesemua ini tidak memberi impak besar kepada ekonomi Amerika yang KDNK-nya hampir 60 kali ganda lebih besar berbanding Malaysia. Sebaliknya, Malaysia sebagai sebuah negara kecil yang sentiasa terdedah dengan pelbagai ancaman politik, ekonomi, mahu pun keselamatan yang lebih memerlukan Amerika Syarikat. Bagaimana isu 1MDB mempunyai kaitan dalam keadaan ini? Latar belakang hubungan ekonomi, politik, dan geopolitik Malaysia-Amerika perlu difahami dahulu.
2) Dari segi politik umum mengetahui bahawa pihak Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika telah giat menyiasat pelbagai tuduhan ke atas syarikat 1MDB. Hal ini dilihat boleh menggugat kestabilan politik dan pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional pimpinan PM Najib kerana dituduh ‘menggelapkan’ wang milik rakyat Malaysia. Selain tuduhan wang tersebut disalurkan ke akaun peribadi PM Najib, Syarikat Aabar-BVI yang dikawal individu bernama Low Taek Jho (Jho Low) dituduh ‘menggelapkan’ wang 1MDB tersebut dengan membeli pelbagai aset seperti hartanah, lukisan, jet peribadi, hinggalah ke penerbitan filem anak tiri PM Najib. Maka beberapa aset yang ‘berkait’ dengan 1MDB telah disita DoJ di luar negara serta siasatan pelbagai akaun di beberapa negara.
3) Perlu diketahui bahawa DoJ yang menyiasat kes ini dijangka bakal mendapat satu perempat daripada keseluruhan nilai aset 1MDB yang disita itu sekiranya kes ini terbukti benar. Meskipun pelbagai penafian telah dibuat oleh Peguam Negara, Bank Negara, serta SPRM, namun kesan politik terhadap kerajaan Barisan Nasional terutamanya dalam pilihan raya yang akan datang akibat persepsi siasatan DoJ ini dijangka agak besar. Apatah lagi dengan kebimbangan pendanaan dari Amerika yang sering didakwa BN membantu kempen dan aktiviti mesra pembangkang seperti dari National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Foundation (OSF), maka langkah ‘pencegahan’ perlu dilakukan.
4) Amerika Syarikat juga ialah pelabur yang kedua terbesar di Malaysia. Malah nilai dagangan Malaysia dengan Amerika menunjukan kelebihan yang ketara buat eksport kita ke Amerika berbanding import dari Amerika ke negara kita. Maka apabila Presiden Trump menyebut bahawa defisit iaitu jurang dagangan Amerika perlu diberi perhatian, keadaan ini memberi tekanan kepada Malaysia. Sesuatu perlu dilakukan untuk ‘mencegah’ pentadbiran Trump daripada mengurangkan pelaburan di Malaysia mahupun mengurangkan eksport Malaysia ke Amerika seperti getah, komponen elektrik dan elektronik, bahan kimia serta tekstil dan produk-produk lain yang memberi pulangan besar kepada negara.
5) Dari segi geopolitik pula China telah memperoleh pelbagai manfaat apabila pihak DoJ Amerika mula menyiasat dan menyita aset yang berkait dengan 1MDB secara terbuka. PM Najib telah ke Beijing dan memeterai pelbagai MoU mega dengan China seperti ECRL, pembelian empat Littoral Mission Ship (LMS) untuk TLDM, dan pelbagai projek hartanah, serta pelabuhan seperti di Kuantan dan Melaka di Malaysia. China yang sememangnya memiliki modal yang besar juga telah berhasil memperoleh bidaan membeli aset 1MDB seperti Edra Energy kerana terpaksa menjual aset untuk membayar hutang (pelan rasionalisasi) di samping syarikat seperti Geely yang memperoleh 49.9 peratus saham Proton. Maka mungkin didorong faktor ingin menghapuskan imej ‘Malaysia tunduk kepada China’, maka pentadbiran PM Najib memilih untuk mengimbanginya dengan lawatan ke Amerika Syarikat.
6) Hakikatnya, Kuasa China memang perlu untuk diimbangi terutama sekali di Laut China Selatan. Hasil pertemuan Najib-Trump ini, perlu diperhatikan bahawa dalam Kenyataan Bersama Kerjasama Komprehensif antara Amerika Syarikat dengan Malaysia bertarikh 13 September 2017, dinyatakan secara jelas: “They further called on all disputing parties to exercise self-restraint in the conduct of activities and refrain from action that erodes trust and confidence, and escalates tension, including the militarization of outposts”. China sememangnya diketahui aktif membina kelengkapan ketenteraan di pulau-pulau buatan mereka yang menjadi pertikaian di sekitar Kepulauan Spratly. Kapal-kapal milik China juga kerap menceroboh Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia.
7) Susulan itu, meskipun pengumuman bahawa hubungan ketenteraan Malaysia-Amerika akan dieratkan, namun dari perspektif pertahanan negara, pihak kerajaan perlu mempertimbangkan secara serius keperluan untuk mendapatkan pesawat pejuang pelbagai fungsi (MRCA) negara. Amerika Syarikat turut menghasilkan MRCA seperti Boeing F/A-18 Super Hornet yang menjadi pemerhatian di tanah air. Isu MRCA ini telah berlanjutan sejak LIMA 2015 hingga LIMA 2017 lagi. Apa pun tindakan Malaysia merancang untuk membeli aset ketenteraan Amerika yang bernilai USD60 juta sedikit-sebanyak mengimbangi pengaruh China yang semakin kuat.
8) Antara isu ekonomi yang menjadi perhatian ialah pembelian 25 pesawat Boeing 737 serta lapan 787 Dreamliners untuk Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang dijangka keseluruhannya bernilai USD10 bilion dalam tempoh lima tahun. Meskipun CEO MAB iaitu Peter Bellew pada Jun tahun ini pernah menyatakan hasrat untuk mengurangkan beberapa laluan antaranya ke Australia dan New Zealand, namun pembelian ini sesuai dengan keadaan MAB yang kini berada dalam keadaan pemulihan yang baik seperti dibuktikan peningkatan lapan peratus dalam suku kedua tahun ini. Sememangnya dijangkakan bahawa pembelian ini akan turut memberi manfaat strategik kepada MAB dan bukannya menguntungkan Amerika atau Boeing semata-mata. Berkenaan isu Khazanah pula, sebenarnya Malaysia hanya meningkatkan pelaburannya yang sedia ada pejabat di Lembah Silikon, California. Visinya adalah agar akan ada syarikat berteknologi tinggi di sana yang akan menjadi milik Malaysia kelak. Meski pun mencabar namun visi ini adalah strategik untuk kepentingan negara dan dianggap wajar. Berkenaan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula, pada masa ini KWSP juga sudah pun melabur sebanyak USD7 bilion di Amerika. Maka apa yang baru hanyalah penambahan pelaburan sebanyak USD3 bilion hingga USD4 bilion lagi.
9) Tiada siapa mampu menafikan keperkasaan Amerika sebagai satu-satunya kuasa yang mampu untuk mengimbangi kehadiran China di rantau Pasifik. Namun isu 1MDB telah sedikit-sebanyak mempengaruhi persepsi umum terhadap tawaran PM Najib dalam hubungan Malaysia-Amerika, seperti mana juga tawaran beliau dalam hubungan Malaysia-China. Jika China berjasa dalam pelan rasionalisasi 1MDB, adakah Amerika pula akan berjasa dalam membantu Malaysia mengimbangi China dalam jangka masa panjang? Ataukah Amerika akan menekan Malaysia dengan kes tuduhan terhadap 1MDB? Setidak-tidaknya, urusniaga yang dimeterai di Washington ini telah meredakan seketika persoalan-persoalan ini.
Selamat Hari Malaysia.

