Friday 31 January 2020

SIAPA ZAINAL UNTUK MENGAJAR SARAWAK APA PERLU DIBUAT? -DS WJ-


“PERANGAI padi, semakin berisi semakin menunduk, bukan seperti lalang” begitulah peribahasa yang diluahkan oleh Dato Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Ahli Parlimen Santubong menempelak Zainah Ajamain iaitu Penasihat MA63 Sabah yang cuba mengajar wakil Sarawak untuk bersama-sama menyetujui Artikel 1(2) yang mungkin akan dibawa ke Parlimen tidak lama lagi.  Selain itu DSWJ turut menyatakan tohmahan Zainal Ajamain menerusi video youtube yang menyatakan bahawa beliau hanya berminat mengenai Perbentukan Malaysia pada tahun 2016 adalah bidaah sama sekali.  Ini kerana beliau sudahpun menulis dokumen yang bertajuk “Evolusi Parlimen dan Speaker Parlimen” sejak di tahun 2008 lagi.  

Jika mengimbau keputusan Sarawak pada masa pembentangan pindaan RUU pada April 2019 adalah kerana wakil-wakil Sarawak sudahpun diberikan penerangan yang mencukupi di dalam pemahaman mereka mengenai pindaan RRU yang cuba untuk dibentang.  Dan mereka percaya apa yang cuba dipinda hanyalah begitu sahaja tanpa memperjelaskan maksud sebenar “rakan kongsi” seperti yang dijanjikan.  

Tambah DSWJ, Zainal cuba untuk menggambarkan dirinya sebagai “pakar” MA63 dan cuba untuk mengajar Sarawak apa yang perlu dilakukan sedangkan hakikatnya Sarawak sendiri mempunyai pakar dan pandangan mereka sendiri yang tidak pernah kurang dengan ilmu pemahaman mengenai MA63.  Zainal tiada kapasiti di Sarawak untuk berbuat sedemikian.  


Pautan berita penuh:

BAWA PULANG RAKYAT MALAYSIA DARI WUHAN GUNA PESAWAT KOMERSIAL BUKAN TENTERA


ANDAINYA dibenarkan sememangnya Kementerian Pertahanan Malaysia telah bersetuju untuk menghantar pesawat tentera bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Wuhan kerana itu lebih praktikal.  Namun pihak Kerajaan China tidak membenarkan itu berlaku dan mereka hanya mahukan Malaysia menghantar pesawat komersial sahaja ke sana.  

Menurut Menteri Luar Malaysia iaitu Dato’ Saifuddin Abdullah menyatakan hal tersebut di dalam sidang medianya di Kuantan, Pahang pagi ini.  Menurut beliau phak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bertanggungjawab untuk memilih jenis pesawat komersial yang akan digunakan dan NADMA sudahpun bersiap sedia.  Malaysia turut akan membawa pegawai perubatan dari Malaysia beserta dengan bantuan barangan sarung tangan serta topeng muka buat penduduk di Wuhan.  

Turut dimaklum ada 115 orang rakyat Malaysia di Hubei manakala 80 orang di Wuhan. Kesemua mereka akan menjalani proses saringan kesihatan di China terlebih dahulu dan kemudiannya akan sekali lagi diperiksa apabila tiba di Malaysia sebelum melalui proses kuarantin.  

Setakat ini Kerajaan China telah memberikan kerjasama yang baik di dalam hasrat Kerajaan Malaysia membawa rakyatnya “keluar” dari Wuhan unruk kembali ke tanahair.  

Pautan berita penuh:


Untuk rekod, negara Jepun dan beberapa buah negara lain sudahpun membawa pulang rakyat mereka secara berperingkat dari Wuhan.  Kita amatlah berharap agar proses untuk membawa pulang rakyat Malaysia ini termasuklah anak Sarawak dari Bintulu iaitu Ivan Yeo kembali ke tanahair seberapa segera yang boleh.

Semoga segalanya dipermudahkan.  

