Thursday, 28 September 2017

PENGORBANAN JURURAWAT “HOME NURSING”






JIKA kita menyingkap memori lama mesti di kotak minda akan terbayang kelibat jururawat yang datang bertandang ke rumah kita jika ada keluarga yang sedang melahirkan bayi.  Merekalah yang digelar jururawat desa yang sentiasa setia singgah menjalankan tugas mereka dari rumah ke rumah sekiranya diperlukan iaitu yang dipanggil “home nursing”. Dahulu mereka kadang-kadang berjalan kaki dan tidak kurang juga yang berbasikal membawa segala peralatan perubatan yang ada.

Sesuai dengan peredaran zaman, tiada lagi basikal yang digunakan tetapi lebih kepada kenderaan persendirian untuk ke destinasi “home nursing”.  Kadang-kadang kenderaan pula tidak dapat mampir sehingga ke tangga rumah pesakit jadi terpaksalah diparkir jauh sedikit sehingga menyebabkan kadangkala ianya terdedah kepada kes kecurian dan sebagainya.  

Begitulah yang terjadi kepada seorang jururawat malang yang terpaksa menelan segalanya apabila kenderaan peribadi milik beliau telah dipecahkan oleh pencuri durjana semalam ketika beliau sedang melakukan tugas-tugas “home nursing” di Kampung Sungai Lumut tidak jauh daripada Kampung Buntal, Kuching.  
Mungkin bagi sesetengah dogma pemikiran masyarakat itu kerja mereka, jadi apalah pilihan yang ada.  Namun hakikatnya pihak yang berwajib perlu mengambil satu titik pro aktif bagi menangani permasalah ini daripada berulang. Faktor keselamatan dan kebajikan jururawat “home nursing” juga perlu diambil tahu.  Dulu-dulu manusia tidak seberani sekarang. 

No comments:

Post a Comment