Friday, 31 January 2020

BAWA PULANG RAKYAT MALAYSIA DARI WUHAN GUNA PESAWAT KOMERSIAL BUKAN TENTERA


ANDAINYA dibenarkan sememangnya Kementerian Pertahanan Malaysia telah bersetuju untuk menghantar pesawat tentera bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Wuhan kerana itu lebih praktikal.  Namun pihak Kerajaan China tidak membenarkan itu berlaku dan mereka hanya mahukan Malaysia menghantar pesawat komersial sahaja ke sana.  

Menurut Menteri Luar Malaysia iaitu Dato’ Saifuddin Abdullah menyatakan hal tersebut di dalam sidang medianya di Kuantan, Pahang pagi ini.  Menurut beliau phak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bertanggungjawab untuk memilih jenis pesawat komersial yang akan digunakan dan NADMA sudahpun bersiap sedia.  Malaysia turut akan membawa pegawai perubatan dari Malaysia beserta dengan bantuan barangan sarung tangan serta topeng muka buat penduduk di Wuhan.  

Turut dimaklum ada 115 orang rakyat Malaysia di Hubei manakala 80 orang di Wuhan. Kesemua mereka akan menjalani proses saringan kesihatan di China terlebih dahulu dan kemudiannya akan sekali lagi diperiksa apabila tiba di Malaysia sebelum melalui proses kuarantin.  

Setakat ini Kerajaan China telah memberikan kerjasama yang baik di dalam hasrat Kerajaan Malaysia membawa rakyatnya “keluar” dari Wuhan unruk kembali ke tanahair.  

Pautan berita penuh:


Untuk rekod, negara Jepun dan beberapa buah negara lain sudahpun membawa pulang rakyat mereka secara berperingkat dari Wuhan.  Kita amatlah berharap agar proses untuk membawa pulang rakyat Malaysia ini termasuklah anak Sarawak dari Bintulu iaitu Ivan Yeo kembali ke tanahair seberapa segera yang boleh.

Semoga segalanya dipermudahkan.  

No comments:

Post a Comment