Sunday 17 September 2017

SLOGAN S4S DAN SABAH FOR SABAHAN TIDAK PERLU


HARI Malaysia baharu sahaja kita raikan beberapa hari yang lepas dengan sambutan untuk 16 September 2017 diadakan secara gilang gemilang di Kota Kinabalu, Sabah. Ramai menteri kabinet baik dari pihak Persekutuan turut hadir dengan delegasinya diwakili oleh PM Malaysia berserta isteri.  Untuk Sarawak pula diwakili oleh Speaker DUN Sarawak iaitu Datuk Amar Awang Asfia bin Awang Nasar berserta beberapa orang menteri kabinet Sarawak turut berada di Sabah.  

Ketika ucaptamar di perayaan Hari Malaysia itu, PM Malaysia iaitu Datuk Seri Najib turut menyatakan bahawa segala hak-hak Sarawak dan Sabah akan terus dijaga. Menurut beliau jawatankuasa penurunan kuasa sedang rancak membuat apa yang perlu bagi merealisasikan segala permintaan Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub di dalam perjanjian dapat diadakan secepat mungkin.  

Dalam pada itu beliau turut menyatakan segala slogan yang selama ini berkumandang di negeri Sabah dan Sarawak seperti Sarawak For Sarawakian dan Sabah For Sabahan adalah tidak perlu sama sekali.  Ini kerana selama ini segala mesyuwarah antara Persekutuan, Sarawak dan Sabah dilakukan bagai satu keluarga besar.  Semangat “Sabah Untuk Malaysia” dan “Sarawak Untuk Malaysia” itu yang harus dipupuk sebagai rakyat Malaysia.  

No comments:

Post a Comment