Thursday 30 January 2020

WHO UMUM CORONA VIRUS DARURAT KESIHATAN GLOBAL


KETUA Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu Tedros Adhanom Ghebreyesus semalam mengumumkan bahawa corona virus sebagai DARURAT KESIHATAN SEDUNIA.  Di dalam sidang akhbar di Geneva, beliau mengatakan apa yang menjadi kebimbangan WHO adalah bertitiktolak daripada perkembangan semasa menyaksikan bukan sahaja di China yang mengalaminya sebaliknya lebih 7,800 kes di kesan di peringkat global.  WHO amat membimbangi yang virus ini akan merebak ke negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah.  

Pautan berita penuh:


SARAWAK LAKSANA SEKATAN KEMASUKAN PELAJAR WARGA CHINA BERKUATKUASA SERTA MERTA


BAGI membendung penularan wabak korona virus, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Amar Douglas Unggah Embas telah mengeluarkan arahan terbaru iaitu SEKATAN KEMASUKAN untuk kesemua PELAJAR WARGANEGARA CHINA yang belajar di Sarawak berkuatkuasa SERTA MERTA.

Selain itu JBNS turut menasihati mana-mana pelajar yang pernah ke China terutama sekali Wuhan dan Hubei semasa wabak itu merebak dan sudah kembali ke Sarawak untuk segera melakukan kuarantin diri sendiri.  Dan ini juga tertakluk kepada warga kerja di Sarawak yang mana pihak majikan mereka harus bertanggungjawab memastikan pekerja mereka dikuarantinkan.  Tempohmasa kuarantin adalah selama 14 hari.  

Pautan berita penuh:


Kredit gambar: Borneo Post 

Wednesday 29 January 2020

“ASALKAN PULANG WALAU TINGGAL DI HOSPITAL” -IVAN YEO


TATKALA Kerajaan Malaysia membuat keputusan untuk membawa pulang 78 rakyat Malaysia yang terkandas di Wuhan ianya memberikan sedikit kelegaan buat kita semua apatahlagi kaum keluarga yang terlibat kerana siapalah yang tidak bimbang akan situasi yang berlaku di Wuhan sekarang.  Dari sebuah bandar yang sentiasa sibuk dengan aktiviti manusia akhirnya boleh diibaratkan seperti pekan zombie yang hanya pernah kita saksikan di dalam filem.  

Dalam pada itu kita amat bersyukur kerana 78 rakyat Malaysia di Wuhan masih dalam keadaan yang sihat jauh daripada apa yang dihadapi oleh ramai warga tempatan Wuhan itu sendiri.  Kebajikan mereka sentiasa dijaga oleh pihak kedutaan Malaysia disana yang sentiasa berhubung akan status anak Malaysia di Wuhan yang kebanyakannya adalah mereka yang masih belajar di universiti atau kolej mahupun golongan professional yang membawa sekali keluarga mereka tinggal di Wuhan.  

Hasil daripada inisiatif pihak Astro Awani telah mampu menjejak seorang anak kelahiran Bintulu, Sarawak iaitu Ivan Yeo Zhi Yi, bekas penuntut SM Guang Ming yang sekarang menuntut di Universiti Geosience China di Wuhan.  Kita sendiri boleh bayangkan kepayahan 78 orang saudara senegara kita disana dan begitulah juga Ivan yang dikatakan walau ada perintah larangan terpaksa meredah kawasan berbahaya semata-mata untuk membeli stok mi segera kerana bekalan makanan sudah habis.  

Rakaman perbualan Ivan Yeo dan Astro Awani ada di dalam pautan ini:

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sanggup-dikuarantin-asalkan-di-tanah-air-sendiri-ini-rayuan-anak-malaysia-di-wuhan-229336

Di akhir video ada sesuatu yang menyentuh hati apabila Ivan berkata beliau sanggup tinggal dan dikuarantin di hospital seberapa yang dimahukan asalkan pulang ke tanahair begitu memberi makna yang mendalam umpama kata bidalan lama hujan emas di negari orang, hujan batu di negari sendiri lebih baik negeri sendiri.  

