IDEA untuk Sarawak oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari sejak beliau memegang tampuk pemerintahan Sarawak seringkali dipandang sinis oleh sesetengah pihak. Namun itu semua tidak pernah dijadikan alasan oleh kepimpinan Kerajaan Negeri Sarawak untuk merealisasikan cita-cita ini.
Setelah mengwar-warkan peruntukan serta strategi ke arah menjadikan keretapi itu sesuatu yang akan menjadi pemangkin kepada perhubungan darat di Sarawak, KM Abang Jo semalam menyatakan bahawa pada penghujung bulan ini satu delegasi Sarawak akan berkunjung ke Eropah untuk mencari model-model lokomotif yang bersesuaian.
Umum mengetahui bahawa industri lokomotif di Eropah adalah antara yang terbaik setakat ini malah mereka cukup maju dengan pelbagai jenis lokomotif yang dikeluarkan. Berkunjung ke tempat yang sememangnya gah dengan lokomotif berteknologi tinggi juga akan membawa seribu manafaat untuk Sarawak memberikan keputusan yang terbaik untuk kesenangan rakyat kelak.
No comments:
Post a Comment