“PERANGAI padi, semakin berisi semakin menunduk, bukan seperti lalang” begitulah peribahasa yang diluahkan oleh Dato Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Ahli Parlimen Santubong menempelak Zainah Ajamain iaitu Penasihat MA63 Sabah yang cuba mengajar wakil Sarawak untuk bersama-sama menyetujui Artikel 1(2) yang mungkin akan dibawa ke Parlimen tidak lama lagi. Selain itu DSWJ turut menyatakan tohmahan Zainal Ajamain menerusi video youtube yang menyatakan bahawa beliau hanya berminat mengenai Perbentukan Malaysia pada tahun 2016 adalah bidaah sama sekali. Ini kerana beliau sudahpun menulis dokumen yang bertajuk “Evolusi Parlimen dan Speaker Parlimen” sejak di tahun 2008 lagi.
Jika mengimbau keputusan Sarawak pada masa pembentangan pindaan RUU pada April 2019 adalah kerana wakil-wakil Sarawak sudahpun diberikan penerangan yang mencukupi di dalam pemahaman mereka mengenai pindaan RRU yang cuba untuk dibentang. Dan mereka percaya apa yang cuba dipinda hanyalah begitu sahaja tanpa memperjelaskan maksud sebenar “rakan kongsi” seperti yang dijanjikan.
Tambah DSWJ, Zainal cuba untuk menggambarkan dirinya sebagai “pakar” MA63 dan cuba untuk mengajar Sarawak apa yang perlu dilakukan sedangkan hakikatnya Sarawak sendiri mempunyai pakar dan pandangan mereka sendiri yang tidak pernah kurang dengan ilmu pemahaman mengenai MA63. Zainal tiada kapasiti di Sarawak untuk berbuat sedemikian.
Pautan berita penuh:
No comments:
Post a Comment