Bersama-samalah kita mendoakan agar dipermudahkan segala hal mengenai kepulangan mereka ke tanahair.  Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.  Buatlah apa sahaja yang Kerajaan Malaysia perlu lakukan asalkan mereka dapat dibawa pulang.  

LEAVE NO MALAYSIAN BEHIND! 

Nota: Gambar Bandar Wuhan yang dikirimkan oleh Ivan Yeo kepada Astro Awani

SARAWAK BELI KIT UJIAN DARAH


KITA almaklum bahawa setiap ujian darah bagi suspek corona virus di Sarawak harus dihantar ke IMR di Kuala Lumpur yang mengambil masa sekurang-kurangnya 48 jam untuk mengetahui keputusannya.  Demi untuk mempercepatkan tempohmasa menanti keputusan maka Kerajaan Sarawak telah membeli peralatan kit ujian darah sendiri.  Ianya akan digunakan oleh kakitangan hospital bagi melakukan ujian darah di Sarawak sendiri secara serta merta terhadap yang disyaki yang mana keputusannya boleh diketahui sekitar 12 jam sahaja.  Difahamkan peralatan kit ujian darah ini akan diterima di dalam satu ke dua minggu dari sekarang.  

Selain itu, Sarawak yang memperketatkan semua pintu masuknya turut membeli yang baharu dua lagi kamera pengimbas suhu badan yang akan diletakkan di Lapangan Terbang Bintulu dan Sibu.

Pautan berita penuh:


Antara langkah pro-aktif Kerajaan Sarawak yang wajar kita sokong bagi membendung penularan virus ini. Nyawa rakyat Sarawak lebih berharga dari segalanya.

Tuesday 28 January 2020

PERTAMBAHAN DUA LAGI KES DISYAKI CORONA VIRUS DI SARAWAK


HARI ini, Timbalan Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Amar Douglas Unggah Embas di dalam sidang medianya mengwar-warkan ada pertambahan baru iaitu DUA di dalam kes mereka yang DISYAKI corona virus yang menjadikan jumlah kumulatif yang disyaki di Sarawak adalah LAPAN (setakat 28 Januari 2020).  

Daripada lapan kes tersebut, enam adalah negatif dan dua lagi masih menunggu keputusan ujian makmal.  Jumlah mereka yang disyaki mengikut bahagian adalah lima kes di Kuching dan masing-masing satu kes di Sibu, Miri dan Bintulu.  

Pautan berita penuh:

https://www.utusanborneo.com.my/2020/01/29/koronavirus-dua-kes-disyaki-di-sarawak-masih-tunggu-keputusan?fbclid=IwAR1t47wx6bDQ2GoFvjsVBw6WmIy_SrNqGAJoogbbkhc3PBcX9AzWbFNZGAk

Gambar: Ehsan Borneo Post

SEBAR BERITA PALSU CORONA VIRUS SEORANG DITAHAN



KENYATAAN MEDIA

SEORANG individu ditahan bagi membantu siasatan dek kerana menyebarkan berita palsu wabak novel corona virus (2019-nCov).

3 LAGI DISAHKAN POSITIF DI MALAYSIA


ANGKA pesakit yang positif corona virus di Malaysia terus naik pada hari ini apabila ada lagi TIGA kes penambahan.  

Tiga lagi kes disahkan positif novel coronavirus di negara ini adalah:

1. Pelancong warga China yang melancong bersama keluarga di Langkawi berusia 4 tahun.
2. Lelaki warga China berusia 52 tahun di Johor Bahru.
3. Menantu perempuan kepada kes pertama di Singapura yang negatif pada awalnya dan sekarang positif.  

Pautan berita penuh:

https://kpkesihatan.com/2020/01/29/kenyataan-akhbar-kpk-29-januari-2020-situasi-terkini-jangkitan-2019-ncov-di-malaysia-dan-kesiapsiagaan-kkm-menghadapi-penularannya/

Ini menjadikan kumulatif pesakit yang positif corona virus di Malaysia adalah TUJUH kes kesemuanya (setakat 28 Januari 2020).

PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN SARAWAK PATUT BINA FASILITI DI LUAR HUS UNTUK KUARANTIN PESAKIT -DATO IDRIS BUANG-


PADEMIK corona virus yang melanda dunia semakin besar malah Kerajaan China telahpun menutup pintu untuk sebarang pergerakan rakyatnya dari Wuhan dan banyak kota-kota di China ke luar negara dan sebagainya.  Selepas Malaysia yang menggantung sementara kemudahan imigresen untuk warga Wuhan dan Hubei ke Malaysia dan mulai esok Singapura telah tidak menyekat kedatangan warga Wuhan ke Hubei.  

Ahli Parlimen Bandar Kuching iaitu YB Dr. Kelvin Yii pula berkata melalui penerangan daripada Menteri Kesihatan Malaysia adalah difahamkan kesemua kes kuarantin pesakit yang disyaki mempunyai simptom corona virus di Sarawak telah diarahkan untuk menggunakan fasiliti wad kuarantin di Hospital Umum Sarawak.  

Pautan berita penuh:


Bagi ADUN Muara Tuang yang juga Ketua Penerangan PBB yakni Dato Idris Buang pula berpendapat sudah tiba masanya Persekutuan dan Kerajaan Sarawak bersama-sama memikirkan untuk membina fasiliti mengkhusus bagi tujuan kuarantin ataupun merawat pesakit yang disyaki mahupun positif corona virus.  Tambah beliau lagi, fasiliti itu hendaklah berada jauh dari orang ramai tidak seperti di Hospital Umum Sarawak yang mempunyai ramai pesakit dan juga pelawat kerana merupakan pusat perubatan utama di Sarawak.  

Dengan membina fasiliti yang berjauhan maka dengan itu maka bolehlah ianya membendung orang ramai daripada terkena jangkitan kerana pihak Kerajaan China mahupun pakar perubatan sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa virus corona boleh merebak tanpa disedari.  Dengan meletakkan pusat kuarantin di HUS sudah tentu ianya akan mempunyai risiko yang tinggi kepada tahap kesihatan orangramai yang masih kurang kesedaran mengenai bahaya virus corona.  

Dato Idris turut mencadangkan pembinaan fasiliti itulah tidaklah seharusnya yang kekal iaitu memerlukan tempohmasa yang lama untuk membinanya sebaliknya berbentuk fasiliti kontena yang telah disteril, dibersihkan dan kedap udara yang mana ianya cepat dibina.  Malahan kontena-kontena itu boleh sahaja dimasukkan dengan peralatan dan apparatus perubatan yang diperlukan seperti di hospital-hospital.  

Beliau berpendapat inilah masanya untuk pihak kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri beserta pakar-pakar perubatan untuk lebih bersikap pro-aktif di dalam mengawal serta membendung situasi yang dihadapi sekarang.  

Jika diikutkan apa yang diutarakan oleh ADUN Muara Tuang ada juga logiknya kerana kita sendiri almaklum risiko meletakkan pesakit yang disyaki mahupun kuarantin di HUS lagi-lagi dalam skala yang besar.  Kerajaan China yang sudah tahu akan merbahayanya virus ini telah bertindak membina hospital yang khas semata-mata untuk virus corona dalam masa 10 hari. Sementara di Sarawak dihimpunkan bersama-sama pesakit-pesakit yang datangnya dari seluruh Sarawak iaitu di HUS.  Tidakkah itu membahayakan?   

SOLAT HAJAT SEMUA MASJID DI MALAYSIA TITAH AGONG


MELALUI kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Istana Negara hari ini menyampai titahkan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar semua masjid di seluruh negara Malaysia untuk mengadakan solat hajat bagi dan doa selamat memohon ihsan Allah S.W.T agar memelihara rakyat daripada sebarang penyakit yang tidak diingini.

