Saturday 4 January 2020

KERAJAAN SARAWAK HADIAHKAN RUMAH UNTUK RATU TERJUN NEGARA





MENGHARGAI sumbangan beliau yang selama ke hari ini mengabdikan diri buat sukan yang amat diminatinya malah telah bersungguh-sungguh menjalani latihan yang akhirnya berjaya menempa nama dirinya sekaligus negeri kelahiran Sarawak dan negara Malaysia, Kerajaan Negeri Sarawak telah berbesar hati menghadiahkan satu unit rumah kediaman yang baharu kepada Ratu Terjun Negara iaitu Pandelela Rinong.  

Lebih manis lagi lokasi rumah kediaman Pandelela Rinong itu adalah di satu projek kediaman yang dinamakan bersempena dengan nama beliau sendiri iaitu Blok Pandelela, P’ Residence, Batu Kawah, Kuching. Majlis penyerahan kunci rumah dilakukan sendiri oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg hari ini.  

Tahniah Pandelela Rinong dan terimakasih Kerajaan Negeri Sarawak atas penghargaan buat seorang atlet yang sememangnya unggul di dunia sukan akuatik dunia iaitu sukan terjun.  Semoga hadiah ini akan terus membakar semangat Pandelela untuk terus maju jaya di dalam sukan akuatik iaitu sukan terjun.  

No comments:

Post a Comment