Wednesday 6 September 2017

MURID DARJAH 1 DIROGOL DATUK DAN BAPA SAUDARA



SETIAP kali menerima perkhabaran kes rogol sudah tentu meruap-ruap kemarahan kita. Lagi-lagi apabila kita mengetahui bahawa si perogol pula terdiri daripada keluarga mangsa sendiri.  Entah dimana rasa perikemanusiaan sehingga sanggup berkelakuan lebih daripada iblis.  

Semalam, kita dikejutkan dengan satu lagi kisah rogol yang dikatakan sudah berlangsung sejak dari tahun 2016 lagi dan perogolnya pula adalah datuk dan bapa saudara kepada mangsa sendiri. Dilaporkan kanak-kanak perempuan yang berusia tujuh tahun dan pelajar darjah 1 di sebuah sekolah di Mukah telah menceritakan kepada ibu kandungnya tentang peristiwa hitam yang menimpa dirinya.  Atas laporan daripada ibu mangsa itu juga, pihak PDRM telah bertindak memberkas bapa saudara mangsa yang berusia 25 tahun di tempat beliau bekerja iaitu di sebuah perusahaan kayu di Durin.  

Manakala datuk mangsa yang pula diberkas di sebuah rumah panjang di Sungai Durin.  Difahamkan berdasarkan kepada rekod lampau, datuk mangsa ini pernah dipenjara selama 12 tahun dengan lima kali sebatan kerana kesalahan merogol kakak kandung mangsa sekitar tahun 2008.  Beliau baru sahaja dibebaskan pada tahun 2016.  

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan sumbang mahram. 

No comments:

Post a Comment