Pautan berita penuh:


Monday 27 January 2020

UJIAN DARAH WARGA CHINA DI BINTULU NEGATIF CORONA VIRUS


KEPUTUSAN ujian makmal bagi sampel darah seorang suspek warganegara China di Bintulu, SARAWAK adalah NEGATIF corona virus.  Hal ini diwar-warkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, di dalam satu LIVE FB Astro tadi.  

Pautan live fb:

MALAYSIA TARIK BALIK SEMENTARA KEMUDAHAN IMIGRESEN WARGA CHINA DARI WUHAN DAN HUBEI


MELIHAT kepada situasi sekarang mengenai penularan korona virus, Kerajaan Malaysia telah menarik balik SEMENTARA semua kemudahan imigresen yang diberikan kepada rakyat China dari Wuhan dan juga Hubei serta kawasan sekitarnya.  Semua kemudahan imigresen itu adalah kemudahan tanpa visa (eENTRY), visa semasa ketibaan (VOA), e-visa dan visa manual.

Pautan berita penuh:

SARAWAK KUATKUASA DEKLARASI PERJALANAN DAN BEKU AMBIL PEKERJA DARI CHINA


BAGI membendung pademik yang sedang melanda dunia sekarang iaitu korona virus, Kerajaan Sarawak telah mengeluarkan arahan untuk setiap individu yang memasuki Sarawak sekarang membuat satu deklarasi perjalanan.  Deklarasi perjalanan ini adalah untuk mengetahui ke manakah lokasi mereka berada selama 14 hari sebelum memasuki Sarawak.  

Selain itu, Kerajaan Sarawak turut MEMBEKUKAN pengambilan pekerja warga China berkuatkuasa serta merta.  


Pautan berita penuh:

Sunday 26 January 2020

1 KES DI BINTULU MASIH MENUNGGU UJIAN MAKMAL


TULAR di media sosial dua hari ini konon-kononnya ada warga Sarawak yang telah positif Corona Virus di Bintulu.  Namun begitu hakikatnya cerita sebenar adalah warga Sarawak yang dimasukkan ke Hospital Bintulu itu masih lagi dibawah pemantauan (PUI) koronavirus. 

Menurut KKM, dua kes di Kuala Lumpur dan dua di Langkawi serta satu di Bintulu itu masih lagi menunggu keputusan sampel ujian darah di makmal.  Dalam pada itu KKM akan terus memantau situasi mereka secara mendekat.  

Pautan berita penuh:


Kita mengetahui situasi tegang yang dihadapi oleh orang awam sekarang namun begitu adalah dinasihatkan untuk hanya merujuk kepada sumber yang sudah disahihkan.  

KENYATAAN MEDIA JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA SARAWAK


KENYATAAN MEDIA Tindakan2 Bagi Menangani Wuhan Coronavirus dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak. 

KENYATAAN AKBAR KETUA PENGARAH KKM


Kenyataan akhbar oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi terkini Jangkitan Novel Coronavirus di Malaysia.  

Saturday 25 January 2020

TIADA PENGHARAMAN WARGA CHINA MASUK KE SARAWAK


Menteri Muda Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan Sarawak yakni Datuk Sebastian Ting setakat ini Sarawak belum lagi menguatkuasakan pengharaman kemasukan warga China ke Sarawak.  Walau bagaimanapun, Kerajaan Sarawak akan terus mengambil langkah berjaga-jaga dengan memperketatkan kawalan sempadan dan pintu masuk serta pengeluaran “visa on travel” (VOA) kepada warga China yang mendatangi Sarawak.  


Pautan berita penuh:

PELANCONG CHINA DITANGKAP DI SENAI LARI DARI KUARANTIN




BILAMANA satu pasangan pelancong China bersama dua anak mereka dikuarantin di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dek kerana anak mereka disyaki mempunyai gejala virus corona ini bukanlah boleh melegakan semua pihak.  Ini kerana besar kemungkinan mereka boleh melarikan diri pada bila-bila masa sahaja kerana siapa tidak kenal sikap mementingkan diri sendiri segelintir pelancong China yang kita selalu dengar.  Dan semalam menyaksikan apa yang kita tidak mahu dengar akhirnya berlaku jua.  