Oleh: Abdul Muein Abadi

Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Copy & Paste dari laman Fb Abdul Muein Abadi 

Wednesday 13 September 2017

PENCARIAN MODEL LOKOMOTIF SARAWAK BERMULA


IDEA untuk Sarawak oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari sejak beliau memegang tampuk pemerintahan Sarawak seringkali dipandang sinis oleh sesetengah pihak.  Namun itu semua tidak pernah dijadikan alasan oleh kepimpinan Kerajaan Negeri Sarawak untuk merealisasikan cita-cita ini.  
Setelah mengwar-warkan peruntukan serta strategi ke arah menjadikan keretapi itu sesuatu yang akan menjadi pemangkin kepada perhubungan darat di Sarawak, KM Abang Jo semalam menyatakan bahawa pada penghujung bulan ini satu delegasi Sarawak akan berkunjung ke Eropah untuk mencari model-model lokomotif yang bersesuaian.  
Umum mengetahui bahawa industri lokomotif di Eropah adalah antara yang terbaik setakat ini malah mereka cukup maju dengan pelbagai jenis lokomotif yang dikeluarkan. Berkunjung ke tempat yang sememangnya gah dengan lokomotif berteknologi tinggi juga akan membawa seribu manafaat untuk Sarawak memberikan keputusan yang terbaik untuk kesenangan rakyat kelak.  

