Tuesday 28 January 2020

PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN SARAWAK PATUT BINA FASILITI DI LUAR HUS UNTUK KUARANTIN PESAKIT -DATO IDRIS BUANG-


PADEMIK corona virus yang melanda dunia semakin besar malah Kerajaan China telahpun menutup pintu untuk sebarang pergerakan rakyatnya dari Wuhan dan banyak kota-kota di China ke luar negara dan sebagainya.  Selepas Malaysia yang menggantung sementara kemudahan imigresen untuk warga Wuhan dan Hubei ke Malaysia dan mulai esok Singapura telah tidak menyekat kedatangan warga Wuhan ke Hubei.  

Ahli Parlimen Bandar Kuching iaitu YB Dr. Kelvin Yii pula berkata melalui penerangan daripada Menteri Kesihatan Malaysia adalah difahamkan kesemua kes kuarantin pesakit yang disyaki mempunyai simptom corona virus di Sarawak telah diarahkan untuk menggunakan fasiliti wad kuarantin di Hospital Umum Sarawak.  

Pautan berita penuh:


Bagi ADUN Muara Tuang yang juga Ketua Penerangan PBB yakni Dato Idris Buang pula berpendapat sudah tiba masanya Persekutuan dan Kerajaan Sarawak bersama-sama memikirkan untuk membina fasiliti mengkhusus bagi tujuan kuarantin ataupun merawat pesakit yang disyaki mahupun positif corona virus.  Tambah beliau lagi, fasiliti itu hendaklah berada jauh dari orang ramai tidak seperti di Hospital Umum Sarawak yang mempunyai ramai pesakit dan juga pelawat kerana merupakan pusat perubatan utama di Sarawak.  

Dengan membina fasiliti yang berjauhan maka dengan itu maka bolehlah ianya membendung orang ramai daripada terkena jangkitan kerana pihak Kerajaan China mahupun pakar perubatan sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa virus corona boleh merebak tanpa disedari.  Dengan meletakkan pusat kuarantin di HUS sudah tentu ianya akan mempunyai risiko yang tinggi kepada tahap kesihatan orangramai yang masih kurang kesedaran mengenai bahaya virus corona.  

Dato Idris turut mencadangkan pembinaan fasiliti itulah tidaklah seharusnya yang kekal iaitu memerlukan tempohmasa yang lama untuk membinanya sebaliknya berbentuk fasiliti kontena yang telah disteril, dibersihkan dan kedap udara yang mana ianya cepat dibina.  Malahan kontena-kontena itu boleh sahaja dimasukkan dengan peralatan dan apparatus perubatan yang diperlukan seperti di hospital-hospital.  

Beliau berpendapat inilah masanya untuk pihak kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri beserta pakar-pakar perubatan untuk lebih bersikap pro-aktif di dalam mengawal serta membendung situasi yang dihadapi sekarang.  

Jika diikutkan apa yang diutarakan oleh ADUN Muara Tuang ada juga logiknya kerana kita sendiri almaklum risiko meletakkan pesakit yang disyaki mahupun kuarantin di HUS lagi-lagi dalam skala yang besar.  Kerajaan China yang sudah tahu akan merbahayanya virus ini telah bertindak membina hospital yang khas semata-mata untuk virus corona dalam masa 10 hari. Sementara di Sarawak dihimpunkan bersama-sama pesakit-pesakit yang datangnya dari seluruh Sarawak iaitu di HUS.  Tidakkah itu membahayakan?   

No comments:

Post a Comment