Bertindak daripada laporan polis yang dibuat oleh pihak di HSA membuatkan pihak PDRM mengadakan pencarian besar-besaran tanpa berlengah.  Akhirnya pasangan tersebut ditemui jua iaitu dikatakan cuba untuk menaiki penerbangan kembali ke Negara China menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor kira-kira jam 9.02 pm.  Pasangan tersebut telah dihantar ke HSA untuk tindakan lanjut dan dikuarantinkan.  

Pautan berita penuh:


Cuba fikirkan betapa ramai rakyat Malaysia khususnya di Johor yang terdedah dengan gejala ini dek kerana sikap bengkeng pasangan pelancong China itu.  Kita almaklum sudah tentu mereka tidak berjalan kaki untuk ke lapangan terbang.  Bagaimana dengan tahap keselamatan pemandu grab atau pemandu teksi bahkan rakyat yang tidak berdosa di dalam proses mereka melarikan diri.  Tidak dilupakan kakitangan di lapangan terbang mahupun pasukan polis yang terlibat di dalam episod “menangkap” mereka.

Ini adalah hanya salah satu bukti yang amat membimbangkan kita semua dan seharusnya Kerajaan Malaysia janganlah menunggu sehingga wabak virus ini menjangkiti rakyat dan sehingga ada yang kehilangan nyawa baharulah menggelabah mengambil tindakan.  Ramai yang mahu Kerajaan Malaysia menarik semula keistimewaan tanpa visa pelancong China dan HARAMKAN BUAT SEMENTARA mereka dari datang ke Malaysia.  Apalah makna Tahun Melawat Malaysia 2020 andaikata rakyat Malaysia sendiri di dalam keadaan tidak selesa dan terdedah kepada bahaya!!! 

SARAWAK AKTIFKAN SARINGAN KESIHATAN DI SEMUA PINTU MASUK


MENGAMBILKIRA tahap kesiapsiagaan bagi membendung penularan virus corona, Kerajaan Sarawak telah mengaktifkan semula saringan kesihatan di semua pintu masuk ke Sarawak.  Saringan kesihatan ini akan dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.  Biarpun jumlah pelancong warga China ke Sarawak tidak seramai Sabah namun begitu ianya tidak boleh dianggap enteng sebegitu sahaja.  

Pautan berita penuh:


Inilah yang ditunggu-tunggu oleh ramai warga Sarawak memandangkan wabak corona virus sekarang semakin mendekat. Langkah Kerajaan Sarawak ini adalah langkah ke hadapan kerana mengelak itu lebih baik daripada mengubati.  Untuk rekod Di Semenanjung Malaysia sudah empat kes (setakat ini) positif corona virus yang kesemuanya adalah pelancong warga China.   

Nota: Gambar menunjukkan saringan kesihatan di KKIA. Kredit Astro Awani.

Friday 24 January 2020

PERAYAAN DISAMBUT TANPA BATAS POLITIK DI SARAWAK


POLITIK itu politik namun jalinan ukhuwah sebagai rakyat Sarawak yang sentiasa menampilkan keharmonian dan toleransi yang terbaik sememangnya tiada siapa yang mampu memperkatakan.  

Hari ini perayaan Tahun Baru Cina didahulukan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dengan beberapa orang anggota Kabinet Sarawak mengunjungi rumah terbuka Pengerusi DAP Sarawak yang juga Ahli Parlimen Stampin merangkap Timbalan Menteri KPDNKK iaitu YB Chong Chieng Jen.  

Inilah Sarawak yang amat kita cintai.  

Kredit gambar: Missiah Taib

3 WARGA CHINA POSITIF CORONAVIRUS DI MALAYSIA


YANG paling kita sebagai rakyat Malaysia CUBA ELAKKAN namun inilah antara risiko yang harus kita tempohi apabila sesuatu epedemik melanda dunia.  Tiga orang pelancong warga China DISAHKAN POSITIF CORONAVIRUS di Malaysia.  Mereka telah dikuarantin di Hospital Sungai Buluh dan melalui ujian klinikal disahkan dijangkiti virus tersebut.