Sunday 10 September 2017

KES SUMBANG MAHRAM DI SARAWAK TAHAP KRITIKAL



LAGI tiga bulan kita akan menamatkan tahun 2017 dan di sepanjang tahun ini bukan sedikit kita disajikan dengan berita yang begitu menjengkelkan iaitu kes sumbang mahram yang berlaku di Sarawak.  Mungkin ramai berkata hal ini sudah ada di mana-mana sekarang dan terjadi kepada pelbagai peringkat umur dan bangsa di Malaysia. Masalahnya sekarang, selepas satu kejadian demi kejadian yang terbongkar sumbang mahram yang berlaku di Sarawak lebih-lebih lagi di sekarang kebanyakannya di kawasan luar bandar mahupun pedalaman sememangnya sesuatu yang begitu memedihkan untuk kita semua telan.  

Seorang datuk merogol cucu, ayah merogol serta meliwat anak kandung, anak saudara diratah oleh ayah-ayah saudara sendiri bergilir-gilir begitulah antara yang berlaku di Sarawak sekarang.  Dan lebih menyesakkan mangsa-mangsanya adalah kanak-kanak perempuan yang dibawah umur sehingga ada yang baru sahaja berusia tujuh tahun.  Dan ada satu kes sumbang mahram baru-baru ini pula melibatkan kejadian berulang yang mana seorang datuk yang sudah dijatuhi hukuman serta disebat melakukan lagi pada seorang cucu yang lain.

Kita marah, kita kecewa atas apa yang berlaku sekarang tetapi sampai bila kita hanya mampu meluahkan sahaja.  Sesuatu harus dilakukan dengan segera baik daripada pihak Kerajaan, NGO, pemimpin masyarakat mahupun golongan agamaan serta komuniti itu sendiri.  Segala hukuman berat yang bersabit dengan kesalahan ini masih lagi dianggap “ringan” oleh si pembuat onar.  Nafsu syaitan lebih mendominasi jiwa dan otak mereka.  Ternyata sekali segala program kesedaran yang diimplimentasikan sekarang sudah gagal sama sekali dan satu formula baru harus dirangka bagi menangatanganinya.

Yang pasti kejadian sumbang mahram ini hanya sebahagian dari episod ngeri yang berjaya dibongkar sedangkan kita sendiri begitu pasti bahawa ada banyak lagi yang tidak berani didendangkan.  Samada malu atau takut itulah antara penyebabnya sehingga hal yang begitu serius ini dirahsiakan.

Usah berbangga menjadi orang Sarawak yang terkenal dengan toleransi kaum dan agama jika kita masih butakan mata, pekakkan telinga serta bisu berbicara dan hanya menganggap ini kes-kes terpencil sahaja.  Kita terlalu sibuk dengan dengan politiking itu ini, kos sarahidup dan pembangunan sebagai sebuah negeri maju sehingga kita lupa nilai jati diri kita sebagai manusia untuk menjaga pewaris masa hadapan negeri Sarawak.

Saturday 9 September 2017

PELARIAN ROHINGYA DI SARAWAK


PELARIAN ROHINGYA DI SARAWAK
- Bukan Isu Agama Tetapi Kemanusian

KECOH dunia media sosial apabila ada yang bertikam lidah dengan usaha Kerajaan Malaysia untuk memberikan perlindungan ke atas pelarian Rohingya sekarang.  Dan turut dinyatakan bahawa ada sejumlah kecil yang akan ditempatkan di Sarawak bagi memberi ruang perlindungan untuk mereka.  

