Saturday 23 September 2017

MP AMPANG DIHALANG MASUK SARAWAK


NIAT beliau untuk menghadiri majlis makan malam Parti Keadilan yang bertempat di Eastwood Valley.  Namun sesampai sahaja di pintu masuk Lapangan Terbang Miri, beliau telah diarahkan untuk pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan seterusnya.  
Begitulah yang berlaku ke atas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat iaitu Puan Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang, semalam.  Ini bukanlah kali pertama beliau dihalang daripada memasuki Sarawak malah diketika Sarawak dibawah pimpinan Allahyarham Pehin Sri Datuk Patinggi Adenan bin Satem, beliau tetap menerima nasib yang sama.  
Sarawak dan Sabah sebagai pembentuk Persekutuan Malaysia mempunyai kuasa autonomi Imigresen yang masih digunapakai bagi menghalang sesiapa sahaja yang boleh membawa kepada ancaman keselamatan dan ketenteraman.  Senarai yang nama yang disenaraihitamkan akan dikemaskini mengikut keperluan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dibawah Setiausaha Kerajaan Negeri. 

No comments:

Post a Comment