Berdasarkan rekod menunjukkan warga china ini adalah pelancong yang mengambil penerbangan dari Guangzhou ke Singapura pada tanggal 20 Januari 2020. Kesemua mereka adalah ahli keluarga kepada seorang lagi pelancong China yang ditahan dan positif virus corona di Singapura.   Tiga warga China ini masih lagi berada di Hospital Sungai Buluh untuk mendapat rawatan seterusnya.  

Pautan berita penuh:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/649836/tiga-pelancong-china-positif-coronovirus-2019-ncov-di-malaysia?fbclid=IwAR0jbzrs9bBD0LMB7uHxW8RK74QvLApBf7fu3xSY8DxGTbpffXiV2Or44Zw

Melihat perkembangan ini sudah tiba masanya Kerajaan Malaysia menarikbalik buat sementara waktu keistimewaan tanpa visa untuk pelancong warga China. Nyawa rakyat Malaysia harus didahulukan daripada kita berbicara Tahun Melawat Malaysia 2020.

DAP GUNA PERUNTUKAN KONSTITUSI UNTUK BERI ANGPAU??


PERUNTUKAN konstitusi yang diberikan kepada ADUN dan juga Ahli Parlimen di Malaysia adalah wang hasil daripada cukai yang dikenakan dan ianya diberikan untuk keperluan rakyat seperti menaiktaraf infrastruktur dan sebagainya.  Namun begitu baru-baru ini DAP ada memberikan “angpau” kepada 700 orang guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina.  

Presiden PDP iaitu Datuk Seri Tiong Kin Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu mempersoalkan kewajaran DAP berbuat sedemikian kerana peruntukan konstitusi adalah dari wang pembayar cukai dan mengapa DAP boleh menggunakannya untuk kelompok tertentu sahaja.  

Pautan berita penuh:


Ini merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali andai benar seperti apa yang diperkatakan oleh Ahli Parlimen Bintulu itu.  Peruntukan konstitusi adalah hak rakyat di sesuatu konstitusi itu sendiri dan bukan sekali untuk DAP “membeli” undi masyarakat Cina yang lain.  Kita sebagai rakyat sudah tentu boleh menerima sekiranya pemberian angpau ini disalurkan buat mereka yang tidak berkemampuan merayakan Tahun Baru Cina tetapi tidak kepada guru mahupun kakitangan sekolah persendirian Cina dengan menggunakan dana awam. 

CORONAVIRUS : 8 RAKYAT CHINA DIKUARANTIN DI HOTEL JB


LAPAN individu warganegara China yang tiba di Johor Bahru, Johor dari Singapura semalam kini diletakkan di sebuah hotel dengan pemantauan dan kawalan rapi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). - Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye

Pautan berita penuh:

http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1809036&fbclid=IwAR1_HeANIlSCgnr3L-3-Fbhvynl8yC7WxCXP5hVO8NDM_DZsjMg7C89Wm8Q#.XiqbEVuK-rc.twitter 

Thursday 23 January 2020

CHINESE NEW YEAR 2020


With each passing moment let us embrace the New Year with more positive hopes, more colorful joys and more amazing future. Happy Chinese New Year!

CHINA KUARANTIN WUHAN WABAK CORONAVIRUS


WABAK Coronavirus terus menjadi kegentaran masyarakat dunia lebih-lebih lagi di Negara China sekarang.  Setakat ini belum ada lagi yang boleh menahannya daripada merebak ke seluruh dunia.  

Dan hari ini, 23 Januari 2020 Kerajaan China telah mengkuarantin Wuhan dari seluruh dunia dengan lapangan terbang ditutup dan begitulah juga kesemua pengangkutan awam di Wuhan bagi mengelakkan daripada rakyatnya keluar masuk.  Setakat ini tidaklah diketahui bilakah tempohmasa kuarantin ini akan berakhir.  


Semoga negara kita Malaysia dijauhkan daripada malapetaka ini.