TULAR di media sosial sekarang akan adanya desas-desus mengatakan bahawa YB Hajjah Zuraida binti Kamaluddin yang juga Ahli Parlimen Ampang dari Parti Keadilan Rakyat telah melompat parti dari PKR ke PPBM. Dikatakan juga konon-kononnya sebab musabab beliau melompat parti adalah kerana adanya desakan untuk beliau “dibuang” dari peringkat tertinggi PKR setelah tidak senada dengan Presiden PKR iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim.
Dalam pada itu andailah benar seperti yang dikata, terselit persoalan bagaimanakah pula sokongan daripada Parti Keadilan Sarawak dibawah Baru Bian kerana sebelum ini iaitu pada dua hari yang lepas telah menyatakan secara terbuka sokongan PKR Sarawak keatas kepimpinan Ahli Parlimen Ampang yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.
Pautan adalah seperti berikut:
Biarpun belum ada kesahihan tentang perkara ini namun sememangnya ianya akan menjadi satu isu yang amat menarik untuk kita ikuti di dalam kancah politik Pakatan Harapan sekarang. Apakah akan ada sesi “lompat parti” beramai-ramai kerana kuartet Team Azmin pun tidak kurang ramainya di dalam PKR termasuk kepimpinan PKR Sarawak.
Kita tunggu episod seterusnya sambil-sambil makan “popcorn” dan minum coke “extra large”.
Kita tunggu episod seterusnya sambil-sambil makan “popcorn” dan minum coke “extra large”.
No comments:
Post a Comment