Jika kita menjejaki sejarah lama mengenai pelarian perang yang memohon suaka politik di Sarawak bukanlah perkara baru.  Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa sekitar tahun 1970an bukan sedikit pelarian dari negara Vietnam yang Sarawak terima untuk berlindung di Sarawak.  Kawasan seperti di Muara Tebas mahupun Demak adalah antara kawasan penempatan mereka yang mana mempunyai segala infrastruktur serta dikawalselia oleh anggota keselamatan kita.  Cukup masa setelah perang di negara mereka reda akhirnya mereka dihantar pulang atau ke negara dunia ketiga yang menerima mereka.  

Dan apakah kita lupa bagaimana kita menerima pelarian Bosnia suatu waktu dahulu.  Kesemua orang Sarawak menerima mungkin kerana terpesona dengan kecantikan ala-ala minah salleh sehingga ada yang berkahwin campur dengan mereka.  Dan seperti ceritera pelarian Vietnam akhirnya mereka juga turut dihantar pulang ke negara mereka sendiri.  

Jadi, sebenarnya apakah isu yang cuba untuk dimainkan di dalam hal ini.  Bukannya pelarian Rohingya yang ditempatkan di Sarawak kelak hendak mengislamkan kita semua yang sememangnya terkenal dengan budi pekerti yang tinggi dan bertoleransi kaum dan agama.  Sudah hilangkah dasar kemanusiaan kita melihat ada manusia yang lebih-lebih lagi dari negara jiran tetangga yang juga ada di dalam ASEAN itu sedang bergolak sekarang.  

Isunya bukan kerana mereka Islam sebaliknya kerana mereka manusia dan orang Sarawak juga manusia.

Thursday 7 September 2017

PELABUHAN KUCHING DAN “MALAYSIA-CHINA PORT ALLIANCE”


DAHULU hanya enam sahaja pelabuhan di Malaysia yang tersenarai untuk menjalin usahasama antara 12 pelabuhan di Negara China.  Dan baru-baru ini atas keperluan mendesak dan bagi memangkin pertumbuhan ekonomi antara Malaysia dan China, Pelabuhan Kuching, Sepanggar dan Kemaman terpilih untuk menganggotainya.  
Bagi memberi ruang yang lebih besar maka banyak kerja-kerja seerti pembesaran dan mendalamkan pelabuhan akan dilakukan ke atas Pelabuhan Kuching.  Untuk itu, semalam Dato Sri Liow Tiong Lai yang juga merupakan Menteri Pengangkutan Malaysia telah membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg di pejabatnya.  
Serentak dengan lawatan kerja itu, beliau turut memberi perkhabaran gembira dengan Kerajaan Pusat bersetuju untuk memberikan peruntukan sebanyak RM400 juta untuk kerja-kerja penambahbaikan Pelabuhan Kuching yang akan dijalankan kelak.  

Wednesday 6 September 2017

MURID DARJAH 1 DIROGOL DATUK DAN BAPA SAUDARA



SETIAP kali menerima perkhabaran kes rogol sudah tentu meruap-ruap kemarahan kita. Lagi-lagi apabila kita mengetahui bahawa si perogol pula terdiri daripada keluarga mangsa sendiri.  Entah dimana rasa perikemanusiaan sehingga sanggup berkelakuan lebih daripada iblis.  

Semalam, kita dikejutkan dengan satu lagi kisah rogol yang dikatakan sudah berlangsung sejak dari tahun 2016 lagi dan perogolnya pula adalah datuk dan bapa saudara kepada mangsa sendiri. Dilaporkan kanak-kanak perempuan yang berusia tujuh tahun dan pelajar darjah 1 di sebuah sekolah di Mukah telah menceritakan kepada ibu kandungnya tentang peristiwa hitam yang menimpa dirinya.  Atas laporan daripada ibu mangsa itu juga, pihak PDRM telah bertindak memberkas bapa saudara mangsa yang berusia 25 tahun di tempat beliau bekerja iaitu di sebuah perusahaan kayu di Durin.  

Manakala datuk mangsa yang pula diberkas di sebuah rumah panjang di Sungai Durin.  Difahamkan berdasarkan kepada rekod lampau, datuk mangsa ini pernah dipenjara selama 12 tahun dengan lima kali sebatan kerana kesalahan merogol kakak kandung mangsa sekitar tahun 2008.  Beliau baru sahaja dibebaskan pada tahun 2016.  

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan sumbang mahram.